Showme SmartStudyBerita baik untuk para pelajar di negeri Terengganu Darul Iman. Saya dengan bantuan sahabat baik saya, Redzuan daripada Institut Kemahiran Showme, Kuala Terengganu akan menjalankan program SmartStudy Memory di Kuala Terengganu pada bulan Disember ini. Program ini adalah program yang sama saya jalankan di Kuala Lumpur seperti yang dimaklumkan di dalam laman web www.SmartStudy.com.my.

Maklumat lanjut adalah seperti berikut:

Tarikh: 20 Disember 2008, Sabtu.

Tempat: Institut Kemahiran Showme, Bangunan Wisma Kokitab, Kuala Terengganu.

Masa: Pukul 9.00 pagi hingga 6 petang

Maklumat lanjut: Hubungi 09-6227525 atau 012-9855548