Mon 28 Jan 2008
Program SmartStudy Learning Skills di UITM Kota Samarahan Sarawak
Posted by Osman Affan under Program Motivasi, Soft Skills
Hari sabtu lalu saya berada di UITM Sarawak cawangan Kota Samarahan. Terima kasih saya ucapkan kepada Puan Khadijah yang menjemput saya dan yang begitu berusaha keras untuk memastikan bahawa program ini menjadi kenyataan. Kali terakhir saya ke Sarawak ialah pada pertengahan tahun 2005 bersama isteri saya. Tinggal pun d hotel yang sama jadi saya rasa tidak begitu kekok untuk ke sana ke mari walaupun seorang diri.
Di dalam program kali ini, para peserta adalah terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi jurusan Sains. Lebih kurang 150 peserta menyertai program ini. Program ini dimulakan dengan ucapan Pengarah UITM Sarawak, Professor Madya Dr. Jamil. Dalam ucapan beliau menyatakan rasa bangga yang pelajar bersemangat dan sanggup untuk datang walaupun mereka perlu melaburkan sedikit wang daripada poket mereka sendiri.
Saya sendiri percaya ini adalah satu perkara yang boleh dibanggakan. Mengikut pengalaman saya mengendalikan program di peringkat kolej dan universiti, pelajar tidak mahu datang kursus apatah lagi kursus yang perlu dibayar hanya RM10 atau RM15. Jadi, kehadiran 150 pelajar UITM Sarawak ke program ini adalah satu perkara yang patut dibanggakan kerana mereka sudah menunjukkan satu ciri utama pelajar yang bakal berjaya suatu hari nanti. Tahniah kepada semua peserta dan tahniah juga kepada urusetia program yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah dan beberapa orang pelajar.
Di dalam program ini, saya kongsikan beberapa asas teknik belajar dan teknik motivasi diri. Saya juga kongsikan tips dan teknik untuk membuat presentation kerana ini adalah antara soft skills yang sangat penting buat pelajar setelah tamat pengajian nanti. Seronok saya melihat dan mendengar maklum balas pelajar yang sangat sporting semasa program dijalankan. Ada ketikanya saya terpaksa berhenti bercakap seketika kerana pelajar ketawa hingga menitiskan air mata. Hehe..mungkin saya patut cuba bakat dalam pertandingan raja lawak pula satu hari nanti.
Akhir sekali, program ini sangat bermakna buat saya yang kali pertama menjalankan program pelajar di negeri Sarawak ini. Sekali lagi ucapan terima kasih saya kepada pihak pengurusan UITM Sarawak atas layanan yang sangat baik saya terima sepanjang saya berada di negeri tersebut. Kepada pelajar semua, selamat berjaya! ![]()









Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik 














January 28th, 2008 at 12:45 pm
aAlhamdulillah, selepas tamat menyertai program smart learning,saya telah menerapkan apa yang dipelajari…insyaallah.memang saya akui sejak masuk ke sem ini..saya mulai stress dan bimbang dengan study…alhamdulillah degan apa yang saya belajar… sepanjang program ini dapat mengurangkan tekanan tuk study…tuk pengetahuan…saya sebenarnya pernah menyenaraikan segala apa yang saya mahu dlm sekeping kertas lalu disimpan semasa di darjah5….ternyata semua kemahuan itu saya dapat….jadi ia adalah x mustahil tuk dicapai….tp saya tlah berhenti berbuat sedemikian selepas mendapat kesemuanye….namum,sejak dari progrm ini, saya telah melakukannye semula….insyaallah dgn izin tuhan, saya dapat memilikinya….sekian.
January 28th, 2008 at 2:40 pm
Fadilah, terima kasih kerana sudi singgah. Terima kasih juga kerana jadi peserta yang sporting tempohari. Saya ucapkan selamat berjaya.
January 30th, 2008 at 12:40 pm
assalamualaikum..
kami amat berbangga dpt pergi ke seminar yg brlangsung d uitm sarawak..
kami ingin seminar sprti ini dapat dilakukan stp semester..
kami selalu mggunakan teknik ’senyum tiga’ n ‘bagi cas kt kawan’…
:)harap dapat bjumpa lagi k…
January 30th, 2008 at 5:29 pm
Waalaikumsalam.
Leez n da geng, selamat datang. Senyum tu senyum juga, jangan sampai salah guna sudah lah ye.
Terima kasih juga kerana singgah di sini. Sampaikan salam saya kepada da geng tu semua.
February 1st, 2008 at 2:34 pm
salam. smartstudy learning memg best dan saya akan buat request utk sesi kedua nanti.
Insya Allah.
doakan kejayaan student sains uitm sarawak..
amen..
February 2nd, 2008 at 9:36 pm
assalamualaikum…
encik osman, terima kasih kerana sudi datng ke sarawak….
lbh2 lg sudi datang ke uitm……
apa yg d sampaikan sdkt sbnyak sy cuba praktikkan…..
trima kasih ;p
February 2nd, 2008 at 10:57 pm
thanks…
kami berharap dapat bertemu kembali dengan encik lagi….
February 3rd, 2008 at 8:28 am
Ciku Tiramitsu, insyaallah ada rezeki saya akan sampai ke sana lagi. Doa saya sentiasa bersama pelajar agar berjaya dalam bidang akademik dan kehidupan sebenar.
Miey_Za, waalaikumsalam. Terima kasih kembali. Semoga ilmu yang dipraktikkan dapat memberi banyak manfaat.
Leez, insyaallah ada rezeki kita bertemu lagi.