Buku Buat Duit Dengan Tuisyen 

Alhamdulillah, saya menerima satu berita gembira hari ini daripada Tuan Aizat, Senior Editor, PTS Professional. Berita tersebut ialah berita mengenai buku saya ‘Buat Duit Dengan Tuisyen’ yang akan diulang cetak. Buku ini adalah buku pertama saya dengan PTS Professional yang diterbitkan pada bulan Mac 2009 yang lalu.

Buku ini adalah mengenai bagaimana kerjaya mengajar tuisyen boleh menjadi satu kerjaya pilihan sama ada untuk dilakukan secara sambilan atau sepenuh masa. Bagi sesiapa yang tidak pernah tahu tentang bidang kerjaya ini, mereka agak terkejut apabila saya tulis mengenai potensi pendapatan yang diperolehi oleh seorang guru tuisyen. Saya nyatakan bahawa hanya dengan mengajar 2 jam sehari, mereka berpeluang mendapat pendapatan sebanyak antara RM1,120 hingga RM2,520.

Bagi sesetengah orang, jumlah ini tidaklah begitu banyak. Namun apa yang perlu diperhatikan ialah jumlah tersebut boleh diperolehi hanya dengan meluangkan masa selama 2 jam sehari. Ia sudah setanding dengan pendapatan purata yang diperolehi oleh orang-orang yang bekerja selama 8 jam sehari, 5-6 hari seminggu.

Setakat ini, sudah banyak maklumbalas positif yang saya terima mengenai buku ini. Saya terima maklumbalas tersebut sama ada melalui email, facebook, sms atau secara terus apabila saya terjumpa dengan pembaca buku ini. Ini adalah maklumbalas terkini yang saya perolehi melalui facebook.

Salam..tq for the add..saya suka buku tuan “buat duit dgn tuisyen”..suami saya tunjuk buku tu kat saya semasa di kedai buku..apabila membaca judul buku tersebut, saya terus beli tanpa berfikir panjang..dan tips2 tersebut sangat berguna..untuk pengetahuan tuan, saya seorang guru BI yang baru mula mengajar & bercadang untuk membuat tuisyen di rumah tahun hadapan..harap dapat apply tips2 tersebut nnt..insyaAllah…~

Terima kasih diucapkan kepada warga kerja PTS Professional dan terima kasih juga kepada yang membeli buku Buat Duit Dengan Tuisyen ini. Anda boleh dapatkan maklumat lanjut mengenai program berkenaan buat duit dengan tuisyen di dalam bengkel yang saya jalankan di www.BengkelTuisyen.com.

Bengkel Buat Duit Dengan TuisyenBengkel Buat Duir Dengan Tuisyen