Danish Osman Affan 

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, hari ini genaplah umur anak kedua saya, Danish, 2 tahun. Tahun ini saya dapat ucapkan selamat hari lahir dan bersama-sama isteri saya membaca doa selamat untuk anakanda saya ini tepat jam 12 tengah malam tadi. Ini kerana Danish ini ada tabiat tidur lewat malam. Susah hendak tidur awal. Mungkin banyak berfikir agaknya.

Agak berbeza Danish ini berbanding abangnya Darwish. Pada usia 2 tahun, abangnya Darwish sudah petah berkata-kata menyebut sesuatu dan membebel setiap masa. Danish ini pula jarang bercakap dan tidak boleh menyebut banyak perkara. Namun kelebihan yang Danish ada adalah pada kebolehan fizikal di mana dia cepat berjalan (seawal 9 bulan) dan begitu lasak secara fizikal berbanding abangnya. Walaupun susah tidur malam, namun dia lebih mudah tidur sendiri tanpa didodoi atau dibelai. Paling hebat tentang Danish, dia yang paling kuat makan! :)

Danish Osman Affan

Selamat hari ulang tahun yang kedua buat Danish. Semoga Allah membukakan segala pintu rahmat dan berkat untuk Danish sepanjang hayatnya. Selamat hari ulang tahun kedua Danish!