Training of trainersPada 14-16 Disember yang lalu, saya berada di Port Dickson bagi mengendalikan program Training of Trainers untuk pelajar Universiti Islam Antarabangsa. Program ini dianjurkan oleh Students’ Learning Enhancement Unit (SLEU) UIA Gombak.

Dalam program ini, tugas saya ialah membentangkan bagaimana cara menyediakan ‘PowerPoint Presentation’ yang berkesan. Disamping itu, saya juga mengendalikan satu slot untuk membantu peserta bagaimana cara untuk mengendalikan ‘kritikan’ atau ‘kutukan’ apabila bergelar seorang trainer. Melalui slot ini, pelajar akan rasa lebih yakin diri untuk berdiri di hadapan khalayak ramai.

Training of trainersSatu perkara yang saya kongsikan bersama peserta program ini ialah pertama kali saya berdiri di hadapan pelajar untuk membicarakan tentang motvasi dan teknik belajar adalah pada Januari 2004. Saya masih ingat lagi yang ketika itu hari Isnin, pukul 8.00 malam. Saya rasa begitu berdebar hingga ada terfikir untuk membatalkan sesi motivasi dan teknik belajar itu (sesi ini dijalankan di pusat tuisyen saya setiap minggu).

Training of trainersLebih kelakar lagi apabila saya renungkan kembali, ketika itu saya ada tulis sedikit nota untuk mengingatkan saya perkara-perkara yang ingin saya katakan (saya terjumpa nota itu semula beberapa bulan lepas. Ia ditulis dalam kertas empat segi kecil, kertas biasa yang dijual murah untuk tujuan catatan ringkas). Antara yang tertulis di dalam kertas itu ialah

  • Perkenalkan diri
  • Cerita tentang kajian ‘goal setting’ di universiti of Yale.
  • Suruh pelajar tulis matlamat

Isteri saya sendiri ketawa apabila membaca nota kecil itu. Katanya, “Perkenalkan diri pun nak kena bagi ingat ke?”. Hehe….hmmm… kalau kita dah nervous, benda-benda simple pun boleh lupa. Jadi, baik ambil langkah berjaga-jaga. :)