Fri 6 Mar 2009
SmartStudy Memory Skills Ahad, 8 Mac ini di Johor Bahru
Posted by Osman Affan under Pengumuman, Program Motivasi
No Comments
![]()
Alhamdulillah, setelah lama diusahakan dan setelah banyak mendapat permintaan, satu program SmartStudy Memory Skills akan julung-julung kalinya diadakan di Johor Bahru. Program ini adalah sama isi kandungannya dengan program SmartStudy Memory Skills yang saya jalankan di Kuala Lumpur.
Antara yang bakal diperolehi oleh pelajar apabila menyertai program ini ialah, para peserta akan faham

Bagaimana untuk menghafal rajah dalam subjek Sains

Bagaimana menghafal senarai isi penting dan tarikh dalam jadual.

Bagaimana formula boleh bertukar menjadi ini.

Bagaimana tarikh boleh bertukar menjadi ini.
5893548217653764781474882597463444037071
|
Bagaimana senarai nombor ini boleh dihafal dalam masa yang sangat singkat. Ia akan membuktikan bahawa nombor atau tarikh dalam sukatan pelajaran juga boleh diingat dengan mudah. |
(Cuba anda ambil masa 5 minit dan cuba hafal nombor 40 digit ini. Kemudian, tulis semula sebanyak mana yang anda ingat mengikut turutan yang betul. Anda akan dapat lihat dan rasakan tahap kesukarannya.Bayangkan jika pelajar boleh menghafalnya dengan mudah dan boleh membaca dengan sempurna semua nombor-nombor ini setelah dihafal. Mereka bukan sahaja boleh baca dari depan ke belakang, malah dari belakang ke depan)
Untuk mendaftar, bertanya dan mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi En Rafek di 012-7079596 atau talian tetap di talian tetap 07-232 9888.






















