Bengkel Buat Duit Dengan Tuisyen 

Pada 20 Disember, Ahad, saya sekali lagi akan menjalankan Bengkel Buat Duit Dengan Tuisyen di Pusat Motivasi SmartStudy. Bengkel ini akan membincangkan beberapa topik utama bagaimana caranya untuk menjana wang dengan mengajar tuisyen.

Di dalam 2 program yang telah saya jalankan sebelum ini, sambutan yang saya terima adalah lebih 80% daripada pengusaha pusat tuisyen dan selebihnya guru yang mengajar home tuition. Bagi saya ini adalah sangat menarik kerana kami dapat berbincang tentang banyak perkara terutamanya mengenai promosi dan branding pusat tuisyen.

Saya juga seronok mendengar kisah-kisah dan pengalaman peserta yang mengajar tuisyen ini. 2 perkara utama yang menjadi kebanggaan keseronokan apabila mengajar tuisyen ialah

  • Kepuasan hati apabila dapat membantu pelajar.
  • Ketenangan hati dan fikiran kerana bebas bekerja sendiri dan bebas menyusun jadual kerja sendiri mengikut kehendak dan citarasa masing-masing.

Namun untuk pengusaha pusat tuisyen pula, saya sedar satu topik yang paling menarik perhatian dan minat mereka ialah teknik belajar SmartStudy. Saya mendapat maklumbalas bahawa jika mereka boleh aplikasi teknik belajar SmartStudy di tempat mereka, lebih besar peluang untuk mereka membantu memajukan pencapaian akademik pelajar mereka dan lebih besar peluang untuk menarik lebih banyak pelajar ke pusat tuisyen mereka.

Maklumat lanjut mengenai bengkel ini termasuk cara mendaftar boleh didapati di www.BengkelTuisyen.com. Jumpa ada di Bengkel Buat Duit Dengan Tuisyen 20 Disember ini. :)