Thu 17 Jul 2008
Program Mind Power untuk kakitangan SSP UDA Holdings
Posted by Osman Affan under Program Motivasi, Soft Skills
Semalam saya bersama Tuan Shamsuddin Kadir berada di bangunan BB Plaza Kuala Lumpur bersama kakitangan Skim Pelatih Pengurusan (SPP) Uda Holding bagi menjayakan program yang bertajuk ‘Mind Power’. Saya sebenarnya sedang menjalani kursus 3 hari ‘How to design, assess and implement your training modules creatively’ bersama Malaysian Institute of Management (MIM) bermula hari Selasa. Namun disebabkan kepentingan program Mind Power, saya mengambil cuti sehari dan akan menghabiskan kursus tersebut hari ini (Khamis). Saya akan kongsikan hasil yang saya pelajari bersama anda dalam posting akan datang).

Apakah program Mind Power? Hmm… program ini berkisar tentang bagaimana kita boleh menggunakan kekuatan minda kita untuk mencapai kejayaan. Contohnya, jika selama ini kita masih belum mencapai kejayaan yang kita idam-idamkan walaupun sudah berusaha dengan begitu kuat sekali, mungkin kita terlupa untuk menggunakan kekuatan minda.
Satu cara paling mudah untuk mengaktifkan semua potensi kekuatan minda kita ialah dengan menulis dengan jelas apa yang kita mahu capai dalam hidup. Apabila kita tahu apa yang kita mahu capai, otak kita pasti akan mampu bekerja dengan lebih keras untuk merealisasikannya.
Namun, kekuatan minda bukan bermaksud kita perlu hanya duduk dan berfikir sahaja. Tindakan perlu diambil. Ada orang yang sudah terlalu lama berfikir untuk menjadi usahawan tetapi tidak pernah mengambil tindakan. Ada orang yang selalu berfikir untuk belajar dengan lebih tekun tetapi tidak pernah buat sesuatu.

Terima kasih saya ucapkan kepada para peserta yang begitu ’sporting’ dan bersemangat sepanjang program. Ia membuat program yang saya kendalikan menjadi bertenaga dan mengekalkan keceriaan saya dari awal hingga ke akhir program. Terima kasih juga kepada pihak pengurusan yang telah menjadikan program ini satu realiti. Di bawah ini adalah beberapa maklumbalas yang saya terima di akhir program.
“Program ini sangat sesuai untuk semua golongan terutama pelajar, pekerja mahupun golongan korporat, Pengisiannya ringkas tetapi padat dan penuh dengan pengetahuan. Penceramah yang berpengalaman dan isu yang dibincangkan juga sangat berkaitan dengan kehidupan seharian” ~Nur Syahfina Ishak~
“Hadir dan dengarlah sendiri. Anda akan berasa puas hati dan hidup anda mungkin akan berubah menjadi yang lebih baik selepas mengikuti program ini.” Ainul Suraya Zainal~
“Program ini sangat berkesan dan berguna bagi meningkatkan keyakinan diri serta mengenalpasti kebolehan diri untuk mencapai matlamat seseorang.” ~Aida Faizurah Ibrahim~
“Harus hadiri program bersama En Osman Affan, banyak tips-tips yang berguna diberikan dalam program beliau. Contoh yang diberikan melibatkan keadaan sekeliling dan mudah difahami serta diingati.” ~Mardhiah Ahmaddiah~
“Sangat menarik dengan penerangan dan penjelasan yang jelas dan terperinci.” ~ Siti Mariam Ahmad.









Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik 














September 26th, 2008 at 10:57 am
thanks byak2 atas perkongsian ilmu yang penuh bermakna..Hope En. Osman & warga kerja semua dirahmati OlehNYa..amien.