Mon 26 Mar 2007
21 Tips Microsoft PowerPoint - Tip 9
Posted by Osman Affan under PowerPoint, Soft Skills, Teknik Belajar
Tip hari ini adalah untuk anda pelajari bagaimana mahu memasukkan audio seperti muzik atau bunyi khas, bagaimana memasukkan imej atau gambar dan bagaimana memasukkan klip video. Seperti yang saya ada terangkan sebelum ini, PowerPoint membantu anda mewujudkan persembahan visual yang menarik. Ini boleh dilakukan dengan memasukkan imej, gambar dan klip video. Presentation anda juga boleh jadi menarik jika anda boleh masukkan muzik atau kesan bunyi khas pada mana-mana tempat yang sesuai.
Kita mulakan dengan bagaimana memasukkan imej dahulu. Mudah sahaja. Pada panel utama anda, klik insert –> Picture –> From file. Kemudian buka folder di mana anda menyimpan gambar yang hendak anda masukkan itu. Klik pada gambar itu dan klik ok. Jika gambar itu besar, anda akan lihat ia memenuhi slide anda. Kadangkala ia jauh lebih besar daripada saiz slide anda. Apa yang perlu anda lakukan ialah mengecilkan gambar itu dengan klik pada bucu gambar itu, ‘drag’ ke dalam hingga ia menjadi lebih kecil.
Anda juga boleh masukkan imej berbentuk ‘animation’. Setelah anda masukkan imej yang berbentuk animation, ia akan bergerak apabila anda memulakan ’slide show’.
Ada beberapa tips untuk imej dan gambar:
- Gambar sangat bagus untuk untuk membuat presentation anda lebih jelas. Gunakan gambar yang berkenaan dan jika boleh, gambar yang tidak sensitif. Saya pernah buat satu program untuk pelajar UIA yang disertai oleh pelajar luar negara iaitu daripada negara-negara Afrika. Kebetulan, saya tengah ceritakan penderitaan orang-orang yang tidak mempunyai makanan yang cukup dan menderita kebuluran. Gambar-gambar yang saya tunjuk pula kesemuanya adalah orang-orang daripada benua afrika. Jadi gambar-gambar ini membuat peserta saya agak tidak selesa dan mereka menyatakan perasaan mereka kepada saya selepas program tersebut. Walaupun saya tidak ada niat hendak membuat sesiapa merasa sensitif, saya perlu lebih berhati-hati dengan apa yang saya tunjukkan.
- Jika anda ada kamera digital, proses menggunakan gambar ini akan jadi lebih mudah. Jika anda ceritakan tentang kawasan perumahan yang kotor contohnya, anda boleh ambil gambar-gambar sebenar dan tunjukkan kepada penonton anda.
- Jika anda tidak ada gambar yang sesuai dan anda masih memerlukan gambar untuk membantu presentation anda, anda boleh cari gambar-gambar itu diinternet. Contohnya, masuk ke www.google.com. Klik pada ‘image’ dan taip gambar apa yang anda cari. Apabila anda sudah jumpa gambar yang anda mahukan, ‘right klik’ pada gambar itu, dan ’save picture as’ di dalam komputer anda.
Selamat mencuba.









Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik 













