Sat 14 Jun 2008
Kursus Motivasi Kecemerlangan Jati Diri (Teambuilding) bersama TPPT SB
Posted by Osman Affan under Program Motivasi, Soft Skills

Jumaat dan Sabtu lalu saya berpeluang mengendalikan program Motivasi Kecemerlangan Jati Diri untuk kakitangan TPPT SB. Program 2 hari ini dijalankan di Selesa Resort, Bukit Tinggi, Pahang Darul Makmur. Lebih kurang 80 peserta yang mengikuti program ini.
Program kecemerlangan jati diri kali ini mementingkan keakraban dan kerjasama berpasukan. Banyak aktiviti outdoor yang dijalankan sepanjang dua hari ini. Saya yang dah terbiasa berada di dalam bilik berhawa dingin dan teduh terperanjat juga bila sekali sekala berada di tengah padang dan dibawah panas matahari yang terik. Namun itu semua langsung tidak menjadi masalah kerana keseronokan dapat bermain dan bersukan bersama peserta.

Program sebegini selalunya, walaupun tidak disedari, dapat mengeratkan hubungan sesama kakitangan. Sukan dan aktiviti outdoor adalah satu cara termudah untuk menjalinkan hubungan yang lebih baik dan rapat. Cuma sekali sekala peserta perlu diingatkan bahawa walaupun mereka bertanding sesama sendiri, mereka perlu kekalkan semangat kesukanan dan semangat persahabatan yang tinggi agar permainan berakhir dengan hati dan suasana yang ceria. Alhamdulillah, itulah yang berjaya dicapai dalam program ini.

Saya ucapkan tahniah kepada semua peserta yang mengikuti program ini. Ucapan tahniah kepada kumpulan yang memenangi hadiah hamper dan hadiah utama. Tahniah juga kepada peserta lelaki dan wanita terbaik. Akhir sekali, terima kasih kepada pihak pengurusan TPPT SB terutamanya Puan Khuzamy yang telah memberi peluang kepada syarikat saya untuk mengendalikan program ini.
Tidak lupa terima kasih kepada Tuan Fadzli Yusof yang sudi meluangkan masa bagi menjayakan program motivasi kecemerlangan jati diri ini. :)
4 Responses to “ Kursus Motivasi Kecemerlangan Jati Diri (Teambuilding) bersama TPPT SB ”
Comments:
Leave a Reply
Trackbacks & Pingbacks:
-
Pingback from studiomuslim.com | Menghargai Orang Lain
June 18th, 2008 at 4:11 pm[…] Kursus Motivasi Kecemerlangan Jati Diri TPPT Berhad […]









Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik 














June 24th, 2008 at 2:05 am
Terima kasih atas jemputan mengendalikan sessi. Program yang menarik. Pengalaman yang menarik.
www.FadzliYusof.com
June 24th, 2008 at 9:56 pm
Tuan Fadzli, terima kasih kembali. Semoga masa akan datang kita dapat bekerjasama lagi bagi menjayakan program-program sebegini.
October 2nd, 2008 at 8:45 pm
Wow, hebat sungguh! Harap akan diadakan pada masa-masa akan datang