Sun 27 Aug 2006
Teknik meningkatkan kepantasan semasa menjawab soalan peperiksaan
Posted by Osman Affan under Psikologi Peperiksaan
[52] Comments
Ada dua perkara penting yang anda perlu ada untuk mendapat markah yang cemerlang di dalam peperiksaan. Dua perkara itu ialah Kepantasan dan Ketepatan.
Saya ingin kongsikan satu tips tentang kepantasan.Bagaimana cara meningkatkan kepantasan? Atau saya soal dalam bentuk lain, bagaimana anda boleh menjawab soalan dengan pantas di dalam peperiksaan?
Kepantasan adalah amat penting terutamanya di dalam peperiksaan matematik. Satu teknik yang boleh digunakan untuk meningkatkan kepantasan dinamakan ‘Pengulangan’ (repetition).
Contohnya, anda sedang mengulangkaji matapelajaran matematik di bawah tajuk linear equation. Setelah anda faham tajuk itu dan mula membuat latihan, catat masa anda membuat latihan matematik. Katakanlah, disebabkan soalan itu susah, anda mengambil masa 7 minit untuk menyelesaikannya. Kemudian, ambil kertas kosong lain, selesaikan semula soalan itu. Jika anda tidak boleh selesaikan, maksudnya anda masih tidak faham jalan penyelesaian tadi. Jika boleh, lihat masa yang anda ambil. Masa anda ambil mungkin kurang sedikit iaitu mungkin 6 ke 7 minit.Ulang buat soalan itu sehingga anda betul-betul lancar dan masa yang anda ambil mesti jadi semakin pendek sekurang-kurangnya separuh daripada masa mula tadi (3.5 minit).
Anda mungkin terfikir, “jika saya asyik ulang soalan yang sama, tentulah saya akan jawab semakin cepat sebab saya sudah ingat jalan penyelesaiannya. Dalam peperiksaan bukan kena jawab soalan yang sama!”Benar, anda jawab semakin cepat kerana anda sudah ingat jalan penyelesaiannya. Tetapi sebenarnya, dalam masa yang sama, anda akan ingat juga cara menjawab soalan begini jika anda jumpa soalan yang lebih kurang sama bentuknya di dalam peperiksaan nanti.
Berlatih berulang kali dengan soalan yang sama boleh meningkatkan tahap keyakinan dan keselesaan anda. Anda akan rasa selesa untuk menjawab soalan begitu. Jadi, anda akan dapat jawab dengan baik. Jawab soalan yang sama berulang kali juga akan membuat anda sedar bahawa kebanyakan cara menjawab soalan peperiksaan adalah sama sahaja. Jika anda sudah faham danmahir menyelesaikan masalah menggunakan satu cara, cara itu juga boleh digunakan untuk soalan lain dalam tajuk yang sama.
Selamat mencuba.























April 30th, 2009 at 11:42 pm
GEMRNTAR SEMASA MENJAWAB SOALAN.RASA TERPINGGIR KERANA SELALU MENDAPAT MARKAH RENDAH.BAGAIMANA UNTUK MENGATASINYA???
August 18th, 2009 at 10:29 am
apakah tips yang boleh saya guna dalam penyelesaian dalam metematik? ataupun teknik menjawab ?
October 25th, 2009 at 9:10 pm
sy nk tny mcm ne klu nk buat karangan bahasa melayu,bahasa inggeris n cam ne nak jawab soalan matematik dngn cepat?
October 28th, 2009 at 2:04 pm
sy nk tny mcm ne klu nk buat karangan bahasa melayu yang baik?
November 2nd, 2009 at 4:56 pm
a’kum….saye nk tanye,mcm mne kite nk jwb kesemua mate plajaran dlm peperiksaan??kerana hari itu sye punye sains mendapat markah pling rendah….bagaimane sye nk atasi masalah itu??
November 2nd, 2009 at 8:31 pm
bleh sye tnye?mcmmna nk tingkatkan prestasi dalam kelas>\?
November 10th, 2009 at 12:58 pm
asalamualaikum,saya nak tanya mcm mana nak dapat sekurang-kurangnya 1 mrkh dalam soalan yg susah???
November 20th, 2009 at 4:29 pm
assalamualaikum…
saya nak tnye cam ne nak jawab soalan matematik kertas 2 kertas 1..
December 5th, 2009 at 12:39 pm
As’kum,sye akn cbe
December 5th, 2009 at 12:40 pm
As’kum,sye akn cbe.
December 16th, 2009 at 9:21 pm
saya nak tahu macam mana teknik menjawab soalan sain kertas 2
February 14th, 2010 at 9:39 am
salam,camne nak tngktkan prestasi dlam sume mata pelajaran….
February 14th, 2010 at 11:53 am
salam,macam mana cara untuk tingkatkan prestasi dalam subjek matematik..
March 21st, 2010 at 3:32 pm
assalamulaikum.. ana nk tanyer.. macam maner nk jawab soalan matematik dgn cepat??
March 29th, 2010 at 6:07 pm
Bagaimanakah cara untuk menjawab dengan betul ke??.
April 14th, 2010 at 5:01 pm
asalamualaikum saya selalu dapat markah yang rendah di dalam mata pelajaran mathematics boleh ajar saya
May 11th, 2010 at 4:51 pm
cam ne nak jawab soalan matematik,soalan 1 dan 2 dengan pantas…..??
May 11th, 2010 at 8:46 pm
elo elo..sayer amir..boleh sayer tanya macam maner hendak menjawab soalan matematik denagn pantas dan betul..assalamualaikum.bye
May 23rd, 2010 at 1:44 pm
asslamualaikum…
ada tak caraamenjawab matematik paper 1 dan 2 dengan cepat ??
May 26th, 2010 at 7:41 pm
hmmm senangnyerr
May 26th, 2010 at 8:30 pm
sy nk tnye cam ne nk jawab kertas 2
May 26th, 2010 at 9:10 pm
sye mmang x fham bile bljar math..ckgu nyew ajr syok sndiri..apew comment encik usman affan..
May 30th, 2010 at 10:02 am
salam..
nk tnyer knpe sye dh cbe bbrpe kli tapi masih tak boleh?
June 2nd, 2010 at 12:40 pm
mekom cam mane nak atasih jika kta lemah dalam mtapljran mathematik&sains.
June 2nd, 2010 at 8:30 pm
ASSALAMUALAIKUM….
NAK TANYA MACAM MANA KALAU APA YANG CIKGU AJAR KITA TAK FAHAM NAK TANYA TAPI MALU DAN NAK TANYA JUGA MACAM MANA BILA CIKGU AJAR DALAM KELAS KITA RASA NAK BELAJAR BETUL – BETUL TAPI DEKAT RUMAH MALAS MACAM BILA NAK PERIKSA TIDUR AWALLAH PADAHAL BARU PUKUL 8 MALAM.HARAP BOLEH JAWAB;SORRY PANJANG PULAK.BIASALAH BUDAK INGIN BERJAYA TAPI TAKUT NAK BERTANYA.
June 6th, 2010 at 5:08 pm
mcm mana sy nak jawab soalan mate dgn pantas dan tepat
June 16th, 2010 at 3:39 pm
nama sy Nurilya Aisa.UMur saya 10 tahun.saya susah nak menjawab peperiksaan.saya periksa nak mendabat no yang terbaik seperti no 4 ke atas.saya punya hobi suka main komputer je…saya suka baca buku jugak tapi yang paling banyak mainla…saya harap peperiksaan apabila bukak sekolah nanti saya akan ikut ckp pakar motivasi ni…
June 16th, 2010 at 6:02 pm
assalamualaikum.Semua orang jangan tekejutye…sy bukan shahir af 8 tu nye…cikgu osman,boleh saya tahu…pentingke kalau menjawab soalan periksaan ngan cepat?maklumla,sy ni periksa slalu siap cepat tapi tulisan ntah ape2.sy umu 12 thn.cikgu osman,saya tulis sangat burik jadi boleh bagi tahu saya macam mane nak cantik kan tulisan tak?sebb saya ade penulisa karangan melayu.kalau saya tidak tulis cantik,aya tentu mendapat C.Tolong saya wahai cikgu osman.sekian assalamualaikum
June 16th, 2010 at 10:11 pm
Assalamualaikum.Cikgu osman,selalunye kita akan berasa gementar apabila hendak menduduki peperiksaan.jadi di atas sy baca kita harus tidur awal tetapi jikalau kita gementar kita tak akan dapat tidura awl bukan??jadi apa penyelesaiyan dia???soalan 2:boleh tolong ajarkan sy mata pelajaran sains.sekian assalamualaikum
June 23rd, 2010 at 11:51 pm
knpe sy dh ulg kaji but dah faham sama skali dan apabila periksa tiba saja..
sya trus lupa..
dan x ingat lngsung ape yg d ajar..
sye rse mt nie makin lme mkin ssh la..
asl adew ratio..sye x fham lngsung kalo ratio 2..
July 23rd, 2010 at 7:57 pm
sye nk tnye..cmne nk score dlm subjek math..sye lmah sgt..btw,cmne nk ingt sume formula2 math..tlg rply yep ckgu..salam
July 27th, 2010 at 4:43 pm
saya nak berjaya dalam ujian matematik tpi tak tau nk buat bleh tlong ajar
July 29th, 2010 at 10:32 pm
macam mana nak cpt hafal sejarah
July 31st, 2010 at 10:07 am
salam..
mcm ne nk jawb math dgn btul..
sYe ni lmH dLm sBjK math..
tloNg aJar kn Sye ye…
wasalAm…
August 7th, 2010 at 1:29 pm
salam… saya n kawan2 lemah sgt untuk jawab soalan math… mcm mna nak bgi kami mdah fhm soalan math..tlg bgi kmi tips2 …wsalam..
August 19th, 2010 at 8:16 pm
sye nk tnye,,,cm ne nk jwb soalan matematik kertas 1 dan 2 dgn cpt?kerana masa yg diberikan tidak cukup utk sye sbb sye sgt lemah dlm matapelajran sc dn mt…
tlg bntu dye,,,krana hanya ada 33 hari saja lg utk sya menghadapi upsr…sye jga ssh nk fhm soalan dn sering melakukn kesilapan dlm kiraan,,,tlg sye…
TOLONG SAYA…
August 22nd, 2010 at 9:24 pm
Assalamualaikum..saya nak tanya,bagaimana mahu hilangkan rasa gementaq atau rasa takut semasa dalam dewan peperiksaan?? SAYA HARAP SOALAN SAYA DI JAWAB
August 24th, 2010 at 9:12 pm
saya nk tny cam ne klu nak jawab soalan sains??
September 18th, 2010 at 9:59 pm
saya pelajar tahun 5. saya sering mendapat no.1 dalam kelas. tapi……masaalahnya saya gagal mendapat A dalam mata pelejaran matematik setiap kali peperiksaan.saya hanya berjaya mendapat C&B dlm metapelajaran math….. akhirnya.. orang yg selalu berada d bawah saya berjaya memintas saya sementara saya pula jatuh ke tempat ke-3 kerana dia memintas saya dlm matapelajaran SN & MT dlm PKSR 3 baru2 ni. tolonglah saya untuk membuat persiapan untuk PKSR 4 yg akan menjelang tak lama lagi………[MAAFLAH JIKA TERLALU PANJANG UNTUK DIBACA] HARAP CKG BLEH REPLY…………………….
September 19th, 2010 at 12:35 pm
bagaimanakah hendak menjawab soalan dengan pantas?
September 19th, 2010 at 12:38 pm
bagaimanakah hendak menjawab sains dengan mudah d pantas
September 19th, 2010 at 12:39 pm
semasa saya menjawab soalan sains,kenapa perasaan saya gementar.kenapa?
September 20th, 2010 at 9:19 am
Kenapa saya susah nk jwb soalan math yg ayat panjang?
September 20th, 2010 at 9:26 am
kenapa soalan belit dan mengelirukan?!
September 30th, 2010 at 8:44 pm
kenapa matematik memerlukan kepantasan dan ketepatan untuk menjawab????????: )
October 1st, 2010 at 4:38 pm
macam mana kalau kita menjawab soalan upsr dengan pantas/??????????????????
October 8th, 2010 at 8:56 pm
macam mane nak jawab soalan trigonomety..
October 8th, 2010 at 8:57 pm
macam mana nak jawab soalan trigonometry
October 20th, 2010 at 8:54 pm
salam…nk tnye cmne nk jwb bi krts 2..tips cmne erk..cye xrti nk wt cmne..tlg bntu cye..??
October 21st, 2010 at 7:01 pm
macam mane ek.kalau saye tumpukan perhatian bila belajar mase matematik,tapi bile cikgu bagi latihan saye dah lupe,tak tahu
October 25th, 2010 at 2:45 pm
Saya hendak tahu bagaimana nak dapat keputusan peperiksaan yang tinggi?Kalau tanya ayah….He say’usaha lah sendiri and read more book!’Bagaimana ya?
November 5th, 2010 at 3:17 pm
sayer nak tanyer cam ner nak kembalikan semangat untuk belajar dan mengurangkan malas