MRSM Besut 

Pada hari Isnin, 13 Julai yang lalu, saya sekali lagi berada di Besut bagi menjalankan program bersama pelajar MRSM. Namun pada beberapa bulan lepas, saya berada di MRSM Kota Putra, Besut manakala kali ini saya berada di MRSM di Besut juga yang lebih dikenali sebagai MRSM YT (Yayasan Terengganu). Program kali ini ialah program SmartStudy Learning Skills untuk lebih kurang 160 orang pelajar tingkatan 4.

Di dalam program yang agak singkat ini (kini saya rasa program sehari adalah amat singkat) saya kongsikan bersama pelajar beberapa teknik berkesan dalam mengingati dan memahami apa yang hendak dipelajari. Namun ada dua tips yang paling penting saya sampaikan kepada pelajar ini semua.

  • Pertama, jangan terlalu takut dan bimbang apa yang orang hendak kata kepada kita. Jika kita sedang lakukan sesuatu yang baik dan sesuatu yang boleh membantu kita menjadi pelajar dan insan yang lebih baik, tidak ada sebab mengapa kita perlu takut apa orang kata. Malah jangan takut jika ada rakan-rakan yang mengejek atau menjuihkan mulut mereka.
  • Kedua, bila lihat sahabat lain mendapat keputusan cemerlang, jangan mula fikir, “oh…bijaknya budak ni..kenapalah aku tak bijak macam dia?” Soalan ini secara tidak langsung membawa minda pelajar ke arah, “kenapalah aku ni bodoh sangat, tak pandai macam orang lain?”

Bagi saya, kedua-dua tips ini adalah sangat penting kerana ia merupakan salah satu sebab utama mengapa pelajar di sekolah berasrama penuh gagal memenuhi potensi sebenar diri mereka. Jika mereka tidak ingat dua tips ini, berkemungkinan mereka akan mudah merasa lemah semangat, hilang keyakinan diri dan mula tidak berani meletakkan cita-cita yang besar.

Jadi peranan saya dalam setiap program ialah untuk menyedarkan pelajar ini semula tentang kebolehan dan kekuatan yang ada dalam diri mereka. Saya sentiasa cuba buktikan kepada mereka bahawa mereka ada kebolehan dan potensi yang mereka tidak pernah sedar selama ini. Jadi, kepada semua pelajar tingkatan 4 MRSM Besut, saya ucapkan selamat berjaya dan semoga apa yang telah ditulis tentang impian dan matlamat peribadi, akan menjadi kenyataan. Selamat berjaya.

MRSM Besut

Berikut adalah beberapa maklumbalas yang saya terima daripada pelajar mengenai program ini.

“Program bersama En Osman best sangat! Tidak pernah saya hadiri program yang seronok begini. Melalui program ini, saya dapat rasakan satu perubahan besar akan berlaku dalam diri saya. Keputusan yang tidak begitu memuaskan semasa semester lepas, saya amat yakin akan cemerlang dalam semester akan datang iaitu mendapat 3.5 ke atas selepas menjalani program ini! Saya yakin! Terima kasih En Osman! I love your programme!” ~Afiqah Abdul Warith~

“Buat kali pertama saya tidak mengantuk ketika menghadiri ceramah. Saya berasa sangat gembira kerana saya telah mengetahui kelemahan dan kelebihan diri saya. Saya harap program ini akan diadakan sekali lagi di MRSM Besut ini.” ~Nur Fadhilah Mohd Nazri~

“Seronok! Saya langsung tidak merasa mengantuk atau boring. Sebaliknya saya memberi fokus sepenuhnya. Harap menghadirkan diri lagi dalam program ini.” ~Intan Nazira Ab. Ghani~

Wow! Awesome! Best sangat. Saya baru mengenali diri saya yang sebenar and nothing is impossible in this world. Saya hope dengan tips yang En Osman bagi saya akan menjadi lebih top dalam pelajaran.” ~Siti Raisyah Mohd Maniyamin~

“Satu program yang amat-amat baik! It’s very amazing! I get a lot of knowledge and it can’t be expressed in a word. Just Wonderful! Hope can see you again next time.” ~Nur Syuhada Azmi~

“Terima kasih kepada cikgu Osman yang begitu memahami dan saya rasa saya tahu di golongan yang mana sekarang. Saya juga rasa begitu seronok di atas apa yang telah dijayakan melalui program ini. Harap suatu hari nanti segala yang telah saya catatkan dapat dijadikan  panduan sebagai pembakar semangat untuk terus maju ke depan.” ~Nur Akmal Rosli~

“Program ini banyak membantu dalam gaya belajar, cara untuk menggunakan daya memori dan ke arah pemikiran yang kreatif. Saya simpulkan program ini adalah sangat seronok, menarik dan sesuai untuk pelajar-pelajar. Program ini juga dapat membentuk karekter individu saya yang tidak saya ketahui selama ini. Terima kasih En Osman and the crew!” ~Nur Amira Syairah Abdul Halim~

“Best sangat. Walaupun hanya duduk tetapi semangat untuk belajar semakin membara. En Osman tahu apa yang pelajar inginkan untuk lebih berjaya. En Osman adalah ‘pembuka botol’ yang sebenarnya. Saya harap En Osman boleh datang lagi tahun hadapan untuk menghadapi peperiksaan SPM 2010. Insyaallah selepas ini saya akan lebih bersemangat! I can di the best!” ~Nur Haziqah Mat Hassan~

“Saya berasa amat seronok dan gembira sekali selepas melalui kursus ini. Saya berasa amat bersemangat sekali untuk belajar dan capai cita-cita saya dan saya yakin yang saya akan peroleh keputusan yang cemerlang dalam SPM. Terima kasih.” ~Nor AkmalYuni Ibrahim~

“Saya begitu seronok mengikuti program ini. Sekarang saya rasa yakin bahawa saya juga boleh menjadi salah seorang pelajar yang cemerlang. Sekarang saya yakin akan kemampuan diri saya. Melalui program ini juga, saya telah dapat mencungkil pelbagai kemahiran terpendam dalam diri saya. Terima kasih En Osman.” ~Nur Asyilah Akmal Abdullah~

“Program sebegini banyak manfaat dan faedah tersirat dan tersurat. Program ini sangat seronok dan yang paling penting bagi kami seorang pelajar ianya tidak memboringkan seperti sesetengah program. Disamping itu, saya juga bersyukur dengan program ini, saya dapat mengenali siapa diri saya sebenarnya. Kalau sudi datanglah lagi ya! Terima kasih sangat-sangat.” ~Nor Idayu Mat Rifin~

MRSM Besut

“Hari ini saya rasa sangat seronok. Tidak pernah saya rasa keluar dari tekanan danmasalah. En Osman seorang yang sangat hebat. Dia bukan sahaja menaikkan semangat saya malah membuatkan saya rasa hidup ini sangat cerah dan selama ini saya sedar saya yang sembunyi dalam gelap. Thank you so much!” ~Nurul Athirah Junaidi~

“Program ini bagus sangat. Saya rasa sangat gembira sepanjang mendengar ceramah ini dan ia sangat berkesan kepada saya. Selepas mengikuti program ini, saya berasa sangat yakin untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dan mencapai matlamat saya.” ~Nur Syahirah Mohd Sukery~

“Best gilerr. Tak tau nak cakap macam mana. Saya berharap En Osman akan datang lagi untuk memberikan motivasi. Program ini menjadikan saya lebih yakin dan bersemangat untuk belajar.” ~Nurul Najwa Abdullah~

“Thank you En Osman. You are a wonderful motivator.” ~Salwani Mohd Din~

“Program ini sangat seronok dan menghiburkan. Jikalau boleh, saya ingin lagi mendengar ceramah ini bersama En Osman. Melalui ceramah beliau, saya dapat meningkatkan keyakinan diri dan mengetahui banyak ilmu yang berguna.” ~Ahmad Mustakim Mohamed Yusoff~

“The best program, sampai tak tahu nak kata macam mana! Harap-harap kawan-kawan yang belum pernah dengar atau terlibat jemputlah En Osman ke sekolah anda. Dijamin halal dan tak kering gusi! ~Zulaika Abdullah~

“Program ini sangat seronok dan berkesan. Bagi saya En Osman merupakan pakar motivasi yang pertama yang dapat mengubah diri saya untuk lebih berkeyakinan. Terima kasih.” ~Wan Nur Aina Najihah Wan Abd Rahim~

“Program sangat best! En Osman Affan amat pandai bagi motivasi kepada pelajar. Beliau juga pandai membuat aktiviti bagi menarik minat pelajar. Tidak mengantuk langsung! Motivasi ini berjaya membuat saya bersemangat untuk belajar. Terima kasih. Arigato Hozaimas.” ~Nur Amirah Zulwardi~

“Program ini merupakan program yang paling best!! Sampaikan saya tidak tidur pun sepanjang program ini berlangsung. Syabas! Saya menemui kaedah yang baru untuk belajar. Pasti selepas ini saya semakin rajin untuk belajar. Terima kasih kepada En Osman yang ‘cute’ dan kelakar. Semoga berjumpa lagi di masa yang akan datang.” ~Siti Raihan Mamat~

“No boring! Cikgu Osman is a good speaker. Bagi motivasi dan ceramah dengan cara tersendiri. Saya yang fikir sebelum datang ke program ni dah rancang nak buat homework lain, tiba-tiba tak jadi. Cikgu Osman pandai pikat pendengar. Thanks Cikgu Osman.” ~Assila Anis Asnawi~

“Dalam banyak-banyak program yang saya telah lalui, saya rasa program yang disampaikan oleh En Osman Affan adalah yang terbaik sekali dan saya rasa seronok sepanjang seminar ini berlangsung. Program ini juga sangat berkesan kepada saya dan juga rakan-rakan saya yang lain.” ~Nur Arina Abd Ghani~

“Program ini best giler. Saya amat mengagumi En Osman Affan. Ceramah dan program ini dapat merubah pelajar menjadi cemerlang dan sedar akan potensi diri sendiri. Ia juga dapat memberikan semangat baru dalam pembelajaran dan kehidupan.” ~Wan NurShaidatul Shafira Wan Ahmad Nasri~

” Ini adalah program terbaik pernah saya ikuti. Ia penuh dengan kegembiraan dan setiap yang diberitahu amat bermakna dan berguna untuk mencapai kejayaan. En Osman, you are the best motivator in the world! Thank you.” ~Nurul Nadhirah Daud~

“Program ini sangat berkesan pada diri saya. Sangat menyeronokkan. Ia juga dapat menanamkan sikap yakin dalam diri saya. Diharap agar program ini dapat dijalankan lagi pada masa yang akan datang. En Osman seorang yang sangat pandai berkomunikasi dan sporting!” ~Nur Ain Suzianie Che Hamid~

“Best sangat! Tidak pernah rasa bosan. Harap dapat mengikuti program bersama En Osman lagi. En Osman is the best pakar motivasi.” ~Nur Nadira Ramzi~

MRSM Besut

“Kursus ini sangat seronok dan enjoy!! Saya harap En Osman dapat bersama kali lagi lain kali. Saya berterima kasih kepada En Osman kerana membuatkan kami yakin memperoleh apa yang kami idamkan. Saya juga berasa teramat yakin dan bersemangat untuk menghadapi SPM tahun depan. Thanks En Osman Affan. We love you.” ~Normaenah Mokhtar~

“Program ini memang best! En Osman seorang yang pandai menarik perhatian kami. Selalunya ceramah motivasi yang diadakan memang boring. Tapi dengan En Osman kami rasa sangat teruja untuk menyertainya lagi pada masa yang akan datang. Program ini memang memberi manfaat kepada pelajar. En Osman memang sporting! I like this programme!!” ~Nur Asmaa Ahmad Zubaidillah~

“Program ini memang sangat menarik. Rasanya seperti tidak puas untuk bersama beliau. Banyak maklumat yang telah dikongsi. Terima kasih sangat-sangat. Harap sangat program ini dapat diadakan lagi secepat mungkin!” ~Nurul Fatihah Abdullah~

“Program yang diadakan ini sangat bagus. Saya respect giler dengan cara cikgu Osman menyampaikan segala perkara. Saya juga amat menyukai cara penyampaian beliau yang begitu bernas sehingga memberi impak yang besar dalam diri saya. Harapan saya agar Cikgu Osman dapat lagi datang ke sekolah saya.” ~Wan Nor Aisyah Wan Marizam~

“Assalamualaikum. Kepada semua peserta lain di luar sana, cepat-cepatlah anda mendaftar menyertai program ini kerana anda tidak akan berasa rugi malah untung seuntungnya. Pengalaman saya bersama En Osman amatlah banyak dan best sangat… tak terkata…” ~Mira Farahim Mat Harun~

“Sangat luar biasa. Sebelum ini program yang saya ikuti membuatkan saya mengantuk. Berbeza dengan program kali ini yang telah menyedarkan saya bahawa saya sangat boleh berjaya. Terima kasih En Osman Affan.” ~Wan Atikah Wan Kamarudin~

“Alhamdulillah. I think En Osman is the best motivator because I can follow all the information for the whole session. I hope I can join any programme from you next time. Thanks and congratulations!” ~Norazmira Othman~

“Everything is perfect! Memang best sangat-sangat. Banyak yang saua pelajari daripada program ini. So happening dan menaikkan lagi semangat saya untuk belajar. Harap En Osman Affan dapat datang lagi untuk memberi motivasi kepada kami. Thanks.” ~Nurul Izzaty Dzulkeple~

“Buat pertama kalinya saya rasa sangat-sangat seronok mengikuti kursus seperti ini. Tidak membosankan and I love it so much. Thanks Cikgu Osman. Kami ‘adik-adik’ di MRSM Besut sangat sukakannya.” ~Nur Aidah Nabihah Dandang~

“Program ini merupakan program motivasi terbaik pernah saya ikuti. En Osman seorang yang boleh ‘ngam’ dengan para pelajar remaja macam kami. Saya dapat merasakan perbezaan yang ketara selepas mengikuti program ini. Saya harap agar dapat mengikuti lebih banyak program bersama En Osman.” ~Nur Hazwani Fauzi~

“Program ini sangat menyeronokkan dan dapat membantu pelajar untuk belajar dengan lebih berkesan. Terima kasih kepada En Osman yang bersungguh-sungguh berkongsi ilmu dengan pelajar MRSM Besut. Saya akan mempraktikkan apa yang diajar supaya lebih cemerlang dalam pelajaran dan juga dalam peperiksaan SPM 2010. Saya juga berharap En Osman dapat memberi ceramah lagi pada masa yang akan datang. Terima kasih En Osman.” ~Wan Nur Diyana Wan Omar~

“Program ini sangat bermakna dan amat berkesan untuk saya dan rakan-rakan. En Osman seorang yang open minded, sporting, kelakar dan cara penyampaian amat jelas dan terang. Sekarang En Osman, saya berasa sangat bersemangat dan perasaan saya amat berkobar-kobar untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam SPM yang akan datang. Terima kasih Cikgu Osman.” ~Azzahara Izzatur Balqish Ahmad Tamrin~

“Program ini adalah yang terbaik! Saya begitu kagum dengan Cikgu Osman yang pandai berinteraksi dengan pelajar. Sangat mengkagumkan. Tahniah. Harap program sebegini akan diadakan lagi.” ~Siti Nur Zuhafifah Mohd Zaki~

“Bombastic! Program ini sangat berkesan dan saya rasa macam ada semangat baru untuk belajar. Cikgu Osman memang happening and cute. Hope semua student kat dunia ni berpeluang dapat program macam ni. Thank you all! I’ll call you once SPM result comes out!” ~Aimi Najwa Ahmad Najib~

MRSM Besut

“I don’t know how to say but I feel very happy. saya seronok sangat sampai tak boleh nak kata apa. Kalau boleh datang la lagi kat maktab ni. Saya suka sangat. Saya boleh tau tips untuk belajar. Saya juga dapat tau kebolehan yang ada dalam diri saya. Lastly, cikgu memang BEST. Tabik r…wassalam.” Norwani Mohd Latif~

“Saya rasa program ni sangat seronok. Pertama kali saya menyertai program yang tidak membosankan. En Osman sememangnya seorang penceramah yang sangat bagus dan understanding.” ~Siti Suriani Mustafa~

“Bagi saya program ni best sangat! Saya tidak rasa mengantuk semasa mengikuti program padahal sebelum ini saya agak mengantuk kalau mendengar ceramah. En Osman sangat peramah! Good luck for everything you do!” ~Siti Nurul Ain Shaary~

“Seronok sangat. Saya tak rasa mengantuk pun. Semua apa yang diajar dan diberitahu adalah perkara yang dapat membantu dan meningkatkan semangat dan kecemerlangan saya. Next time saya nak join lagi program ini!! Chaiyok!!” ~Noor Amalina Mat Zin~

“Program ini adalah program pertama saya mengikuti cara-cara untuk belajar dengan berkesan. Teknik Cikgu Osman menaikkan semangat saya untuk belajar semula. Saya harap dengan teknik ini dapat membantu saya dalam pelajaran dan berharap juga dapat mengikuti lagi program ni.” ~Mohd Syahiran Ahmad Shukri~

“The best, memang hebat! Pertama kali saya melalui program yang berkesan dalam hidup. Saya berasa yakin untuk menghadapi setiap exam.” ~Mohd Khairul Suhaimin~

“Inilah kali pertama saya dapat mengetahui teknik belajar dengan betul. Program ini juga sangat seronok dan tidak membosankan kerana penceramah yang begitu pakar mengendalikannya. Saya berasa sangat yakin untuk mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan.” ~Muhammad Aqil Fahmi Mohd Shari~

“Program ini memang seronok sangat. Selalunya saya bosan jika mengikuti program ceramah tetapi hari ini saya rasa sangat happy. Program ini memang berkesan kepada saya. En Osman Affan Zulhakimi Che Zulkifli~

“Program ini best sangat!! Saya teruja dengan semua yang saya pelajari dalam program ini. Terutama sekali saya suka cara cikgu Osman mengajar Gaya Belajar yang sesuai untuk saya supaya lebih cemerlang. Harap cikgu Osman sudi datang lagi ke sini pada tahun hadapan bagi membantu kami semua membuat persiapan yang lengkap untuk menghadapi SPM.” ~Nur Atira Syafiqah Mohd Ali~

“Seronok dan bermanfaat. Selama ini tidak pernah saya temui cara ‘SmartStudy’ yang sangat seronok dan berkesan. Namun En Osman telah tunjukkannya.” ~Fawwaz Zamir Mansor~

“Memang seronok. Penuh dengan gelak ketawa. Saya harap program ini patut diteruskan agar lebih ramai pelajar yang dapat mengenali gaya dan cara belajar yang betul. Terima kasih saya ucapkan kepada Cikgu Osman. semoga dapat berjumpa lagi.” ~Muhammad Fadhullah Kamalruzzaman~