Sun 20 Jul 2008
SmartStudy Skills bersama pelajar KICT UIA Gombak
Posted by Osman Affan under Program Motivasi, Teknik Belajar
Alhamdulillah, saya baru sahaja selesai menjalankan program SmartStudy yang bertajuk “Effective Study Techniques & Motivation” bersama mahasiswa dan mahasiwi Kuliyyah ICT, Universiti Islam Antarabangsa Gombak. Program ini dijalankan selama 3 hari 2 malam di Golden Straits Villas, Port Dickson. Bahasa pengantar untuk program ini ialah Bahasa Inggeris kerana ada beberapa peserta datang daripada luar negara seperti negara-negara Afrika dan juga daripada negara jiran seperti Filipina.

Saya sangat berpuas hati dengan program ini kerana saya rasa saya sempat untuk berkongsi keseluruhan modul SmartStudy bersama mahasiswa dan mahasiswi ini. Apabila masa yang ada mencukupi, peserta dapat mempelajari teknik-teknik belajar berkesan dengan lebih selesa dan dapat menyiapkan contoh-contoh latihan yang saya berikan.
Program SmartStudy untuk pelajar peringkat universiti ada sedikit kelainan berbanding dengan program SmartStudy untuk pelajar sekolah menengah dan rendah. Kelainannya ialah disebabkan program ini mempunyai 2 topik utama yang berbeza iaitu topik ‘presentation skills’ dan ‘communication skills’.
Apabila pelajar sudah sampai di peringkat universiti, selain daripada teknik belajar, mereka perlu tahu cara untuk bergaul dan menyesuaikan diri dengan orang ramai. Mereka perlu mempunyai kemahiran untuk berkenalan dengan orang baru dengan pantas. Lebih penting lagi, mereka perlu tahu bagaimana mahu bercakap di hadapan khalayak ramai.
Selalunya apabila saya tanyakan pelajar mengenai masalah bercakap di depan khalayak ramai, masalah utama sudah tentunya rasa berdebar atau ‘nervous’. Tips saya kepada pelajar-pelajar ini, rasa itu adalah normal. Malah jika anda tidak rasa berdebar, mungkin ada sesuatu yang tidak kena.

Jadi, saya kongsikan beberapa tips praktikal yang pelajar boleh gunakan untuk mengurangkan rasa berdebar itu dengan cara
- Berdiri dengan tegak, menarik nafas dengan dalam dan senyum ke arah penonton. Apabila pelajar boleh bernafas dengan tenang dan selesa melihat penonton, rasa berdebar tadi akan lebih mudah dikawal.
- Keluarkan suara dengan kuat. Kuat bukan bermaksud menjerit. Cukup kuat dan sesuai dengan jumlah penonton. Jika pelajar tidak keluarkan suara dengan betul, suara mereka akan bergetar dan mereka akan rasa lebih berdebar.

Tahniah saya ucapkan kepada Kuliyyah ICT terutamanya kepada Cik Tini dan En Najmi yang menjadikan program ini satu kenyataan. Saya sendiri seronok berada dalam program kali ini kerana ada satu bonus diberikan kepada peserta iaitu sesi ‘barbeque’. Rasa macam hadir ke majlis-majlis training korporat pula.

Kepada semua peserta, saya ucapkan selamat berjaya. Jangan lupa pesan saya pada sesi kesimpulan. Terima kasih juga kepada seorang peserta yang menghantar sms ini kepada saya selepas tamat program. Ia sangat bermakna buat saya dan buat program SmartStudy yang saya bina.
“Thank you Bro Osman. Creative stories really works for me. Buat saya lagi cepat faham dan seronok belajar. Dah tak tension lagi. Thanks a lot.”









Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik 














July 21st, 2008 at 3:03 pm
Thanks a lot for the program and i hope we can meet again. InsyaAllah.
July 21st, 2008 at 9:10 pm
Fadh, you’re welcome. Insyaallah we’ll meet again.
November 9th, 2008 at 2:37 pm
Esok lusa maybe kita jumpa lagi