SmartStudy Memory Skills

Jumaat hingga Ahad lalu saya berada di Mutiara Motor Resort, Johor bagi menjayakan program Bengkel Bijak Belajar untuk lebih kurang 50 orang pelajar darjah lima dan tingkatan 2. Program ini adalah anjuran Pasukan Pelindung Kanak-kanak dengan kerjasama Unit Psikologi & Kaunseling, Pejabat Kebajikan Masyarakat Johor.

Di dalam program ini, modul utama yang saya sampaikan ialah program SmartStudy Memory Skills. Saya kongsikan bersama pelajar beberapa teknik utama yang berkesan untuk membantu mereka ingat apa yang telah mereka pelajari.

Menurut pemerhatian dan pengalaman saya, para pelajar di sekolah, kolej atau universiti di seluruh Malaysia telah banyak terdedah kepada program-program motivasi. Ini menyebabkan mereka menyangka program motivasi adalah sama semuanya. Mereka sangka program motivasi ialah program ceramah untuk menaikkan semangat. Mereka sangka program motivasi ialah program yang mereka perlu duduk diam, bosan dan tahan diri daripada tidur terlalu lena.

SmartStudy Memory Skills

Berbeza dengan progam motivasi yang biasa, program SmartStudy Memory Skills sebenarnya lebih menekankan tentang teknik ‘BAGAIMANA‘ untuk lebih ingat apa yang telah dipelajari. Saya percaya ini adalah satu soalan yang jarang di jawab dengan teliti dan berkesan di dalam program motivasi yang biasa dihadiri pelajar. Di dalam program ini, fokus utamanya ialah memberikan pelajar teknik yang mereka boleh aplikasikan di sekolah untuk menghafal fakta dan ingat apa sahaja yang telah mereka pelajari.

Percaya atau tidak, kebanyakan pelajar tidak tahu apakah cara terbaik untuk menghafal dan mengingat apa yang dipelajari. Mereka gunakan cara yang biasa orang berikan kepada mereka iaitu ulang, ulang dan ulang. Ada seorang pelajar  memberitahu saya bahawa dia pernah dinasihatkan untuk membaca satu fakta berulang-ulang kali sehingga 200 hingga 300 kali untuk ingat.

Benar, teknik itu sudah pasti berkesan. Dalam masa yang sama, cuba bayangkan, satu fakta baca 300 kali. Dalam satu buku teks, ada berapa banyak fakta? Cuba kita darabkan dengan 300 kali. Kemudian, ada berapa subjek pula? Cuba darabkan lagi. Saya lihat jika ‘HANYA’ teknik ini yang digunakan, pasti pelajar akan mudah hilang semangat dan tidak cukup masa.

SmartStudy Memory Skills

Teknik yang saya kongsikan di dalam program SmartStudy Memory Skills sebenarnya ialah hasil olahan teknik-teknik memori yang digunakan oleh pakar memori peringkat dunia. Di pasaran, saya lihat ada banyak buku teknik memori tetapi hampir kesemuanya tidak menjurus ke arah sukatan pelajaran di Malaysia. Jadi tugas saya ialah mengolah dan menyusun teknik-teknik tersebut agar mudah difahami dan dikuasai oleh pelajar. Malah saya bekerja keras untuk mencari contoh-contoh yang relevan di dalam sukatan pelajaran dan bagaimana ia boleh dihafal menggunakan teknik memori. Sebagai contoh, saya tunjukkan kepada pelajar bagaimana mereka boleh hafal gambarajah dalam subjek Sains di bawah.

Subjek Sains tingkatan 2

Saya juga tunjukkan bagaiman mereka boleh hafal fakta di dalam bentuk jadual seperti dibawah.

Menghafal maklumat dalam jadual 

Bukan itu sahaja, saya kongsikan juga bagaimana untuk belajar dengan cara lebih menyeronokkan dan kreatif. Hasil daripada keseronokan belajar dan kreativiti itu pula, pelajar boleh menghafal fakta seperti tarikh dan formula dalam bentuk ilustrasi-ilustrasi di bawah.

Formula kepada gambar      

Tarikh kepada gambar

Teknik hasil olahan saya ini saya namakan Teknik Memori SmartStudy.

Terima kasih saya ucapkan kepada pihak Pasukan Pelindung Kanak-kanak dan Unit Psikologi & Kaunseling, Pejabat Kebajikan Masyarakat Johor kerana menjemput saya untuk menjayakan program ini. Tidak lupa juga kepada sahabat saya En Rafek daripada Saidina Smart Consultancy yang menguruskan dan merancang program ini bersama saya sejak awal lagi. Kepada semua pelajar yang mengikuti program ini, saya ucapkan selamat berjaya dalam peperiksaan UPSR dan PMR 2010.

Untuk maklumat lanjut mengenai program SmartStudy Memory Skills, anda boleh layari laman web www.SmartStudy.com.my . Program yang terkini akan dijalankan pada 29 November (Ahad) dan 12 Disember (Sabtu) 2009. Jumpa anda di sana.

SmartStudy Memory Skills