Mon 7 Jul 2008
Jawapan kepada soalan Puan Arryani
Posted by Osman Affan under Jawapan, Teknik Belajar
arryani: kedua anak lelaki saya tidak meminati Bahasa Melayu.Mereka lebih cenderung meminati sains dan maths.Kenapa boleh terjadi dmkian
arryani: utk pngtahuan Sdr. anak saya pernah mndpt mrkah tertinggi dlm subjek tersbut, tetapi hnya cukup2 mkn dalam sbjek b melayu.Tlg bg sdikit tips memupuk mnat thdap BM
Puan Arryani, saya rasa, tidak ada peliknya jika anak Puan minat subjek Sains dan Maths dan tidak minat subjek bahasa. Semua orang ada kecenderungan masing-masing. Contohnya, main video game sangat menyeronokkan bagi kanak-kanak tetapi bukan semua kanak-kanak minat main video games. Sama seperti kenyataan bahawa kebanyakan orang lelaki minat tengok bola tetapi bukan semua orang lelaki minat tengok bola.
Menurut pengalaman saya sendiri menguruskan pusat tuisyen, saya lihat majoriti pelajar yang minat subjek sains dan maths selalunya tidak minat subjek-subjek bahasa. Ini jelas kerana subjek bahasa dan sains adalah dua kategori berbeza. Pelajar yang minat sains jarang meminati sajak atau puisi. Pelajar yang minat sastera dan drama pula jarang meminati tabung uji atau formula matematik. Jadi, Puan tidak perlu terlalu risau mengenai perkara ini.
Cuma, apa yang boleh dilakukan ialah buat beberapa perkara untuk menguatkan subjek bahasa anak Puan. Seperti yang saya katakan sebelum ini, pelajar yang lemah subjek bahasa selalunya lemah dalam 2 perkara iaitu
- Perbendaharaan kata (vocabulary)
- Tatabahasa
Akibat kelemahan ini, mereka tidak pandai membentuk atau membina ayat-ayat pendek yang mudah. Apabila tidak pandai membina ayat, mereka akan lemah dalam subjek karangan.
Ada dua cadangan yang biasa saya berikan kepada ibu bapa yang bertemu dengan saya.
- Luangkan masa dengan anak-anak ini membaca buku-buku dalam bahasa yang ingin dikuasai. Sambil membaca, galakkan anak-anak bertanya perkataan yang mereka kurang faham maksudnya. Jangan terkejut jika ada pelajar tahun lima yang tidak tahu apa itu ’sofa’ atau apa itu ’saku’. Selalunya juga anak-anak yang lemah subjek bahasa tidak akan mahu membaca buku dalam bahasa tersebut. Jadi cari buku atau majalah yang kena dengan minat mereka. Mungkin buku atau majalah tentang kereta. Mungkin buku tentang peralatan moden seperti teknologi handphone dan alat muzik terbaru. Bawa mereka ke kedai buku dan lihat ke bahagian mana mereka pergi. Tidak perlu terlalu risau jika apa yang dibaca itu tidak ada kena mengena dengan subjek sekolah kerana matlamat utama sekarang ini ialah mahu memupuk minat membaca dalam bahasa yang dia lemah.
- Latih anak-anak menulis karangan setiap hari. Karangan tidak bermaksud menulis hingga 50 atau 150 patah perkataan. Cukup dengan beberapa ayat lengkap setiap hari. Ini akan meningkatkan kecekapan menulis dan mengingat perbendaharaan kata yang sudah ada. Jika anak perempuan, mungkin boleh ajar menulis diari.
Pesanan terakhir saya mengenai perkara ini, Puan perlu rujuk guru sekolahnya. Guru yang mengajar subjek lebih cekap memberikan pandangan dan cadangan untuk perkara sebegini. Saya cuma berikan pendapat melalui pengalaman saya. Dapatkan juga maklumat dan pandangan daripada guru-guru di sekolah atau guru-guru tuisyen (jika ada).
Saya doakan kejayaan buat anak-anak Puan Arryani. ![]()
























August 5th, 2008 at 3:42 pm
salam dr osman
baru ada kesempatan ke website ini
terima kasih atas ajaran kat port dickson tempoh hari
sangat seronok..yang paling penting ada banyak “room” yang dah penuh best la dapat belajar benda baru..
yang paling penting.teknik bagi speech memang berkesan!
thanks doc