Fri 18 Jul 2008
Bengkel 3 hari bersama Malaysian Institute of Management (MIM)
Posted by Osman Affan under Soft Skills
15 - 17 Julai (Selasa hingga Khamis) lalu saya mengikuti satu kursus yang dianjurkan oleh Malaysian Institute of Management (MIM) yang ber ibu pejabat di Jalan Ampang. Bengkel ini bertajuk ‘How to design, assess and implement your training modules creatively’. Jurulatih yang mengendalikan bengkel ini ialah seorang wanita yang sangat berpengalaman dalam dunia training iaitu Puan Rita Krishnan (Gambar, 2 dari kanan). Saya hadir sebagai peserta dan pelajar yang bersemangat untuk belajar sesuatu yang saya belum cukup mahir.
Bengkel ini agak kecil jumlah pesertanya… cuma 10 orang peserta. Jadi ini merupakan satu peluang yang sangat baik untuk mempelajari topik ini dengan mendalam kerana kami boleh diberi tumpuan yang sepenuhnya oleh jurulatih kami. Puan Rita Krishnan ialah seorang jurulatih yang sangat berpengetahuan. Saya amat kagum dengan pengetahuan dan pengalaman beliau. Beliau mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang psikologi dan kaunseling. Seronok apabila saya mendengar konsep dan teori tentang psikologi pelajar dan kanak-kanak yang beliau terangkan. Susah rasanya hendak jumpa orang yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang begitu luas begini.
Kebanyakan peserta adalah pegawai sumber manusia atau pegawai bahagian latihan daripada bank dan syarikat korporat. Saya seorang sahaja rasanya yang datang daripada syarikat kecil saya sendiri yang bernama Creative Questions Enterprise. Tidak mengapa, syarikat kecil, tetapi hati besar! :) Terkejut juga apabila saya berkenalan dengan seorang peserta yang datang daripada Sri Lanka semata-mata untuk menghadiri kursus ini (peserta lelaki yang paling tinggi). Beliau mewakili sebuah bank utama di Sri Lanka.

Banyak yang saya pelajari dalam tempoh bengkel ini. Terima kasih saya ucapkan kepada Puan Rita Krishnan yang menjayakan bengkel ini. Tahniah saya ucapkan kepada semua peserta yang menyertai bengkel ini dari awal hingga akhir. ![]()
5 Responses to “ Bengkel 3 hari bersama Malaysian Institute of Management (MIM) ”
Comments:
Leave a Reply
Trackbacks & Pingbacks:
-
Pingback from Program 5 hari Train The Trainer di Pembangunan Sumber Manusia Berhad » Motivasi Belajar Osman Affan
September 11th, 2008 at 6:06 am[…] program bersama Malaysian Institute Of Management pada pertengahan Julai (laporannya ada di sini http://www.motivasibelajar.com/soft-skills/bengkel-3-hari-bersama-malaysian-institute-of-management-…), saya meletakkan azam untuk mengikuti program PSMB ini. Jadi saya panjangkan idea ini kepada Tuan […]









Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik 














July 18th, 2008 at 1:28 am
Salam En Osman,
Wah…Seronoknyer dengar pengalaman en osman. Share la serba sedikit ilmu yang en osman perolehi
July 18th, 2008 at 12:44 pm
Fatimah… tak ada masalah nak share. Insyaallah bila kena tajuknya saya sharekan….

July 20th, 2008 at 12:53 am
Terima kasih
July 20th, 2008 at 8:27 pm
Ummi, terima kasih kembali.