Fri 23 Oct 2009
SmartStudy Memory Skills, Ahad 29 November ini.
Posted by Osman Affan under Pengumuman, Program Motivasi, Soft Skills

Pada 29 November ini, saya akan jalankan program SmartStudy Memory Skills di Pusat Motivasi SmartStudy, Taman Keramat Permai. Maklumat lanjut mengenai program ini boleh di dapati di laman web www.SmartStudy.com.my .
Untuk program ini, sesiapa yang mendaftar untuk program sebelum 15hb November akan mendapat senaskhah buku buku terbaru saya, Tenang Menjawab Soalan Peperiksaan. Tambahan pula tempat adalah terhad dan pihak kami selalu mendengar rayuan ibu bapa yang mahu mendaftar di saat akhir. Sayangnya kami tidak dapat menerima pendaftaran apabila ia sudah penuh.
Seperti biasa, antara yang bakal diperolehi oleh peserta apabila menyertai program ini ialah, para peserta akan faham

Bagaimana untuk menghafal rajah dalam subjek Sains

Bagaimana menghafal senarai isi penting dan tarikh dalam jadual.

Bagaimana formula boleh bertukar menjadi ini.

Bagaimana tarikh boleh bertukar menjadi ini.
5893548217653764781474882597463444037071
|
Bagaimana senarai nombor ini boleh dihafal dalam masa yang sangat singkat. Ia akan membuktikan bahawa nombor atau tarikh dalam sukatan pelajaran juga boleh diingat dengan mudah. |
(Cuba anda ambil masa 5 minit dan cuba hafal nombor 40 digit ini. Kemudian, tulis semula sebanyak mana yang anda ingat mengikut turutan yang betul. Anda akan dapat lihat dan rasakan tahap kesukarannya.Bayangkan jika pelajar boleh menghafalnya dengan mudah dan boleh membaca dengan sempurna semua nombor-nombor ini setelah dihafal. Mereka bukan sahaja boleh baca dari depan ke belakang, malah dari belakang ke depan)
Semoga dapat bertemu anda di program SmartStudy Memory Skills ini. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada
|
|
|
| Arif |
: 012-902 8747 (Jika panggilan tidak dijawab, boleh tinggalkan pesanan sms dan kami akan hubungi semula. Terima kasih.) |
|
Emma |
: 03-4260 1103 |
|
|























