Program Motivasi


Jabatan Penerangan Brunei 

Hari ini (Isnin, 25 Ogos) ialah hari pertama saya jalankan program bertajuk Kursus Pembinaan Kapasiti Diri dan Organisasi untuk lebih kurang 65 pegawai Jabatan Penerangan Negara Brunei Darussalam. Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Penerangan Tuan Haji Yussof Haji Ladi. Di dalam ucapan perasmian beliau, banyak kali beliau nyatakan yang beliau sangat tertarik dengan satu slot utama modul mengenai kepentingan bersyukur.

Jabatan Penerangan Brunei

Seperti yang saya terangkan dalam posting sebelum ini, program ini adalah sama seperti program Pembangunan Organisasi dan Pemantapan Modal Insan yang biasa saya jalankan untuk syarikat korporat dan jabatan kerajaan di Malaysia. Ia menekankan kepentingan memahami konsep keyakinan diri dan bagaimana kemajuan individu boleh menyumbang kepada perubahan dan kejayaan sesebuah organisasi.

Zol & Company ServicesProgram ini adalah hasil kerjasama syarikat saya Creative Questions Enterprise dan Zol & Company Services Brunei. En Zul Kifli (gambar sebelah) adalah pengarah syarikat  konsultan ini yang begitu aktif menjalankan kursus-kursus dan seminar pembangunan diri untuk para pegawai kerajaan di Brunei. Saya sangat bertuah kerana mendapat kerjasama beliau untuk meluaskan lagi modul kursus pembangunan diri yang telah saya bina ini.

Setakat hari ini, sambutan daripada peserta amatlah baik. Saya tidak terasa langsung seperti berada di Brunei. Terasa seperti berada di negara sendiri disebabkan keramahan dan kerjasama yang diberikan oleh para peserta kursus ini. Saya akan tuliskan sedikit lagi laporan mengenai kursus ini esok.

Hari ini 24  Ogos 2008 saya menjejakkan kaki buat pertama kali di Brunei Darussalam. Saya akan berada di sini hingga hari Rabu bagi menjayakan Kursus Pembinaan Kapasiti Diri & Organisasi untuk para pegawai Jabatan Penerangan yang bernaung dibawah Jabatan Perdana Menteri Brunei.

Program ini sebenarnya adalah menggunakan modul program yang saya bina iaitu Program Pembangunan Organisasi dan Pemantapan Modal Insan yang pernah saya jalankan untuk beberapa organisasi seperti IKM Besut, KKTM Pasir Mas Kelantan dan Kolej Teknologi Bestari Terengganu.

Saya tuliskan mengenai program ini sekembalinya saya ke Kuala Lumpur nanti.

Assalamualaikum. Dengan sukacita dan rendah dirinya saya menjemput pembaca dan pengunjung blog ini untuk menonton rancangan Motivasi Pagi TV3 Ahad ini, 17 Ogos 2008 pukul 7 pagi. Slot ini dikendalikan oleh saya sendiri mengenai pengisian cuti sekolah.

Selamat menonton. :)

Di sini saya berikan tarikh yang diberikan kepada saya untuk tayangan 5 rakaman tadi. Tayangan bermula pada pukul 7 pagi.

Ahad 17/8/2008     Tajuk: Pengisian masa cuti (Apa yang sepatutnya dilakukan dalam masa cuti sekolah)

Ahad 24/8/2008     Tajuk: Persediaan memulakan sekolah (Persediaan untuk memulakan cuti sekolah)

Ahad 7/9/2008       Tajuk: Puasa & Peperiksaan

Ahad 12/10/2008  Tajuk: Persiapan akhir menjelang peperiksaan

Ahad 19/10/2008  Tajuk: Tenang menjawab soalan

Selamat menonton. :)

 UITM Johor

Selasa lalu saya buat pertama kalinya menjejakkan kaki ke UITM Johor bagi menjayakan program Towards Dean’s List bersama mahasiswa dan mahasiswi Universiti Teknologi Mara, Segamat Johor. Program ini dihadiri seramai 200 pelajar yang majoritinya ialah pelajar tahun pertama. Mereka ini dipilih berdasarkan potensi mereka untuk mendapat keputusan yang lebih cemerlang di dalam peperiksaan semester yang akan datang.

Entah kenapa saya rasa agak kurang sihat ketika program ini bermula. Mungkin ini kerana beberapa program yang jalankan berterusan sebelum sampai ke UITM Johor ini. Namun rasa tidak sihat itu seperti hilang dan langsung tidak terasa apabila mendapat kerjasama, tumpuan dan fokus yang amat hebat daripada para peserta ini. Mereka hadir dengan semangat ingin belajar dan menumpukan perhatian mereka dari awal hinggalah ke akhirnya.

Uitm Johor

Seperti biasa, mesej saya kepada pelajar ialah pelajar harus cintai diri mereka dan yakin bahawa mereka berpotensi mencapai apa sahaja yang mereka inginkan. Saya telah kongsikan beberapa tips dan teknik bagaimana mereka boleh capai matlamat dan impian mereka itu. Di akhir program, saya telah mendapat beberapa maklumbalas yang banyak membantu saya untuk lebih maju di dalam mengendalikan program bersama pelajar ini.

“Satu program yang paling menggembirakan dan banyak memberi input. Semoga dapat bertemu lagi di program lain. En Osman memang best! Suasana sangat happening… Hebat Ah!! ~Nurul Hidayah Mamat~

“Ya Allah, best sangat kursus ni. En Osman pandai mengambil hati kami untuk mengikuti program seperti ini di masa akan datang. Tahniah untuk En Osman di atas kursus yang amat berjaya ini.”~Nur Atirah Jaafar~

UITM JOhor

“Happening habis! En Osman memang seorang motivator yang bagus dalam memberi motivasi serta menerangkan gaya belajar dengan terang!” ~Nur’Atiqah Mohamed Rodzi~

“Saya berasa sangat seronok dan tidak pernah seronok di mana-mana program. Inilah program paling best dan tidak membosankan. Ia meningkatkan keyakinan saya untuk terus belajar.”~Siti Soleha Mohd Salleh~

“Program ini lain daripada yang lain kerana mesej yang ingin disampaikan sangat jelas dan tidak boring.”~Tanpa nama~”

“En Osman Affan adalah seorang penceramah yang bagus. Beliau sangat pandai berkomunikasi dengan penonton.”~Zuraidah Ahmad~

UITM Johor

“Saya bersemangat dan akan mencuba petua-petua En Osman. Selama ni saya kecewa dengan result saya sehingga mengganggu aktiviti harian. Now, saya percaya dengan advice En Osman. Program hari ini sangat menarik dan berkesan.”~Nor Sazrina Zulkifli~

“En Osman is AWESOME!”~Nurul Izati Shazli~

“Program ini amat bagus dan bermakna kepada saya kerana ia membuka mata saya sendiri untuk mengatasi masalah saya. Thanks and congratulations. En Osman seorang yang sempoi dan pengajarannya amat berkesan.”~Anina Tumiran~

“En Osman best. Susah nak dapat penceramah sebegini. Saya happy mendengar ceramah En Osman. Saya harapkan apa yang saya dapat adalah berkesan.”~Siti Nurfarhana Nayan~

“Program ini sangat bagus dan berfaedah dan sesiapa yang mengikuti program ini pasti akan pulang dengan senyuman yang lebar.” ~Muhammad Khairul Zharif Nor A’zam~

“Program ini sangat menyeronokkan. Tidak ada satu saat pun saya rasa bosan ketika menjalani program ini.”~Ili Yasmin Harun~

“Sangat menghiburkan! Saya sangat suka cara penyampaian dan slide show yang dipaparkan oleh En Osman.”~Muhammad Hazwan Hairuddin~

UITM JOhor

“Program ini amat memberi saya dan rakan-rakan saya keyakinan dan semangat untuk mencapai gred purata 3.5 ke atas…”~Muhammad Azwan Musa~

“Wow! I’m speechless! Penceramah sangat mahir berkata-kata hinggakan semua yang diajarkan dipraktikkan oleh saya sampai sekarang.”Akmal Hadi Sulaiman~

“Antara seminar yang paling berguna, bermakna dan seronok. One complete package.”~Muhammad Amir Zaki Zainal Alam~

“Program ini menyedarkan peserta bahawa mereka mempunyai potensi diri yang masih belum diterokai. Tiada program seumpama ini pernah saya hadiri sebelum ini. Terima kasih kepada En Osman.”~Muhammad Ariff Hussin~

“This kind of talk should be compulsory to all student in every level. Even dean’s list feel small compare to En Osman in term of study and time management.”~Muhammad Izzat Zahari~

“Program ini amat memberangsangkan, seronok dan banyak faedah-faedah yang saya boleh nampak. Cara beliau berceramah seperti bercakap dengan kami, jelas dan kreatif, banyak contoh-contoh yang terbaik yang boleh diikuti dan diamalkan seharian. Program ini juga dapat menarik minat saya yang anti kepada ceramah. Walau apa pun, tahniah dan saya amat berterima kasih kerana sudi datang berceramah memberi kami lebih semangat untuk berjuang mendapat apa yang kami impikan.”~Aida Zulinda Zabadi~

“Sangat memikat hati dan jiwa. Program ini amat bagus. Tahniah En Osman kerana berjaya menerokai hati kami semua.”~Husni M.Nor~

“Best sangat, kelakar, tak mengantuk dan tak membosankan. En Osman yang begitu petah bercakap dan pandai menarik perhatian kami untuk dengar ceramah beliau. Saya ada rasa keyakinan diri yang lebih tinggi bila menghadiri ceramah ini. Terima kasih En Osman dan fakulti TMSK!” Iza Amira Shaharudin~

“Seronok sangat sehingga memberi kesan kepada diri saya. En Osman adalah penceramah terbaik yang pernah saya jumpa!”~Siti Nooraishah Borhanaldin~

Terima kasih kepada semua peserta yang sangat sporting dalam program ini. Tidak lupa terima kasih kepada Puan Ana, koordinator program dan Puan Azliza yang berurusan dengan pihak SmartStudy untuk menjayakan program ini. Selamat berjaya!

Di dalam posting 27 Julai lalu saya ada ceritakan program keyakinan diri yang saya jalankan di Universiti Darul Iman Terengganu. Minggu lalu, saya terima kiriman maklumbalas daripada pihak pengurusan UDM. Terima kasih saya ucapkan kepada Puan Hayati dan Puan Rosni di atas kiriman maklumbalas. Maklumbalas peserta adalah sesuatu yang saya perlukan untuk panduan dan juga sebagai pembakar semangat saya untuk jalankan program yang lebih baik.

UDM

Di sini saya kongsikan beberapa maklumbalas yang saya terima daripada para peserta program.

Program ini amat berkesan untuk para pelajar dan program ini betul-betul membuatkan saya cukup berpuas hati dan kalau diberi peluang untuk menyertai program seperti ini lagi, saya akan menghadirinya sekiranya En Osman Affan penceramahnya.” ~Noor Hafiza Othman~

Program ini telah membuka minda saya bahawa setiap kejayaan mahupun kegagalan berasal daripada kita sendiri. Justeru itu, saya telah buktikan minda yang positif memberi jalan untuk saya capai kejayaan. Syabas En Osman. Anda memang hebat!” ~Nur Iffah Aziz~

Satu pendekatan yang amat rapat, seperti sudah lama kenal. Mudah diajak berbincang dan satu perjalanan ceramah yang tak pernah buat saya tutup mata atau tertidur.” ~Siti Zubaidah Abdullah~

Program ini amat bagus kerana memberi kesan untuk lebih yakin untuk berhadapan dengan orang ramai. Di samping itu program ini dapat membantu saya dan rakan-rakan tampil dengan berani dan bersemangat.”~Norziati Juwaini Jusoh~

Very happening Talk Show. Memberi saya semangat baru dalam mencapai matlamat hidup saya.” ~Nadiah Mohd Razali~

Program yang membuat saya sangat teruja. Saya suka cara En Osman Affan menarik perhatian audience. Sekali sudah menghadiri program ini pasti akan datang lagi.”~Norsalina Abdullah~

Program motivasi ini amat seronok dan menggembirakan. Program ini merupakan program yang paling best pernah saya hadiri. Program ini amat berguna bagi saya dan rakan-rakan yang lain.”~Siti Norasiah Awang Su~

Amat bagus untuk diri saya yang selalu merendah diri dan tidak yakin dengan diri sendiri. EXCELLENT!” ~Nik Ayuni Nik Aziz~

UDM

Program ini amat memberi kesan kepada diri saya. Melalui program sebegini saya mampu mengembangkan bakat serta potensi diri yang terpendam sekaligus memberi keyakinan dalam setiap tindakan dalam usaha untuk menjadi insan yang cemerlang.”~Nurul Ashikin Basri~

Sebelum ini saya selalu merasakan diri saya tidak berguna dan berharga tetapi sekarang saya tahu diri saya sahaja yang boleh merubah dan menjadi yang terbaik. Thanks a lot for giving me more confidence to be successful.” ~Nurul Hazirah Deraman~

Program yang memberi banyak langkah untuk meningkatkan keyakinan diri dari segi minda, kemahiran dan aktiviti sesuai untuk pelajar terutamanya pelajar universiti yang kurang keyakinan diri.” ~Nur Izzatina Abd Ghafar~

Penceramah motivasi yang amat santai dan pandai menarik perhatian kami untuk terus menyertai bengkel ini sehingga ke akhirnya dengan keadaan yang bersemangat dan perkataan bosan tidak pernah terlintas di fikiran kami… Syabas!” ~Nur Syazana Shanan~

UDM

Maklumbalas yang lain daripada kebiasaan dan sedikit mencuit hati saya. :)

Kawan-kawan saya selalu mempermainkan saya setiap kali gambar En Osman dipamerkan di setiap tempat kerana saya mempunyai tahi lalat yang sama dengan En Osman. Jadi saya mengambil keputusan untuk pergi program yang dianjurkan. Apabila saya hadiri program ini saya amat gembira sekali kerana En Osman mengajar saya supaya cintakan diri sendiri. Saya berharap program ini akan diadakan lagi san saya kagum En Osman dan saya berazam untuk menjadi seperti En Osman.” ~Nurmuhsila Md Yusoff~

Tahniah saya ucapkan sekali lagi kepada semua peserta program keyakinan diri anjuran Unit Kaunseling Universiti Darul Iman ini.

English SeminarSaya baru sahaja dimaklumkan oleh sahabat baik saya Coach Ridz dan Coach Sha yang mereka akan mengadakan bengkel Bahasa Inggeris untuk guru tadika di Akademi Irsyadiah, seksyen 7 Shah Alam pada 22 Ogos (Jumaat). Yuran penyertaan yang dikenakan cuma RM50 dan bengkel ini terhad dan eksklusif kepada 20 peserta sahaja. Saya sendiri rasa terkejut dengan harga yang sangat rendah dan jumlah peserta yang sangat rendah ini. Ini menyebabkan saya buat keputusan untuk turut sama datang dan menyertai bengkel ini.

Saya pernah lihat Coach Ridz dan Coach Sha menyampaikan program sebelum ini. Banyak sungguh yang dapat saya pelajari daripada mereka. Ia menyebabkan sayaEnglish Seminar mahu datang ke program mereka setiap kali saya mempunyai kesempatan. Jika anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai program ini atau ingin menmpah tempat yang terhad ini, anda boleh hubungi coach Sha di coachsha@englishguru.com.my atau sms 012-201 7353.

Anda juga boleh lawati laman web mereka di www.EnglishGuru.com.my

 Gathering Wang Cyber

Semalam saya berada di Kelab Golf Bukit Jalil bagi menghadiri satu perhimpunan yang dianjurkan oleh pengasas Wangcyber, saudara Shuth. Perhimpunan ini diadakan dengan tujuan untuk memberi peluang kepada ahli berkenal-kenalan diantara satu sama lain sambil membuka mata untuk melihat peluang jalinan perniagaan yang boleh diwujudkan.

Saya lihat banyak nama-nama besar dalam arena Internet Marketing Malaysia yang muncul di sini. Banyak juga nama-nama yang biasa saya dengar tetapi belum pernah berjumpa, dapat saya jumpa hari ini. Antara yang saya temui buat pertama kali ialah Alang, Labanon, Yusri Jom seminar, Syed Ikhwan, Farid rahsiakambing.com, Syukri pakarhowto.com dan beberapa orang lagi yang tidak sempat saya nak tulis nama-nama mereka.

Gathering Wang Cyber 

Saya ditugaskan untuk menjadi moderator forum ringkas yang diadakan. Yang menjadi ahli panel forum tersebut ialah nama yang sangat dikenali dalam dunia internet marketing Malaysia iaitu Sabri SaifulSham, Gobala Krishnan dan Yusri JomSeminar. Kecil rasanya diri saya bila menemuramah orang-orang yang hebat begini. Mesej terpenting yang cuba disampai oleh ahli panel ialah jika seseorang usahawan internet sanggup berusaha keras, meluangkan masa dan belajar untuk sentiasa berubah mengikut perubahan semasa, mereka pasti boleh berjaya. Saya sangat setuju dengan pendapat ini.

Akhir sekali, saya sangat kagum dengan kejayaan pertemuan ini. Shuth ada memberi ucapan bagaimana WangCyber mula-mula ditubuhkan. Saya percaya objektif penubuhan tersebut sangat murni kerana ia boleh mendidik rakyat Malaysia yang hanya menyangka perniagaan internet adalah sama dengan skim cepat kaya. Semoga usaha murni Shuth dan WangCyber ini akan terus mendapat sokongan dan terus diberkati Allah.

Akhir kata, tahniah kepada yang hadir. Tahniah terbesar buat Shuth dan krew yang menjayakan pertemuan ini. Semoga dapat bertemu lagi di dalam pertemuan-pertemuan yang berikutnya. :)

Untuk maklumat lanjut, anda boleh baca di sini. http://www.wangcyber.com/umum/wc-gath-successfull/

Pusat Minda 

Semalam (Sabtu, 2 Ogos) saya berada di kampung halaman Terengganu Darul Iman bagi menjayakan program yang bertajuk Brain Based Learning bersama lebih 100 guru daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim Fikri, Seberang Takir Terengganu. Program ini dijalankan di Dewan Konvensyen Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu.

Program ini dianjurkan oleh Pusat Minda Terengganu yang berperanan menganjurkan program-program dan usaha bagi memajukan tahap pemikiran dan intelektual rakyat negeri Terengganu. Usaha murni kali ini ialah untuk mendedahkan para guru kepada beberapa teknik menggunakan keupayaan otak dalam mempelajari sesuatu yang baru.

Semasa upacara pembukaan, CEO Pusat Minda, Datuk Hj Saidi telah memberi beberapa penjelasan yang sangat menarik. Kata beliau begitu banyak usaha yang dijalankan untuk memastikan guru-guru pandai mengajar. Hasilnya tidak dinafikan begitu ramai guru yang hebat mengajar. Namun sayangnya, kehebatan guru mengajar tidak cukup jika pelajar sendiri tidak tahu bagaimana teknik untuk belajar. Jadi penekanan perlu diberikan kepada usaha membekalkan pelajar dengan teknik belajar berkesan agar kehebatan guru mengajar tadi dapat disambut dengan kebolehan pelajar untuk belajar. Ini pasti boleh memberikan hasil yang dinginkan. Saya sangat bersetuju dengan kata-kata Dato’ Hj Saidi ini.

Guru SMK Ibrahim Fikri 

Program kali ini juga sangat istimewa kerana di dalam senarai guru yang hadir, turut hadir ialah 3 guru yang pernah mengajar di sekolah saya iaitu di SMKA Tok Jiring. Dua daripada guru ini pernah mengajar saya iaitu Cikgu Rahaida dan Ustazah Rahimah. Tidak dapat saya bayangkan betapa seronoknya saya dapat bertemu semula dengan guru-guru saya ini. Ustazah Rahimah terutamanya, beliau mengajar saya Bahasa Arab semasa saya berada di tingkatan 1. Saya masih ingat lagi cara beliau mengajar dan bagaimana beliau memberikan semangat kepada saya untuk menjadi seorang yang berjaya suatu hari nanti. Alhamdulillah, Ustazah Rahimah masih ingat pada saya sebagai muridnya walaupun kali terakhir saya belajar dengan beliau ialah 19 tahun lalu! Terima kasih ustazah! :)   (Bila berbual dengan beliau, saya rasa saya jadi budak tingkatan 1 semula)

Saya ucapkan terima kasih kepada pihak Pusat Minda terutamanya Dato’Hj Saidi dan Dr. Wan Shaari kerana telah menjemput saya bagi menjayakan program ini. Tidak lupa ucapan terima kasih dan tahniah kepada semua guru yang hadir meskipun mereka agak sibuk dengan aktiviti-aktiviti lain yang mungkin lebih penting. Semoga pertemuan semalam membuahkan hasil dan manfaat yang diinginkan. :)

 Universiti Putra Malaysia

Selepas selesai program bersama UDM di Terengganu, saya bergegas ke KL semula untuk menjayakan program bersama mahasiswa dan mahasiswi Universiti Putra Malaysia. Program ini bertajuk ‘Strategi Pembelajaran Cemerlang’. Sangat menarik dan cantik banner yang digunakan untuk program ini.

Program kali ini saya diminta menekankan tentang kepentingan menetapkan matlamat untuk pelajar. Saya kongsikan bersama pelajar beberapa langkah dalam menetapkan matlamat dan bagaimana mahu menaikkan semangat belajar dengan menulis matlamat yang benar-benar bertenaga dan hebat. Matlamat yang hebat selalunya adalah sesuatu yang agak mendebarkan untuk dicapai kerana kita ada rasa bimbang jika ia hanya menjadi angan-angan kosong. Namun ia mesti mampu membuat kita rasa bersemangat setiap kali kita membayangkan saat di mana ia tercapai.

Universiti Putra Malaysia 

Dalam masa yang sama, saya kongsikan tips ringkas bagaimana pelajar boleh menggunakan teknik belajar yang berkesan dalam menghafal apa yang mereka pelajari. Pesan saya kepada pelajar ialah tidak perlu menghafal semua yang mereka baca. Sebaliknya, cuma hafal kata kunci atau isi penting dan berlatih untuk mengembangkan idea daripada kata kunci tersebut.

Saya juga sempat berkongsi tips ringkas dalam pengurusan masa. Bagi saya, untuk pelajar di peringkat universiti, yang berjaya dan gagal selalunya ditentukan oleh kebolehan mereka membahagikan masa yang mengisi masa mereka dengan perkara yang membawa mereka ke arah matlamat mereka. Ada satu pesan saya yang paling penting di sini, “Jika pelajar mahu berjaya suatu hari nanti, berlatih untuk bangun tidur tepat pada waktu yang telah mereka sendiri tetapkan.” Maksud saya, jika mereka kata mahu bangun pukul 6.30 pagi dan bunyikan jam loceng, disiplinkan diri untuk benar-benar bangun pada waktu tersebut.

Universiti Putra Malaysia 

Jika mereka perlu bangun awal untuk pergi ke kelas, pastikan mereka benar-benar bangun tidak kira pukul berapa pun mereka tidur pada malam sebelumnya. Jika pelajar gagal amalkan ini, tahap disiplin diri mereka akan menurun dan mereka akan rasa tidak mampu menjamin kejayaan mereka dalam bidang akademik.

Terima kasih saya ucapkan kepada unit kaunseling UPM terutamanya Encik Zaliazam dan pihak urusetia program yang memberi layanan yang sangat baik dan istimewa kepada saya dan krew sepanjang program dijalankan. Semoga program ini dapat mencetuskan sedikit api di dalam diri pelajar untuk terus berusaha dan maju.

 Universiti Darul Iman

Semalam saya berada di Terengganu bagi menjayakan program ‘Membina semangat dan keyakinan diri’ bersama mahasiswa dan mahasiswi Universiti Darul Iman Terengganu. Program ini agak berbeza bagi saya kerana fokus utamanya ialah untuk mendedahkan pelajar kepada teknik-teknik yang mampu menaikkan semangat dan keyakinan diri mereka.

Apa yang saya sedar ialah agak ramai pelajar di peringkat pengajian tinggi yang mengalami masalah keyakinan diri. Masalah keyakinan diri datang bukan sahaja semasa menjawab soalan peperiksaan tetapi juga semasa proses pembelajaran dan semasa bergaul dengan orang-orang yang baru dikenali.

Universiti Darul Iman

Jika anda ialah pelajar di peringkat universiti, mungkin anda pernah lihat kawan-kawan yang menghadapi masalah untuk mengangkat tangan dan bertanya di dalam kelas. Mungkin anda pernah lihat kenalan anda yang begitu takut untuk bersuara atau menyatakan pendapat. Mungkin juga anda pernah lihat pelajar yang terlalu takut untuk ‘salah’ hingga tidak mahu mencuba. Lebih membimbangkan jika……anda sendiri yang memiliki masalah-masalah ini!  :)

Program bersama pelajar UDM ini dihadiri oleh lebih kurang 200 pelajar. Seperti biasa, program begini amat menyeronokkan bagi saya. Harapnya itu jugalah yang dirasakan oleh peserta saya. :)

Universiti Darul Iman

Terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada Puan Rosni dan Puan Hayati yang telah bertungkus-lumus untuk memastikan kejayaan program ini. Hati saya memang sentiasa tenang dan gembira setiap kali meluangkan masa di Universiti Darul Iman ini. Kepada para peserta program, semoga beberapa tips keyakinan diri yang saya kongsikan dapat digunakan dan diamalkan dengan baik. Selamat berjaya! :)

Alhamdulillah, saya baru sahaja selesai menjalankan program SmartStudy yang bertajuk “Effective Study Techniques & Motivation” bersama mahasiswa dan mahasiwi Kuliyyah ICT, Universiti Islam Antarabangsa Gombak. Program ini dijalankan selama 3 hari 2 malam di Golden Straits Villas, Port Dickson. Bahasa pengantar untuk program ini ialah Bahasa Inggeris kerana ada beberapa peserta datang daripada luar negara seperti negara-negara Afrika dan juga daripada negara jiran seperti Filipina.

SmartStudy

Saya sangat berpuas hati dengan program ini kerana saya rasa saya sempat untuk berkongsi keseluruhan modul SmartStudy bersama mahasiswa dan mahasiswi ini. Apabila masa yang ada mencukupi, peserta dapat mempelajari teknik-teknik belajar berkesan dengan lebih selesa dan dapat menyiapkan contoh-contoh latihan yang saya berikan.

Program SmartStudy untuk pelajar peringkat universiti ada sedikit kelainan berbanding dengan program SmartStudy untuk pelajar sekolah menengah dan rendah. Kelainannya ialah disebabkan program ini mempunyai 2 topik utama yang berbeza iaitu topik ‘presentation skills’ dan ‘communication skills’.

Apabila pelajar sudah sampai di peringkat universiti, selain daripada teknik belajar, mereka perlu tahu cara untuk bergaul dan menyesuaikan diri dengan orang ramai. Mereka perlu mempunyai kemahiran untuk berkenalan dengan orang baru dengan pantas. Lebih penting lagi, mereka perlu tahu bagaimana mahu bercakap di hadapan khalayak ramai.

Selalunya apabila saya tanyakan pelajar mengenai masalah bercakap di depan khalayak ramai, masalah utama sudah tentunya rasa berdebar atau ‘nervous’. Tips saya kepada pelajar-pelajar ini, rasa itu adalah normal. Malah jika anda tidak rasa berdebar, mungkin ada sesuatu yang tidak kena. :)

SmartStudy

Jadi, saya kongsikan beberapa tips praktikal yang pelajar boleh gunakan untuk mengurangkan rasa berdebar itu dengan cara

  • Berdiri dengan tegak, menarik nafas dengan dalam dan senyum ke arah penonton. Apabila pelajar boleh bernafas dengan tenang dan selesa melihat penonton, rasa berdebar tadi akan lebih mudah dikawal.
  • Keluarkan suara dengan kuat. Kuat bukan bermaksud menjerit. Cukup kuat dan sesuai dengan jumlah penonton. Jika pelajar tidak keluarkan suara dengan betul, suara mereka akan bergetar dan mereka akan rasa lebih berdebar.

 SmartStudy

Tahniah saya ucapkan kepada Kuliyyah ICT terutamanya kepada Cik Tini dan En Najmi yang menjadikan program ini satu kenyataan. Saya sendiri seronok berada dalam program kali ini kerana ada satu bonus diberikan kepada peserta iaitu sesi ‘barbeque’. Rasa macam hadir ke majlis-majlis training korporat pula.

SmartStudy

Kepada semua peserta, saya ucapkan selamat berjaya. Jangan lupa pesan saya pada sesi kesimpulan. Terima kasih juga kepada seorang peserta yang menghantar sms ini kepada saya selepas tamat program. Ia sangat bermakna buat saya dan buat program SmartStudy yang saya bina. :)

“Thank you Bro Osman. Creative stories really works for me. Buat saya lagi cepat faham dan seronok belajar. Dah tak tension lagi. Thanks a lot.”

 SmartStudy.com.my

Terima kasih saya ucapkan kepada ibu bapa dan pelajar yang selalu menghubungi syarikat kami untuk bertanyakan tentang program SmartStudy yang seterusnya. Agak sukar saya memberikan pengesahan tarikh kepada staff saya berikutan jemputan program yang agak penuh saya terima menjelang peperiksaan ini.

Dengan ini saya dengan sukacitanya mengumumkan satu lagi program SmartStudy akan diadakan di UIA Gombak. Program kali ini agak istimewa kerana

  • Dibuka hanya untuk 50 pelajar sahaja. Menurut pengalaman kami, kumpulan yang terlalu besar akan mengganggu konsentrasi dan kebolehan pelajar untuk menguasai apa yang sedang diajarkan. Kumpulan 50 pelajar ini adalah idea bagi kami kerana ia cukup meriah dan saya boleh berikan lebih ‘personal attention’ kepada semua peserta.
  • Dijalankan selama 2 hari. Selama ini kami mendapat komen yang mengatakan pelajar memerlukan lebih masa untuk mempraktikkan teknik belajar berkesan bersama saya. Ini ditujukan terutamanya untuk teknik memori di mana pelajar mahu belajar bagaimana menukarkan fakta yang sukar dihafal kepada sesuatu yang menyeronokkan dan mudah dihafal.
  • Ada dua teknik belajar baru yang saya masukkan ke dalam program kali ini iaitu Teknik Bacaan Pantas (Speed Reading) dan Teknik mengingat apa yang dibaca (Mind mapping & Concept map). Selama ini teknik ini saya hanya ajarkan kepada pelajar diperingkat kolej dan universiti tetapi saya percaya pelajar di peringkat sekolah menengah dan rendah pasti akan memperoleh faedah besar daripada teknik-teknik ini.
  • Ada satu permainan baru yang bakal saya perkenalkan iaitu ‘SmartStudy Concentration Game’. Permainan ini jika pelajar amalkan dapat membantu menguatkan daya ingatan dan juga kebolehan mereka untuk menumpukan perhatian kepada sesuatu yang sedang mereka pelajari.
  • SmartStudy.com.my2 slot untuk ibu bapa akan diperuntukkan. Dalam program yang lepas saya peruntukkan satu slot pendek untuk ibu bapa. Namun maklumbalas yang sangat baik saya perolehi  di mana ibu bapa mahukan tambahan masa agar mereka dapat bertanya lebih banyak soalan dan agar saya dapat kongsikan lebih banyak tips. Tips yang paling banyak ditanya setakat ini ialah bagaimana mahu membuat anak-anak mahu belajar tanpa disuruh dan bagaimana mahu menanam sikap suka membaca di kalangan anak-anak.

 Program ini akan dijalankan pada

  • 16-17 Ogos untuk sekolah menengah (Tingkatan 1 hingga 6)
  • 23-24 Ogos untuk sekolah rendah (darjah 4-6 )

Untuk maklumat lanjut terutamanya tentang tentatif program dan cara mendaftar, sila layari www.SmartStudy.com.my

Semalam saya bersama Tuan Shamsuddin Kadir berada di bangunan BB Plaza Kuala Lumpur bersama kakitangan Skim Pelatih Pengurusan (SPP) Uda Holding bagi menjayakan program yang bertajuk ‘Mind Power’. Saya sebenarnya sedang menjalani kursus 3 hari ‘How to design, assess and implement your training modules creatively’ bersama Malaysian Institute of Management (MIM) bermula hari Selasa. Namun disebabkan kepentingan program Mind Power, saya mengambil cuti sehari dan akan menghabiskan kursus tersebut hari ini (Khamis). Saya akan kongsikan hasil yang saya pelajari bersama anda dalam posting akan datang).

Mind Power

Apakah program Mind Power? Hmm… program ini berkisar tentang bagaimana kita boleh menggunakan kekuatan minda kita untuk mencapai kejayaan. Contohnya, jika selama ini kita masih belum mencapai kejayaan yang kita idam-idamkan walaupun sudah berusaha dengan begitu kuat sekali, mungkin kita terlupa untuk menggunakan kekuatan minda.

Satu cara paling mudah untuk mengaktifkan semua potensi kekuatan minda kita ialah dengan menulis dengan jelas apa yang kita mahu capai dalam hidup. Apabila kita tahu apa yang kita mahu capai, otak kita pasti akan mampu bekerja dengan lebih keras untuk merealisasikannya.

Namun, kekuatan minda bukan bermaksud kita perlu hanya duduk dan berfikir sahaja. Tindakan perlu diambil. Ada orang yang sudah terlalu lama berfikir untuk menjadi usahawan tetapi tidak pernah mengambil tindakan. Ada orang yang selalu berfikir untuk belajar dengan lebih tekun tetapi tidak pernah buat sesuatu.

Mind Power

Terima kasih saya ucapkan kepada para peserta yang begitu ‘sporting’ dan bersemangat sepanjang program. Ia membuat program yang saya kendalikan menjadi bertenaga dan mengekalkan keceriaan saya dari awal hingga ke akhir program. Terima kasih juga kepada pihak pengurusan yang telah menjadikan program ini satu realiti. Di bawah ini adalah beberapa maklumbalas yang saya terima di akhir program.

“Program ini sangat sesuai untuk semua golongan terutama pelajar, pekerja mahupun golongan korporat, Pengisiannya ringkas tetapi padat dan penuh dengan pengetahuan. Penceramah yang berpengalaman dan isu yang dibincangkan juga sangat berkaitan dengan kehidupan seharian” ~Nur Syahfina Ishak~

“Hadir dan dengarlah sendiri. Anda akan berasa puas hati dan hidup anda mungkin akan berubah menjadi yang lebih baik selepas mengikuti program ini.” Ainul Suraya Zainal~

“Program ini sangat berkesan dan berguna bagi meningkatkan keyakinan diri serta mengenalpasti kebolehan diri untuk mencapai matlamat seseorang.” ~Aida Faizurah Ibrahim~

“Harus hadiri program bersama En Osman Affan, banyak tips-tips yang berguna diberikan dalam program beliau. Contoh yang diberikan melibatkan keadaan sekeliling dan mudah difahami serta diingati.” ~Mardhiah Ahmaddiah~

“Sangat menarik dengan penerangan dan penjelasan yang jelas dan terperinci.” ~ Siti Mariam Ahmad.

 Putrajaya

Isnin lalu, 7 Julai 2008, saya berpeluang sekali lagi mengendalikan program SmartStudy Learning bersama pelajar-pelajar daripada sekolah seluruh Putrajaya. Kali ini pelajar yang hadir ialah pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM. Lebih daripada 300 pelajar yang hadir ke program ini. Ia dijalankan di Auditorium Jabatan Perdana Menteri Putrajaya.

Putrajaya

Sekali lagi, saya sangat kagum dan terpesona dengan keindahan Putrajaya. Ditambah pula dengan dewan yang begitu cantik dan selesa untuk pelajar menumpukan perhatian kepada isi kandungan program yang saya sampaikan. Saya kira para pelajar ini sangat bertuah kerana diberi peluang mengikuti program anjuran Majlis Guru Kaunseling Putrajaya dan Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya ini.

Osman AffanWalaupun program ini saya kira agak singkat tempoh masanya, saya dapat kongsikan beberapa tips dan teknik penting untuk pelajar. Bagi saya, kebanyakan pelajar yang masih tidak dapat menumpukan perhatian di sekolah dan masih tidak bersemangat untuk belajar ialah ‘pelajar yang masih belum mampu melihat masa depan mereka’. Mereka tidak dapat melihat apa yang mereka mahu lakukan dan apa yang mereka mahu capai. Akibatnya, aktiviti pergi ke sekolah menjadi satu aktiviti yang membosankan.

Alhamdulillah, pelajar yang mengikuti program kali ini majoritinya bersemangat dan boleh menumpukan perhatian mereka. Kebolehan menumpukan perhatian adalah satu kebolehan yang sangat berguna dalam menuntut ilmu. Saya selalu menonton semula rakaman video yang saya lakukan semasa program dijalankan. Saya dapati pelajar yang cemerlang selalunya sangat fokus dan bersemangat mendengar apa yang disampaikan. Mereka dapat kaitkan apa yang mereka Osman Affandengar dan lihat dengan apa yang mereka mahu capai suatu hari nanti.

Dalam program ini juga saya kongsikan satu modul baru SmartStudy kepada pelajar iaitu teknik untuk menghafal nombor. Sebelum ini saya hanya berikan teknik ini secara sepintas lalu tetapi saya kini percaya teknik ini sangat penting dikuasai oleh pelajar. Ini kerana jika pelajar dapat menguasainya, mereka bukan sahaja boleh menghafal maklumat dan nombor dengan mudah, malah mereka akan berjaya meningkatkan daya konsentrasi dan kebolehan mereka untuk fokus kepada sesuatu.

Saya ucapakan selamat berjaya untuk semua pelajar SPM di Putrajaya! :)

 Putrajaya

Khamis lalu (3 Julai 2008) saya berpeluang meluangkan masa selama sehari bersama wakil pelajar UPSR dan PMR daripada sekolah-sekolah seluruh Putrajaya. Lebih kurang 400 pelajar UPSR dan 400 pelajar PMR yang hadir ke program ini. Ia dijalankan di dewan utama Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 9(2).

Ketika saya sampai ke sekolah tersebut pada lebih kurang 7.20 pagi, saya perkara yang terlintas di fikiran saya, “Masyaallah, cantiknya sekolah ni.” Hmm… memang saya tidak boleh nafikan yang sekolah ini begitu cantik dan indah. Mungkin setaraf dengan kecantikan kolej-kolej dan universiti swasta. Mulalah terfikir,”kalaulah sekolah saya dulu cantik begini…..” :)

Putrajaya

Program Motivasi dan Kemahiran Belajar ini ialah hasil kerjasama persatuan guru kaunseling dan pegawai-pegawai di Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya. Saya lihat program ini diatur dengan begitu kemas sekali hingga proses pendaftaran pelajar dan pelaksanaan program dapat dijalankan dengan begitu baik. Tahniah saya ucapkan kepada ahlijawatankuasa kerja yang terlibat bagi memastikan kejayaan program ini.

Pengarah JPWP PutrajayaSaya juga amat bertuah kerana program ini telah dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya sendiri iaitu Dr Muhammad. Ini merupakan satu penghormatan dan penghargaan untuk program SmartStudy Learning Skill saya ini. Terima kasih Dr. Muhammad.

Alhamdulillah, saya mendapat maklumbalas yang agak baik untuk program ini. Semoga pelajar yang hadir akan mendapat manfaat daripada program ini dan dapat membantu mereka menghadapi peperiksaan yang bakal tiba tidak lama lagi.

« Previous PageNext Page »