DBP

Sebentar tadi saya baru sahaja selesai menjalankan rakaman segmen motivasi bersama unit Multimedia Dewan Bahasa & Pustaka Malaysia. Unit dan rakaman hari ini diketuai oleh Tuan Abdul Razak Mohammad. Terima kasih saya ucapkan kepada beliau yang telah menguruskan proses rakaman sejak 2 bulan lepas.

Rakaman ini adalah untuk Web TV Dewan Bahasa & Pustaka. Saya dimaklumkan bahawa ada 4 saluran Web TV di laman web www.dbp.gov.my dan salah satu daripada saluran itu ialah saluran motivasi.

DBP

Jadi sebentar tadi saya sempat merakamkan 5 slot motivasi untuk remaja yang setiap satunya akan berlangsung selama lebih kurang 15 minit. Antara topik-topik yang saya bincangkan ialah

  • Bagaimana hendak merancang masa depan.
  • Memupuk minat membaca di kalangan remaja.
  • Mencari bakat yang terpendam.
  • Petua memikat hati guru.
  • Petua memikat hati rakan sebaya.

DBP

Esok Insyaallah saya akan muncul di rancangan Selamat Pagi Malaysia, RTM1 bagi membincangkan topik Gelombang ICT. Secara umumnya apa yang bakal dibincangkan ialah apakah kesan perkembangan ICT orang ramai. Siaran langsung itu dijadualkan pada pukul 9.00 pagi esok, Khamis, 28 Mei 2009.