Thu 19 Nov 2009
Kursus Pemantapan Guru & Staf MRSM Kota Putra, Besut Terengganu
Posted by Osman Affan under Program Motivasi
No Comments
Pada 13 November (Jumaat) lalu, saya berpeluang sekali lagi menjalankan program untuk MRSM Kota Putra, Besut Terengganu. Sebelum ini saya telah temui semua pelajar tingkatan 3 dan tingkatan 5 dalam 3 program berasingan. Kini saya berpeluang pula berjumpa dengan semua guru dan staf MRSM Kota Putra ini.
Kursus ini dijalankan di Gem Beach Resort, Batu Rakit Terengganu. Kursus ini adalah selama 2 hari namun sesi bersama saya adalah satu hari penuh pada hari pertama.
Di dalam program ini, ada beberapa objektif yang cuba dicapai oleh penganjur program. Antaranya ialah meningkatkan kerjasama dan ukhuwwah di kalangan guru dan staf. Ini dapat dicapai melalui beberapa aktiviti yang telah saya rancang dan jalankan.
Ada satu topik penting yang saya diminta sampaikan pada program ini ialah ‘Law of Attraction’. Ini merupakan satu topik yang sangat saya suka dan terasa begitu dekat di hati saya. Walaupun kebanyakan orang yang pernah menonton DVD The Secret fokus kepada pengetahuan bahawa Law Of Attraction ialah mengenai bagaimana cara menggunakan minda untuk mendapatkan sesuatu tetapi apa yang saya fokuskan ialah konsep bersyukur.

Saya fokuskan kepada teknik pertama dalam Law Of Attraction iaitu Gratitude/Syukur dan bagaimana dengan bersyukur kita boleh dapat lebih banyak nikmat dan kejayaan di dalam dunia ini. Melalui aktiviti ringkas yang saya jalankan bersama peserta juga saya dedahkan bahawa beza utama antara perkara yang membuat kita merungut atau bersyukur ialah cara kita fokus kepadanya. Maksud saya, perkara yang membuat kita merungut dan mengeluh sebenarnya juga boleh membuat kita bersyukur jika betul cara kita fokus kepadanya.
Jika kita boleh fokus kepada perkara yang membuat kita bersyukur pula, saya percaya kita akan mula hargai kawan sekerja yang ada sama-sama berkerja dengan kita. Kita akan mula hargai segala kemudahan yang disediakan di tempat kerja meskipun ia tidak seberapa. Malah kita akan hargai apa sahaja yang kita ada sekarang.
Kepada semua peserta program kursus pemantapan ini, saya ucapkan selamat berjaya dalam mencapai matlamat dan cita-cita masing-masing. Terima kasih khas saya ucapkan kepada Tuan Pengetua, Tuan Haji Abdullah yang turut sama mengambil bahagian di dalam kursus ini.
Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada Kak Jun yang sejak daripada awal berusaha untuk menjadikan kursus ini satu kejayaan. Terima kasih juga di atas layan baik dan istimewa yang saya terima sepanjang berada di tempat kursus. Semoga ada rezeki di lain masa untuk kita berjumpa lagi.
Di bawah ini adalah beberapa maklumbalas yang saya terima daripada peserta program.
“Program ini mampu menjadikan saya sebagai salah seorang ahli organisasi yang mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi, menyeronokkan dan banyak ilmu dipelajari untuk diri dan organisasi.” ~Junidah Salleh~
“Keep up the good work Bro Osman & Co. May Allah bless you. This is an eye opener for me and the rest of us. I’m starting to ‘see’ my purpose of life, more positively. I’m looking forward to start ‘writing’ my dreams and aims (which I’ve left behind for quite sometimes). May Allah give me courage and istiqamah in doing good deeds. Jazakallahu Khairan.” ~Noorhayani Mohd Ibrahim~
“Program ini memberi ruang untuk saya mengembangkan potensi diri menjadi kenyataan, Insyaallah.” ~Raja Fatmazura Raja Ismail~
Program ini memberi kesan yang berguna untuk saya sebagai seorang guru terutamanya dalam seni persembahan dan komunikasi berkesan.” ~Farah Ayuni Ramly~
“Dapat memberi keyakinan diri bahawa setiap individu ada kelebihan dan pasti boleh berjaya dalam setiap bidang yang diceburi.” ~Aini Hasan~
“Saya pasti akan menulis matlamat dan impian saya di atas kertas dan semoga dapat mencapai matlamat tersebut dengan izin Allah. Terima kasih kerana banyak perkara baru yang saya belajar pada hari ini. Syukran Jazilan.” ~Masliana Muda~
“Sangat seronok, segala pengetahuan yang saya ada digilap dan diperbaharui dengan pengalaman baru. Satu perkongsian bijak namun hanya orang yang berfikir dan tersingkap fikiran dan hatinya sahaja dapat memahami.” ~Ustaz Mohammad Adzli Mansor~
“Program yang sangat seronok dapat mengetahui tips-tips untuk berjaya dalam hidup. Especially teknik menulis. Insyaallah akan diamalkan.” ~Hjh Noriha Abd Ghani~

“Amat memuaskan hati. Teknik komunikasi berkesan, tidak membosankan. Cara penggunaan minda dalam sesuatu pemikiran dalam menghadapi masalah dan mengatasinya.” ~Tg. Azlinda Tg. Adnan~
“Komunikasi secara berkesan paling berguna untuk guru-guru. Tahniah dan terima kasih.” ~Nor Syahazila Ismail~
“An entertaining, fun-filled session with Mr Osman Affan; yet the trails he left behind proven to be a booster and provides as a catalyst to be a better person – targeting in achieving one’s maximum potential.” ~Fatihah Nur Izzati Banjamin Abdullah~
“Program ini telah membuka minda dan lebih bersemangat untuk menghadapi hari-hari selepas ini. Keyakinan diri untuk melakukan sesuatu lebih yakin dan tidak rasa rendah diri, Insyaallah.” ~Nor Hidayah Che Nordin~
“Saya baru sedar betapa besarnya nikmat bersyukur. Bukan tak pernah bersyukur tapi mungkin kesungguhannya kurang jadi nikmat dan keberkatannya belum dinikmati sepenuhnya. Semoga ilmu yang disampaikan akan membantu saya menjadi ibu, guru dan kakitangan yang lebih baik, Amin.” ~Norazida Mat Jam~
“Dapat mengetahui maklumat-maklumat yang baru, berasa lebih yakin dengan tips-tips yang diberi dan mesti lebih berusaha untuk mencapai apa yang dihajati dalam kehidupan ini.” ~Mazliada Mohamad~
“Kita mesti menjalankan amanah yang diberikan dengan sebaik mungkin. Jangan mempedulikan kutukan orang lain jika apa-apa yang kita lakukan betul.” ~Norizan Yaso~
“Kursus ini dapat memberi pelbagai aspek seperti keyakinan diri, semangat perjuangan yang tinggi untuk mengharungi cabaran yang akan datang dan menjadi seorang lebih cemerlang pada masa akan datang. (Ia sangat seronok). Syabas!” ~Tengku Rahaimi Tg. Abd Aziz~
“Ceramah yang tidak bosan dan berilmu. Orang putus cinta pun boleh happy.” ~Nuriha Mohamed~
“Saya mendapat banyak ilmu daripada En Osman Affan. Kursus yang amat bermakna dan memberi manfaat kepada saya.” ~Teh Faizah Mohd Nor @ Abd Halim~
“Komunikasi berkesan penceramah, ilmu yang diberikan amat berguna untuk digunakan dalam hidup. Terima kasih.” ~Myazman Mansor~
“Program ini nampak simple tetapi terdapat banyak ilmu yang tersirat.” ~Kamarulzaman Muhamad~
“Semoga idea-idea ini boleh dikembangkan kepada masyarakat umum.” ~Mamat Ali~
“Powerpoint presentation was great.” Abdullah Abdul Rahman~
“Kursus yang boleh membuka mata dan minda. Memberi seribu erti.” ~Mohd Faez Mohamad~
“The art of public speaking – beneficial for teachers as to enhance their teaching skills and therefore producing excellent and quality students.” ~Mohd Haniez Md Akhair~
“Lots of information that never occurred in my mind before. It states that everyone has potential to succeed. This course make me happier and better person.” ~Rudiyana Abdul Rahim~
“Selepas kursus ini saya rasa lebih yakin untuk berdepan dengan pelajar untuk tingkatkan prestasi mereka.” ~Nik Zubaidah Nik Ismail~
“Alhamdulillah. Banyak maklumat yang berguna yang dapat saya kutip dalam bengkel ini. Insyaallah akan saya gunakan untuk meningkatkan kredibiliti diri.” ~Nor Fairuz Muda~
“Saya berasa sangat seronok. Program ini banyak memberi ilmu yang berguna kepada saya. Membuatkan saya bertambah yakin dan membuatkan saya berfikir ke arah yang positif.” ~Salizahwati Rikin~
“Sangat baik sekali persembahannya.” ~Muhamad Yaacob~
“Program ini mencari dan menjejak potensi sebenar setiap individu. Syabas dan ribuan terima kasih kerana menunjukkan jalan keluar mencari potensi diri saya. Terima kasih En Osman Affan.” ~Mohd Haizam Ibrahim~
“Program ini amat membantu untuk meningkatkan diri khususnya dari segi mengeluarkan kelebihan yang ada pada diri. Terima kasih saudara Osman Affan.” ~Asyuna Azhar~
“Kursus kali ini sangat menarik. Saya dapat memberikan fokus dengan baik. Hebat, fantastic, lain daripada yang lain. Lain daripada kursus yang pernah saya ikuti. Good and tahniah!” ~Abdul Halim Mohamad~






















