SMK Aminuddin Baki

Semalam saya meluangkan masa sehari bersama para pelajar tingkatan 3, 5 dan 6 SMK Aminuddin Baki Johor. Program SmartStudy Learning Skills ini menekankan teknik belajar yang berkesan. Selalunya saya tekankan teknik persediaan minda, tetapi kali ini saya lebihkan bahagian teknik memori termasuk juga teknik-teknik dan modul baru yang telah saya bina.

Seperti biasa, saya memang rasa seronok bila berada di hadapan pelajar. Saya sebenarnya mengalami sedikit pening kepala akibat berjemur tengah panas dalam program dua hari bersama TPPT SB. Jadi sejak awal pagi lagi saya tidak boleh bergerak terlalu cepat dan tangan saya sedikit menggeletar akibat pening kepala ini.

SMK Aminuddin Baki

Namun, mungkin disebabkan seronok berada di hadapan pelajar, pening kepala ini hilang ketika saya menyampaikan program. Apabila saya duduk berehat untuk minum pagi dan makan tengahari, ia datang semula. Kepala saya rasa berdenyut-denyut hingga rasa tak larat hendak membuka mata. Alhamdulillah, saya masih mampu menyelesaikan program yang telah dirancang.

Saya ucapkan terima kasih kepada 4 kaunselor SMK Aminuddin Baki yang penuh berdedikasi terhadap tanggungjawab mereka. Walaupun program dijalankan pada hari Ahad (hari cuti mereka), mereka tetap datang dan membantu saya mengendalikan program dengan penuh rasa ceria. Memang seronok dapat bekerja dengan mereka. Tahniah Cikgu! :)

Kaunselor SMKAB

Kepada para peserta, semoga apa yang telah dikongsikan sepanjang program termasuk latihan yang telah dilakukan akan memberi manfaat dan membantu anda semua mencapai apa sahaja yang anda idam-idamkan. :)

(Maaf kerana gambar bersama kaunselor agak kabur. Kamera saya pun pening kepala agaknya. :)  )