Mon 4 Aug 2008
Forum dan Gathering Warga Wangcyber.com
Posted by Osman Affan under Program Motivasi, Soft Skills

Semalam saya berada di Kelab Golf Bukit Jalil bagi menghadiri satu perhimpunan yang dianjurkan oleh pengasas Wangcyber, saudara Shuth. Perhimpunan ini diadakan dengan tujuan untuk memberi peluang kepada ahli berkenal-kenalan diantara satu sama lain sambil membuka mata untuk melihat peluang jalinan perniagaan yang boleh diwujudkan.
Saya lihat banyak nama-nama besar dalam arena Internet Marketing Malaysia yang muncul di sini. Banyak juga nama-nama yang biasa saya dengar tetapi belum pernah berjumpa, dapat saya jumpa hari ini. Antara yang saya temui buat pertama kali ialah Alang, Labanon, Yusri Jom seminar, Syed Ikhwan, Farid rahsiakambing.com, Syukri pakarhowto.com dan beberapa orang lagi yang tidak sempat saya nak tulis nama-nama mereka.
Saya ditugaskan untuk menjadi moderator forum ringkas yang diadakan. Yang menjadi ahli panel forum tersebut ialah nama yang sangat dikenali dalam dunia internet marketing Malaysia iaitu Sabri SaifulSham, Gobala Krishnan dan Yusri JomSeminar. Kecil rasanya diri saya bila menemuramah orang-orang yang hebat begini. Mesej terpenting yang cuba disampai oleh ahli panel ialah jika seseorang usahawan internet sanggup berusaha keras, meluangkan masa dan belajar untuk sentiasa berubah mengikut perubahan semasa, mereka pasti boleh berjaya. Saya sangat setuju dengan pendapat ini.
Akhir sekali, saya sangat kagum dengan kejayaan pertemuan ini. Shuth ada memberi ucapan bagaimana WangCyber mula-mula ditubuhkan. Saya percaya objektif penubuhan tersebut sangat murni kerana ia boleh mendidik rakyat Malaysia yang hanya menyangka perniagaan internet adalah sama dengan skim cepat kaya. Semoga usaha murni Shuth dan WangCyber ini akan terus mendapat sokongan dan terus diberkati Allah.
Akhir kata, tahniah kepada yang hadir. Tahniah terbesar buat Shuth dan krew yang menjayakan pertemuan ini. Semoga dapat bertemu lagi di dalam pertemuan-pertemuan yang berikutnya.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh baca di sini. http://www.wangcyber.com/umum/wc-gath-successfull/
19 Responses to “ Forum dan Gathering Warga Wangcyber.com ”
Comments:
Leave a Reply
Trackbacks & Pingbacks:
-
Pingback from wangcyber.com » WC Gath Successfully..
August 4th, 2008 at 4:32 pm[…] (Osman Affan) Forum dan Gathering Warga Wangcyber.com This entry was posted on Sunday, August 3rd, 2008 and is filed under umum. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site. Post-post lain yang menarik untuk dibaca : + No related posts « Irfan Khairi, Mentor Jutawan […]
-
Pingback from Perjumpaan Ahli Forum WangCyber 2008
August 4th, 2008 at 8:46 pm[…] pengerusi majlis menjemput saudara Abooain untuk bacaan doa. Kemudian, majlis menjemput saudara Osman Affan untuk mempengerusi ‘mini forum’ bertajuk “PERNIAGAAN INTERNET - REALITI / […]
-
Pingback from WC Gathering - Memories of Malaysian IM
August 6th, 2008 at 2:27 pm[…] yang selama ini tengok muka avatar je. Ada Kak G, Zamri Nanyan, Mawardee, Khalis, Badruzamani, Osman Affan, Shuth, Bagak (Syed jugak rupanya… welcome to the club), Din Beramboi dan banyak lagi la yang […]
-
Pingback from Rahsia Peluang Perniagaan Internet Tips Buat Duit Usahawan Internet » Archive » What I Did Last Sunday
August 7th, 2008 at 12:24 am[…] kepada bro Osman Affan, terima kasih kerana set tempo untuk forum dengan nice. Oh ya, Abg X, ku ingat kamu. Abg X di dunia […]
-
Pingback from Corat Coret Usahawan Internet Malaya
August 7th, 2008 at 12:55 am[…] (Osman Affan) Forum dan Gathering Warga Wangcyber.com […]
-
Pingback from Kids Science and Art Project » Blog Archive » Gambar saya dan Dr Irfan
August 7th, 2008 at 11:49 am[…] (Osman Affan) Forum dan Gathering Warga Wangcyber.com […]




Untuk membacanya 


Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik 














August 4th, 2008 at 6:23 pm
Selamat berkenal tuan osman affan. memang curious jugak nak tau bagaimana cara tuan bercakap. memang +++ve gaya bahasa pakar motivasi ni. sempoi je jadi moderator forum. Lawak pun ia jugak.. Tahniah!
August 4th, 2008 at 8:25 pm
Ahib, selamat berkenalan dan selamat datang ke blog MotivasiBelajar.
Hmmm… itulah, ramai juga yang kata nak tahu cara saya bercakap macam mana… hehe…macam mana saya cakap atas stage, macam tu juga la saya cakap kat luar.
Apa-apa pun, tahniah kerana dapat hadir dan membuat networking dengan sahabat-sahabat lain. Semoga ada peluang untuk berjumpa lagi nanti.

August 5th, 2008 at 1:25 am
Salam En Osman,
Seronok dapat jumpa mentor lebih-lebih lagi dalam gathering usahawan internet. Kagumla dgn cara en osman handle n moderate sesi forum tu. Memang best!!! Tahniah en Osman
August 5th, 2008 at 8:27 am
Salam perkenalan semasa di WC gathering.Sy, cameragirl masa majlis tersebut, harap bro masih kenal
Erm mungkin bro boleh join forum WC dan buka thread khas berkaitan motivasi untuk menjadi Internet entrepreneur yang berjaya. Kadang kala minda perlukan suntikan “kata-kata emas” dr pakar motivasi spt bro.
August 5th, 2008 at 9:07 am
Tak sempat kita nak bergambar berdua kelmarin kan?
August 5th, 2008 at 9:15 am
Fatimah… tahniah kerana turut hadir. Saya ingat Rizal je yang akan datang. Mesti dah dapat suntikan semangat untuk mulakan sesuatu kan?
Catzer…. ingat…. takkan tak ingat…
Menarik cadangan Catzer tu. Saya akan pertimbangkan kerana bukan apa, bimbang kalau buka thread nanti saya sendiri tak sempat nak tulis… anyway… nice to know you…
Noorizam… hmm.. memang tak sempat. Tapi tak apalah, dah dapat bantu Noorizam kemukakan soalan kepada panel forum pun dah ok la tu…
August 6th, 2008 at 8:26 am
Selamat berkenalan dengan Encik Osman Affan.
Forum yang dipengerusi oleh Encik Osman memang ‘power’ ditambah lagi dengan soalan-soalan ‘killer’ dari En.Osman……memang ‘hidup’ forum tersebut….. tapi masa forum sungguh singkat kalau tidak memang banyak pengalaman boleh diambik dari ahli panel.
Saya bersetuju dengan Catzer, kerana sesetengah dari kita agak kurang dari sudut motivasi diri yang menyebabkan kesan negatif terhadap kerja harian kita.
August 6th, 2008 at 2:12 pm
Hehe.. Setiap kali kalau saya pergi event yang ada Encik Osman Affan, mesti saya akan rasa nak tersenyum je.. Memang best..
August 6th, 2008 at 3:39 pm
Seronok saya berborak dengan saudara ari tu. Actually banyak juga saya belajar tentang komunikasi dengan cara penyampaian saudara.
Teknik penyampaian adalah amat penting dalam menyampaikan sesuatu msg, agar msg tersebut tidak disalah tafsir.
Ada masa nanti, insyaAllah saya akan menghadiri salah satu seminar saudara Osman Affan.
Sekarang ni tengah mantapkan diri tentang teknik Law of Attraction dahulu.
August 6th, 2008 at 9:12 pm
Tuan Abooain, terima kasih kerana sudi singgah di sini. Tuan la yang baca doa kan hari tu? Ke saya tersilap orang?
Apa-apa pun, memang singkat je forum tu. Kalau lama sangat pun nanti bosan pulak eh. Insyaallah kalau ada kesempatan saya singgah dan tinggalkan mesej di WC. Sekarang agak sibuk menulis dan jalankan program.
Fai, memang la…asyik senyum je… bahaya jugak orang yang asyik senyum je ni sebab senyum banyak makna tersirat…
Anyway, seronok dapat jumpa semula.
Tuan Syed, tak ada apa yang sangat nak dipelajari kot. Kita sama-sama belajar. Law of attraction tu saya pun suka. Selalu saya masukkan sebagai satu slot dalam program yang saya kendalikan. Ada masa nanti kita jumpa dan borak lagi.
August 7th, 2008 at 7:09 pm
Gembira dapat berkenalan dengan Tuan Osman Affan dengan lebih dekat. Sebelum hanya melalui TV saja. Forum yang dikendalikan oleh Tuan Osman Affan juga hebat seronok. Bagus juga cadangan catzer tu moga warga WC sentiasa bermotivasi tinggi seperti Tuan.
August 8th, 2008 at 12:49 am
Tak dapat saya nak berjumpa dengan Tuan Osman Affan di WC Gath sebab saya tak dapat nak pergi….ada urusan lain.
August 8th, 2008 at 7:07 pm
Tuan Maizul, terima kasih kerana sudi singgah. Selalu nampak gambar kat mybloglog je. Akhirnya dapat jumpa jugak.
Tuan Nayan…. tak apa… insyaallah, ada rezeki kita boleh jumpa dan borak-borak.