Sun 15 Oct 2006
Zon Selesa
Posted by Osman Affan under Persediaan Minda
Zon Selesa saya ulangi, adalah kawasan atau situasi yang selesa bagi anda, tidak kira anda pelajar atau sesiapa sahaja. Sebelum saya kongsikan teknik untuk menguatkan diri untuk keluar dari zon selesa, biar saya terangkan lebih lanjut tentang konsep ini kepada anda.
Bayangkan anda adalah petak merah itu. Warna kuning disekeliling anda adalah zon selesa anda. Jika anda tidak suka membaca buku, kawasan kuning menandakan betapa anda selesa jika anda tidak perlu membaca buku.
Apa akan jadi bila suatu hari anda perlu membaca buku, bukan sikit, banyak pulak tu? Apa terjadi kepada zon selesa ini? Jika itu berlaku, itu bermaksud anda terpaksa keluar daripada zon anda itu. Ia seperti petak merah itu terpaksa melangkah keluar daripada bulatan kuning tersebut. Apabila anda berada diluar kawasan kuning itu, sudah pasti anda akan rasa tidak selesa, takut, gementar, bimbang, dan bermacam-macam lagi. Anda juga akn sentiasa terfikir untuk balik semula ke kawasan kuning itu, iaitu kawasan selesa anda.
Apa yang anda mungkin tidak sedar ialah, setiap kali anda keluar dari zon selesa anda dan melakukan sesuatu yang baru, anda telah perlahan-lahan mencipta satu zon selesa yang baru. Maksudnya, satu kawasan kuning baru terbentuk daripada tempat baru anda itu.
Apabila ini berlaku, kawasan selesa anda telah menjadi lebih besar dan luas. Ini bermakna, anda boleh lakukan lebih banyak perkara dan merasa selesa melakukannya. Ia juga bermaksud kebolehan dan kemahiran anda juga akn bertambah. Bayangkan jika anda melakukan beberapa perkara lagi di luar kawasan selesa anda.

Jadi, jika anda merasa tidak selesa semasa melakukan sesuatu yang baru, anda perlu ingat. Perkara yang tidak selesa ini akan menjadi selesa juga nanti dan apabila anda sudah merasa selesa, kebolehan dan kemahiran anda dalam bidang yang baru akan bertambah. Anda perlu ingat tentang konsep ini setiap kali anda terdengar tentang perkataan Zon Selesa.









Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik 













