Sat 5 Dec 2009
SmartStudy Learning Skills Bersama Mahasiswa Mahasiswi Politeknik Port Dickson
Posted by Osman Affan under Program Motivasi
[6] Comments
Isnin lalu, 30 November 2009 saya sekali lagi menjejakkan kaki ke Politeknik Port Dickson bagi menjayakan dua sesi program bersama pelajar fakulti kejuruteraan. Sesi pertama ialah untuk pelajar semester pertama yang bertajuk Motivasi Diri Menjelang Peperiksaan. Sesi kedua pada waktu petang pula ialah untuk pelajar semester 2 dan 3 yang bertajuk Kemahiran Belajar.
Untuk sesi yang pertama, saya rasa amat gembira kerana pelajar di dalam semester pertama lagi sudah didedahkan dengan topik-topik pembangunan diri seperti menulis matlamat. Selama ini, saya kerap kali menjalankan program berbentuk begini untuk pelajar yang hampir sudah tamat pengajian. Akibatnya, mereka rasa terkilan kerana kata mereka, jika mereka tahu tentang topik ini sejak awal pengajian, tentu mereka dapat lakukan sesuatu yang berbeza.

Jadi, dengan pelajar semester pertama di Politeknik Port Dickson ini, mereka telah didedahkan dengan teknik merancang kejayaan di universiti dan juga merancang kejayaan pada masa depan. Mereka juga telah saya dedahkan tentang potensi sebenar yang masih terpendam di dalam diri mereka. Jadi harapan saya agar mereka semua akan berjaya dengan sangat cemerlang satu hari nanti.
Saya ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Puan Nuratikah Seman dan suami yang telah banyak berurusan dengan saya sejak awal lagi untuk menjayakan program ini. Tidak lupa kepada urusetia program yang terdiri daripada pelajar dan pensyarah yang membuat saya rasa sangat selesa berada di Politeknik Port Dickson dari awal pagi hinggalah ke petang.

Semoga pelajar mendapat banyak manfaat daripada program ini dan semoga kita semua akan bertemu lagi di dalam program-program yang akan datang.























December 6th, 2009 at 2:47 am
Salam tuan Osman. Semuga tuan sihat2 selalu.
Tuan, saya tengok sidebar blog tuan lari kebawah dalam seminggu dua ini. Mula2 saya ingatkan mungkin komputer saya problem, tp bila saya buka blog lain tak jadi masalah maybe ada mana2 coding tuan yang problem kot.
Salah satu yg saya perhatikan adalah maybe youtube yg tuan letak tu agak besar sangat size dia.
Akhir sekali, saya mohon kebenaran tuan letakkan gambar tuan kat blog saya saya.
~Jimie~
Bayan Baru, P.Pinang
December 6th, 2009 at 6:36 pm
Salam Tuan Jimie, semoga ceria dan segar sentiasa.
Terima kasih atas makluman Tuan. Saya langsung tidak tahu mengenai perkara tersebut. Di komputer saya ia kelihatan normal. Saya gunakan internet explorer. Adakah ia satu kemungkinan kenapa ia nampak berbeza.
Sebentar tadi saya cuba buka dengan Mozilla Firefox, memang nampak tunggang langgang blog saya. Saya sudah cuba kecilkan video youtube tu tetapi masih lagi begitu keadaannya. Nampaknya saya kena rujuk sahabat-sahabat yang lebih pakar nampaknya.
Tuan Jimie pun kalau tahu cara menyelesaikannya bolehlah maklumkan kepada saya nanti ya.
Mengenai gambar tu tidak ada masalah. Silakan.
Terima kasih.
December 6th, 2009 at 8:28 pm
Salam tuan.
Saya pernah juga berlaku kes2 macam ni sebelum ni. Saya akui, saya tak pakar sangat dalam bab2 ni, tp pengalaman saya kalau berlaku kes macam ni di sebabkan ada coding2 yg tak sesuai dengan blog Wordpres ni.
Jalan penyelesaiannya tuan bole minta tolong saudara SmartZul. Kalau tuan percaya dia, tuan tukar sementara password blog ni & beri pada SmartZul minta dia tolong tengok. Dulu saya pernah minta kepakaran SmartZul untuk selesaikan.
Saya minta maaf kerana tak dapat nak bantu tuan untuk selesaikan.
December 6th, 2009 at 8:38 pm
Salam tuan & jumpa lagi.
Ok tuan, saya cuba check satu persatu artikel tuan yang sebelum ini. Hasil pemerhatian saya, didapati artikel tuan yg bertarikh 28-Nov-2009 “Video Smartstudy di Youtube” ada hadapi masalah pada coding menyebabkan sidebar dia jatuh atau jadi tunggang langgang.
Cuba tuan ‘remove’ sementara artikel tersebut & tengok kembali adakah masih berlaku lagi….Saya tengok artikel2 yang lain still ok jer bila kita buka…
Harap membantu.
December 13th, 2009 at 7:31 pm
Tuan Jimie, lambat pula saya reply. Seminggu sibuk dengan program jelajah Felda sampai nak tulis blog pun tidak sempat.
Alhamdulillah, tidak tahu kenapa tetapi saya dah check guna internet explorer dan mozilla terkini dan saya lihat tidak ada masalah setting di blog ni. Mungkin ada masalah dengan server minggu lepas.
Cuma kalau saya guna mozilla lama, memang ada masalah setting sikit di blog ni.
Terima kasih Tuan Jimie.
January 15th, 2010 at 4:35 pm
salam. terima kasih sudi bertanding berkongsi ilmu dgn kami d ppd ye.
- ex smkatj 98.