Wed 13 Sep 2006
Teknik berdoa
Posted by Osman Affan under Psikologi Peperiksaan
Setelah anda tahu 5 asas dalam melafazkan doa, anda perlu tahu bagaimana cara melaksanakan doa supaya anda kekal bersemangat dan mula menuju ke arah matlamat anda. Kebanyakan pelajar tidak tahu 5 asas yang saya berikan semalam. Bagi pelajar yang tahu 5 asas doa itu pula tidak tahu bagaimana cara yang betul untuk melaksanakannya.
Ada 5 langkah lagi untuk melaksanakan doa (Fuhh!! banyak betul langkah ni. Harapnya anda belum penat lagi :) )
Langkah satu - Kenal pasti apa yang anda mahukan sejelas-jelasnya. Saya sedar kebanyakan pelajar berdoa dengan doa yang sudah dihafal. Doa-doa yang ada dalam buku semuanya bagus jika anda baca. Namun saya percaya adalah bagus juga jika anda membaca doa anda sendiri, iaitu apa yang anda inginkan dalam ayat anda sendiri. Apabila anda guna ayat sendiri, anda lebih faham apa yang anda minta, anda rasa lebih selesa dan lebih jelas tentang apa yang anda mahu. Jadi, mula tulis doa menggunakan ayat anda sendiri.
Langkah kedua - Lafazkan doa anda. Anda boleh lafaz dalam hati tetapi bagus lagi jika anda lafazkan dengan suara. Tidak perlu suara yang kuat. Cukup untuk telinga anda mendengar suara anda sendiri sahaja. Ingat, lafazkan doa dalam bentuk positif. Jangan doa “Aku tidak mahu gagal lagi”. jika anda doa begini, perkataan gagal akan memenuhi minda anda dan itulah selalunya yang akan muncul dalam hidup anda. Lafaz “aku berjaya dalam peperiksaan UPSR/PMR/SPM/STPM dengan 5A/6A/7A….”
(Saya akan kongsikan langkah seterusnya esok)
























October 13th, 2006 at 3:43 pm
boleh tak cik beri saya cara untuk saya cemerlang di IPT
October 13th, 2006 at 3:58 pm
Assalamualaikum.
Hai Iqbal, selamat berkenalan

Umum soalan tu. Mungkin Iqbal belum pasti apa yang Iqbal cari. Apa kata Iqbal baca dulu beberapa posting saya dalam blog ni dan nanti saya percaya Iqbal akan dapat lebih idea dan jawapan kepada persoalan Iqbal.
July 30th, 2007 at 6:16 pm
salam…
su nak tau cara untuk fokoskan diri dlm dewan kuliah..kdg2 pembelajarn mbosankn…
plzzzz….
August 6th, 2009 at 9:07 pm
RUUL IQBAL B MAT NOOR says:
October 13th, 2006 at 3:43 pm
boleh tak cik beri saya cara untuk saya cemerlang di IPT
Osman Affan says:
October 13th, 2006 at 3:58 pm
Assalamualaikum.
Hai Iqbal, selamat berkenalan
Umum soalan tu. Mungkin Iqbal belum pasti apa yang Iqbal cari. Apa kata Iqbal baca dulu beberapa posting saya dalam blog ni dan nanti saya percaya Iqbal akan dapat lebih idea dan jawapan kepada persoalan Iqbal.
su says:
July 30th, 2007 at 6:16 pm
salam…
su nak tau cara untuk fokoskan diri dlm dewan kuliah..kdg2 pembelajarn mbosankn…
plzzzz….