Thu 22 Mar 2007
21 Tips Microsoft PowerPoint - tip 8
Posted by Osman Affan under PowerPoint, Soft Skills, Teknik Belajar
Sekarang kita sudah masuk ke tip yang kelapan. Tips ke 8 hingga 14 adalah tips-tips untuk anda pelajari dalam Microsoft PowerPoint. Untuk anda kuasai perisian ini dan mampu menggunakannya untuk membantu anda dalam membuat presentation, anda mesti mahir dalam asas-asasnya. Untuk pengetahuan anda juga, tips-tips ini adalah apa yang saya biasa lakukan. Ia tidak semestinya cara yang terbaik kerana ada terlalu banyak cara untuk mengolah PowerPoint anda. Jadi, jika anda rasa cara yang saya gunakan sesuai dan mudah bagi anda, anda boleh turut sama gunakan cara ini. ![]()
Tip yang ke-8 ini, saya akan ceritakan tentang ‘Master Slide’. Setiap kali anda ingin gunakan perisian PowerPoint, anda perlu pilih background yang anda inginkan. Seperti yang sudah terangkan dalam tips yang lalu, background atau latar belakang slide anda mestilah sesuai supaya perkataan yang anda paparkan kelihatan jelas dan menarik.
Selama ini, mungkin anda hanya gunakan ‘design templates’ sebagai latar belakang slide anda. Lihat menu utama perisian PowerPoint anda. Design template anda boleh perolehi dengan klik ’slide show’ –> klik ‘animation scheme’. Anda boleh lihat rekaan-rekaan latar belakang yang anda boleh gunakan. Cuma klik pada mana-mana rekaan yang anda mahu gunakan. (imej dibawah menunjukkan beberapa rekaan yang sedia ada di dalam PowerPoint)
Namun, jika anda ingin lebih maju dan kelihatan lebih professional, saya cadangkan agar anda mencipta latar belakang anda sendiri. Ini adalah kerana:
- # Anda boleh cipta latar belakang yang lebih relevan atau sesuai dengan apa yang anda persembahkan. Contohnya jika anda sedang membuat presentation tentang perniagaan beras, anda boleh gunakan gambar beras sebagai latar belakang.
- # Dalam training saya, jika saya jalankan program bersama UIA, saya akan gunakan latar belakang gambar UIA sendiri. Gambar itu saya olah supaya ia sesuai dengan tema presentation saya. Saya akan ajarkan teknik dalam tips yang akan datang nanti.
- # Anda boleh jadi lebih kreatif. Jika anda jadi lebih kreatif, presentation anda akan jadi lebih menarik. Anda juga akan rasa seronok dan tidak sabar untuk membuat presentation anda.
Hari ini, jika anda belum biasa menggunakan powerpoint, cuba gunakan beberapa background yang berbeza. Jika anda sudah biasa, cuba pilih background bagaimana yang sesuai digunakan berdasarkan 7 tips yang telah saya berikan sebelum ini. Insyaallah, kita akan sambung esok tentang cara menggunakan master slide.























