Have Fun With SmartStudy

Pada tahun 2010 saya akan mula menjalankan Public Programme SmartStudy selama 2 hari. Program ini saya namakan ‘Have Fun With SmartStudy’. Di dalam program ini, pelajar akan dapat menguasai beberapa teknik penting Kemahiran Belajar iaitu

  • Teknik Memori SmartStudy.
  • Teknik melihat kekuatan dan potensi diri sendiri.
  • Teknik Pengurusan Masa SmartStudy.
  • Teknik Bacaan Pantas & Berkesan.
  • Teknik Berfikir Kreatif untuk pelajar.
  • Teknik Gaya Belajar Berkesan.
  • Teknik Menghapuskan Halangan Minda (Mental Block)

Saya amat menggalakkan anda yang berminat untuk melayari laman web www.SmartStudy.com.my yang telah saya isi dengan isi kandungan yang baru. Di sana anda akan mendapat gambaran mengapa seorang pelajar program Have Fun With SmartStudy memberi komen ini selepas mengaplikasikan teknik-teknik yang dikongsikan di dalam program.

“Program ini bagaikan menyuntik kembali semangat saya untuk mencipta kecemerlangan dalam pelajaran. Sesuatu yang sangat manis untuk saya kenang. Selepas kali pertama menghadiri program ini, saya berjaya mengubah diri menjadi pelajar yang paling cemerlang dalam kelas. Saya Berjaya berubah diri dari seorang yang ‘tiada apa-apa’ kepada seorang yang paling cemerlang. Pastinya ia sesuatu yang membanggakan! Terima kasih En. Osman Affan!- Nadia binti Hj Puri, Universiti Darul Iman.

Setakat ini saya sudah ada 3 tarikh dalam bulan Februari untuk program ini. Satu akan dijalankan di

  • Pusat Motivasi Smartstudy Kuala Lumpur  (6-7 Februari 2010)

  • TS Hotel, Taman Scientex Pasir Gudang Johor. (20-21 Februari 2010)

  • Sunway Hotel Georgetown, Pulau Pinang (27 - 28 Februari 2010)

Layari laman web www.SmartStudy.com.my untuk maklumat lanjut dan juga untuk mendaftar kerana tempat adalah terhad.