Wed 7 Oct 2009
Selamat menduduki peperiksaan PMR.
Posted by Osman Affan under Pengumuman
No Comments
Sejak beberapa hari lepas saya menerima email, sms dan panggilan telefon daripada peserta-peserta yang pernah mengikuti program SmartStudy terutamanya di Terengganu, Johor, Selangor dan juga Kuala Lumpur. Kebanyakannya memohon restu agar dikurniakan ketenangan dan keberkatan pada hari peperiksaan yang akan berlangsung bermula hari
ini. Agak terharu juga hati saya mengenangkan anak-anak murid saya ini akan menghadapi hari yang amat penting dalam sejarah hidup mereka.
Peperiksaan PMR tahun ini juga sedikit istimewa dan mendebarkan buat saya kerana adik saya sendiri, Arif, akan turut sama menduduki peperiksaan ini di SMK Sultan Sulaiman Kuala Terengganu. Selamat berjaya Arif!
Saya ucapkan selamat berjaya kepada semua pelajar yang menduduki peperiksaan PMR bermula hari ini. Semoga anda semua dikurniakan ketenangan hati dan fikiran semasa menjawab soalan. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan. Semoga Allah memperkenankan segala permohonan agar setiap impian menjadi kenyataan.
Selamat menduduki peperiksaan PMR!






















