Thu 31 Aug 2006
Mengurangkan tekanan perasaan menjelang peperiksaan
Posted by Osman Affan under Psikologi Peperiksaan
Setelah kita tahu bahawa tekanan perasaan sebenarnya membawa kebaikan kepada kita jika kita dapat mengawalnya dengan baik, kita akan rasa lebih tenang. Anda akan rasa tenang kerana anda tahu, tekanan perasaan itu akan berakhir dan apabila ia berakhir, anda akan jadi lebih bijak dan matang.
Hari ini, saya ingin kongsikan satu teknik lain untuk mengurangkan tekanan perasaan. Teknik ini saya namakan mencari ‘masa aktif’.
Salah satu sebab anda merasa tertekan ialah kerana anda penat. Apabila anda penat, anda tidak boleh menumpukan perhatian kepada apa yang anda belajar. Apabila anda tidak boleh menumpukan perhatian, anda tidak faham. Apabila anda tidak faham, anda rasa…. TERTEKAN!
Mencari masa aktif bermaksud, anda perlu mengenal pasti pada waktu bila kah anda paling aktif? maksud, dalam sehari, pada waktu mana fikiran anda paling cergas? Ada pelajar yang cergas di waktu pagi dan ada pelajar yang cergas di waktu malam dan ada di waktu petang. Jika anda belajar sewaktu minda anda cergas dan tubuh badan anda rasa segar, anda lebih mudah faham apa yang anda pelajari. Disebabkan anda sedang cergas, anda juga tidak akan mudah rasa tertekan. Jadi, kenal pasti waktu mana yang sesuai untuk anda belajar. kenal pasti, bilakah ‘masa aktif’ anda itu.
Ada satu peringatan. Jika masa aktif anda adalah pada waktu malam, anda perlu berhati-hati supaya jangan membuat aktiviti yang terlalu berat pasa waktu siang. Aktiviti berat seperti bermain bola selama 2 jam di waktu petang hingga anda hilang semua tenaga simpanan yang perlu digunakan pada waktu malam. Sama juga jika masa aktif anda ialah pada waktu pagi. Jangan tidur terlalu lewat jika anda suka belajar pada waktu pagi. Ini akan mengganggu masa aktif anda itu.
Selamat mencuba. ![]()









Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik 














March 22nd, 2007 at 3:21 pm
assalamualaikum, saya just nak tanya bagaimana saya nak kurangkan tekanan peribadi contohnya, masalah keluarga. saya sekarang belajar di ums dan baru2 nie banyak pula masalah dirumah yang membebankan fikiran saya hingga mengganggu pembelajaran saya.boleh tak encik berikan sedikit panduan bagaimana saya nak atasi tekanan ini.
March 22nd, 2007 at 5:52 pm
Waalaikumsalam.
Siti, ada banyak cara dan panjang penjelasannya untuk mengurangkan tekanan perasaan ni sebenarnya. Secara mudahnya begini. Saya nak mintak Siti senaraikan 10 benda yang buat Siti rasa happy dan bersyukur sekarang ni. Mungkin Siti happy dan bersyukur sebab dapat masuk UMS, ada kebijaksanaan, ada kawan baik…dan sebagainya. Bila tengok senarai ni, saya nak Siti rasakan perasaan ‘happpy dan bersyukur’ yang ada kat dalam hati Siti.
Petuanya di sini ialah, setiap pagi, lepas Siti buka mata (dan selepas baca doa bangun tidur jika ada baca), fikirkan tentang 10 perkara ni tadi. Fikir dan Rasa perasaan happy tadi. Cuba buat sepanjang minggu ni dan rasakan apa yang terjadi kepada tekanan perasaan tu.