Tue 8 Jul 2008
Sehari bersama pelajar UPSR & PMR Putrajaya
Posted by Osman Affan under Program Motivasi

Khamis lalu (3 Julai 2008) saya berpeluang meluangkan masa selama sehari bersama wakil pelajar UPSR dan PMR daripada sekolah-sekolah seluruh Putrajaya. Lebih kurang 400 pelajar UPSR dan 400 pelajar PMR yang hadir ke program ini. Ia dijalankan di dewan utama Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 9(2).
Ketika saya sampai ke sekolah tersebut pada lebih kurang 7.20 pagi, saya perkara yang terlintas di fikiran saya, “Masyaallah, cantiknya sekolah ni.” Hmm… memang saya tidak boleh nafikan yang sekolah ini begitu cantik dan indah. Mungkin setaraf dengan kecantikan kolej-kolej dan universiti swasta. Mulalah terfikir,”kalaulah sekolah saya dulu cantik begini…..”

Program Motivasi dan Kemahiran Belajar ini ialah hasil kerjasama persatuan guru kaunseling dan pegawai-pegawai di Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya. Saya lihat program ini diatur dengan begitu kemas sekali hingga proses pendaftaran pelajar dan pelaksanaan program dapat dijalankan dengan begitu baik. Tahniah saya ucapkan kepada ahlijawatankuasa kerja yang terlibat bagi memastikan kejayaan program ini.
Saya juga amat bertuah kerana program ini telah dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya sendiri iaitu Dr Muhammad. Ini merupakan satu penghormatan dan penghargaan untuk program SmartStudy Learning Skill saya ini. Terima kasih Dr. Muhammad.
Alhamdulillah, saya mendapat maklumbalas yang agak baik untuk program ini. Semoga pelajar yang hadir akan mendapat manfaat daripada program ini dan dapat membantu mereka menghadapi peperiksaan yang bakal tiba tidak lama lagi.









Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik 













