Thu 17 Jul 2008
Program Eksklusif SmartStudy Learning Skills, Ogos 2008
Posted by Osman Affan under Program Motivasi
No Comments
Terima kasih saya ucapkan kepada ibu bapa dan pelajar yang selalu menghubungi syarikat kami untuk bertanyakan tentang program SmartStudy yang seterusnya. Agak sukar saya memberikan pengesahan tarikh kepada staff saya berikutan jemputan program yang agak penuh saya terima menjelang peperiksaan ini.
Dengan ini saya dengan sukacitanya mengumumkan satu lagi program SmartStudy akan diadakan di UIA Gombak. Program kali ini agak istimewa kerana
- Dibuka hanya untuk 50 pelajar sahaja. Menurut pengalaman kami, kumpulan yang terlalu besar akan mengganggu konsentrasi dan kebolehan pelajar untuk menguasai apa yang sedang diajarkan. Kumpulan 50 pelajar ini adalah idea bagi kami kerana ia cukup meriah dan saya boleh berikan lebih ‘personal attention’ kepada semua peserta.
- Dijalankan selama 2 hari. Selama ini kami mendapat komen yang mengatakan pelajar memerlukan lebih masa untuk mempraktikkan teknik belajar berkesan bersama saya. Ini ditujukan terutamanya untuk teknik memori di mana pelajar mahu belajar bagaimana menukarkan fakta yang sukar dihafal kepada sesuatu yang menyeronokkan dan mudah dihafal.
- Ada dua teknik belajar baru yang saya masukkan ke dalam program kali ini iaitu Teknik Bacaan Pantas (Speed Reading) dan Teknik mengingat apa yang dibaca (Mind mapping & Concept map). Selama ini teknik ini saya hanya ajarkan kepada pelajar diperingkat kolej dan universiti tetapi saya percaya pelajar di peringkat sekolah menengah dan rendah pasti akan memperoleh faedah besar daripada teknik-teknik ini.
- Ada satu permainan baru yang bakal saya perkenalkan iaitu ‘SmartStudy Concentration Game’. Permainan ini jika pelajar amalkan dapat membantu menguatkan daya ingatan dan juga kebolehan mereka untuk menumpukan perhatian kepada sesuatu yang sedang mereka pelajari.
2 slot untuk ibu bapa akan diperuntukkan. Dalam program yang lepas saya peruntukkan satu slot pendek untuk ibu bapa. Namun maklumbalas yang sangat baik saya perolehi di mana ibu bapa mahukan tambahan masa agar mereka dapat bertanya lebih banyak soalan dan agar saya dapat kongsikan lebih banyak tips. Tips yang paling banyak ditanya setakat ini ialah bagaimana mahu membuat anak-anak mahu belajar tanpa disuruh dan bagaimana mahu menanam sikap suka membaca di kalangan anak-anak.
Program ini akan dijalankan pada
- 16-17 Ogos untuk sekolah menengah (Tingkatan 1 hingga 6)
- 23-24 Ogos untuk sekolah rendah (darjah 4-6 )
Untuk maklumat lanjut terutamanya tentang tentatif program dan cara mendaftar, sila layari www.SmartStudy.com.my






















