Thu 3 Jul 2008
Jawapan kepada soalan Iqbal
Posted by Osman Affan under Jawapan, Teknik Belajar
No Comments
iqbal: assalamualaikum cikgu osman,saya tahun ni menduduki spm,saya nak minta panduan cikgu bagaimana nak ulangkaji pelajaran dengan berkesan?
Waalaikumsalam w.b.t. Iqbal, seperti yang saya katakan, agak panjang ceritanya. Saya cadangkan Iqbal dapatkan buku berkenaan persediaan untuk menghadapi peperiksaan dan juga buku-buku tentang teknik belajar. Namun di sini saya ingin berikan sedikit tips untuk Iqbal. Saya kalau orang bertanya dengan baik dan sopan ni, rasa tak sedap pula kalau tak jawab dengan baik juga.
Ada 5 langkah yang saya mahu Iqbal ambil.
Langkah pertama – Ambil sekeping kertas, senaraikan semua subjek yang Iqbal ambil. Tuliskan gred yang biasa dapat dan gred yang Iqbal mahu dapat dalam peperiksaan sebenar nanti. (Tulis seperti jadual yang disediakan di bawah)

Langkah kedua – Kenalpasti mana-mana subjek yang yang gred sekarang dan gred matlamat agak jauh berbeza. Subjek-subjek ini perlu diberi keutamaan untuk dipelajari semula dan diulangkaji.

Langkah ketiga – Untuk subjek-subjek yang perlu diberi keutamaan ini, senaraikan pula semua topik-topiknya. Kemudian kenal pasti topik mana yang Iqbal rasa paling lemah.
Langkah keempat – Antara senarai topik paling lemah ini, pilih topik yang paling pendek dahulu untuk dikuasai. Apabila kita mulakan dengan topik yang paling pendek, ia kelihatan seperti yang paling senang. Jadi keyakinan diri akan jadi tinggi sedikit. Ia membuat proses pembelajaran menjadi lebih mudah.
Langkah kelima – Belajar topik-topik itu semasa Iqbal paling aktif dan bertenaga. Begini. Selalunya pelajar suka belajar subjek yang mereka suka apabila ada masa terluang. Jadi subjek yang lemah akan ditinggalkan. Jika belajar subjek yang lemah pun mungkin selepas belajar subjek yang mereka suka. Ini akan membuat pelajar ini rasa letih dan penat semasa mahu mula belajar subjek yang lemah itu. Jadi, kali ini, apabila ada masa terluang dan ketika minda dan fizikal Iqbal masih cergas, belajar subjek yang dirasakan lemah tadi.
Selamat berjaya Iqbal. Teruskan membaca tips dan petua yang saya kongsikan di sini. Semoga sedikit sebanyak ia akan memberi ilham dan panduan bagaimana Iqbal boleh belajar dan mengulangkaji dengan berkesan.






















