Tue 19 Sep 2006
Adab menuntut ilmu
Posted by Osman Affan under Persediaan Minda
Pernahkah anda menghantar surat atau email kepada seseorang untuk mengetahui sesuatu? Bagaimana cara anda memulakan surat atau email anda? Adakah anda akan tulis dengan bahasa yang sopan dan tidak mendesak atau sebaliknya?

Hari ini saya ingin kongsikan pengalaman saya dalam menangani email daripada orang-orang yang tidak saya kenali. Saya berikan beberapa contoh email yang pernah saya terima. Email-email ini sangat pendek. Saya tidak perlu memendekkan email itu kerana ia memang tidak panjang…..
Boleh cerita macam mana nak belajar dengan berkesan?….
Kenapa cikgu kat sekolah suka pilih kasih? Macam mana nak belajar teknik bacaan pantas dengan mudah? Sila balas dengan segera.(saya tidak balas email ini, selang beberapa hari penulisnya menghantar email lagi kepada saya)
Saya serius tanya tentang cara bacaan pantas. Harap tuan serius juga juga menjawabnya dengan segera. Saya hanya menggeleng kepala apabila mendapat email begini. Jika anda mendapat email begini, apakah yang akan anda lakukan?









Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik 













