Archive for August, 2006

Thursday, August 31st, 2006

Mengurangkan tekanan perasaan menjelang peperiksaan

Setelah kita tahu bahawa tekanan perasaan sebenarnya membawa kebaikan kepada kita jika kita dapat mengawalnya dengan baik, kita akan rasa lebih tenang. Anda akan rasa tenang kerana anda tahu, tekanan perasaan itu akan berakhir dan apabila ia berakhir, anda akan jadi lebih bijak dan matang.
Hari ini, saya ingin kongsikan satu teknik lain untuk mengurangkan tekanan […]

2 Comments » - Posted in Psikologi Peperiksaan by Osman Affan

Wednesday, August 30th, 2006

Mengurangkan tekanan perasaan menjelang peperiksaan

Dapatkah anda meneka apakah kesan baik tekanan perasaan kepada kita? Baiklah, saya akan terangkan dulu apa kesan membuat latihan angkat berat.
Katakan Ali berlatih angkat berat dan dia mengangkat besi seberat 20 kg beberapa kali hingga dia tidak mampu mengangkatnya. Besi yang berat ini memberi tekanan kepada otot-otot tangan Ali. Keesokan harinya, tangan Ali akan terasa […]

1 Comment » - Posted in Psikologi Peperiksaan by Osman Affan

Tuesday, August 29th, 2006

Mengurangkan tekanan perasaan menjelang peperiksaan

Peperiksaan sudah semakin hampir. Bagaimanakah perasaan anda? Tertekan? Letih? Gementar? Atau anda rasa gembira kerana debaran sepanjang tahun ini akan berakhir tidak lama lagi.
Merasa gementar atau tertekan adalah perkara biasa. Namun perkara biasa ini boleh menjadi luar biasa jika anda tidak boleh mengawalnya. Sewaktu saya mengambil peperiksaan SPM pada tahun 1993, ada dua pelajar daripada […]

1 Comment » - Posted in Psikologi Peperiksaan by Osman Affan

Monday, August 28th, 2006

19 Ogos 2006 – Hari paling panjang dalam kerjaya hidup saya

Sabtu, 19 ogos 2006 yang lalu merupakan hari yang paling panjang dalam kerjaya saya dalam bidang ‘professional training’. Hari tersebut, saya dijadualkan untuk mengendalikan 2 program berbeza untuk dua kumpulan berbeza.  Saya bangun lebih kurang pada pukul 5.30 pagi. Setelah semuanya sedia, saya keluar rumah pada pukul 6.30 pagi, bersedia menghadapi hari yang panjang ini. […]

No Comments » - Posted in Khas by Osman Affan

Sunday, August 27th, 2006

Teknik meningkatkan kepantasan semasa menjawab soalan peperiksaan

Ada dua perkara penting yang anda perlu ada untuk mendapat markah yang cemerlang di dalam peperiksaan. Dua perkara itu ialah Kepantasan dan Ketepatan.
Saya ingin kongsikan satu tips tentang kepantasan.Bagaimana cara meningkatkan kepantasan? Atau saya soal dalam bentuk lain, bagaimana anda boleh menjawab soalan dengan pantas di dalam peperiksaan?
 Kepantasan adalah amat penting terutamanya di dalam peperiksaan […]

No Comments » - Posted in Psikologi Peperiksaan by Osman Affan

Saturday, August 26th, 2006

Berlatih dengan suasana peperiksaan

Peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM akan menjelma tidak lama lagi. Kebanyakan pelajar yang akan mengambil peperiksaan ini sudah habis belajar sukatan pelajaran masing-masing dan sepatutnya mereka semua sudah mula membuat latih tubi untuk menghadapi peperiksaan yang besar ini. Selain daripada melakukan sebanyak latihan yang mungkin, apakah perkara penting yang perlu dilakukan ketika ini?
Satu perkara […]

No Comments » - Posted in Psikologi Peperiksaan by Osman Affan

Friday, August 25th, 2006

Kenapa nak kena hormat kat cikgu eh?

Abang, kenapa nak kena hormat kat cikgu eh?” Tanya adik saya yang berumur 8 tahun.
Soalan itu kelihatan begitu mudah sekali untuk dijawab tetapi saya terpaksa berfikir seketika. Satu persoalan yang terpaksa saya fikirkan ialah, bagaimana mahu menerangkan kepentingan menghormati guru kepada kanak-kanak berusia 8 tahun? Fahamkah dia nanti?

 

Selepas seketika, saya pun bersuara, “Arif, pernah tengok emak tuang air […]

No Comments » - Posted in Cerita by Osman Affan

Thursday, August 24th, 2006

Mengutuk untuk berjaya?

Saya telah kongsikan pendapat saya mengenai keburukan bertutur dengan bahasa yang tidak sopan. Ini pula berkenaan bercakap buruk tentang orang lain dengan harapan orang lain akan nampak kita lebih baik.
Menceritakan tentang keburukan orang lain memang menyeronokkan. Tahu kenapa? Kerana dengan menceritakan tentang keburukan orang lain, kita akan rasa lebih baik daripada orang yang kita ceritakan […]

No Comments » - Posted in Persediaan Minda by Osman Affan

Wednesday, August 23rd, 2006

Kalimah terakhir

Sepanjang hidup saya, telah banyak ragam manusia yang dapat dilihat. Ada yang periang, ada yang sentiasa bermuram dan ada yang sentiasa berkata-kata. Saya sentiasa tertarik mendengar cara kawan-kawan berkomunikasi di antara satu sama lain. Ada yang bercakap dengan lemah lembut, ada yang bercakap dengan kasar,ada yang bercakap dengan bahasa yang indah, malah ada yang bercakap dengan […]

No Comments » - Posted in Persediaan Minda by Osman Affan

Tuesday, August 22nd, 2006

Takut hantu

Tiba-tiba…. “Kreeeeekkkkkkkk” bunyi papan tangga surau tua tu. Saya terkejut sampai tercampak ubat nyamuk tu ke tanah. Jantung saya kuat makin kuat berdegup. “Nak naik ke tidak?” fikir saya lagi.
Saya tekad nak sahut cabaran ni. Saya dah keluar daripada rumah, rugi kalau saya berhenti separuh jalan. Saya masuk juga. Surau tu gelap. Walaupun surau tu […]

No Comments » - Posted in Cerita by Osman Affan

Monday, August 21st, 2006

Takut hantu

Saya dibesarkan di merata tempat di seluruh Malaysia. Namun, sejak berumur 8 tahun, selepas ayah saya bersara daripada menjadi askar, keluarga saya berpindah ke terengganu. Semasa di usia ini, saya amat penakut. Takut apa? Takut hantu.
Walaupun saya tidak pernah terjumpa hantu, saya rasa sangat takut terutama jika berada di tempat gelap atau pada waktu malam. […]

No Comments » - Posted in Cerita by Osman Affan

Sunday, August 20th, 2006

Apa yang ingin anda capai 5 hingga 10 tahun akan datang?

Jika anda sekarang berumur 15 tahun, apa yang ingin anda capai bila anda berusia 20 tahun dan apa yang mahu anda capai bila anda berusia 25 tahun? Begitu juga jika anda sekarang berusia 16,17,18,19,20………. apakah yang ingin anda capai dalam 5 ke 10 tahun akan datang?
Jika 10 tahun akan datang anda bercita-cita menjadi mekanik paling […]

No Comments » - Posted in Persediaan Minda by Osman Affan

Saturday, August 19th, 2006

Tabiat buruk yang harus dielakkan

Semasa anda belajar, ada beberapa tabiat buruk yang perlu anda elakkan. Mari kita kongsi bersama satu daripada tabiat buruk ini.
Tabiat buruk yang perlu kita elakkan ialah menyebut perkataan ‘ susah’, ‘pening’ dan ‘tak boleh’. Berdasarkan pengelaman saya, ini adalah perkataan yang sangat digemari oleh pelajar. Baru sahaja cikgu perkenalkan topik baru, mereka dah kata “susah […]

No Comments » - Posted in Teknik Belajar by Osman Affan

Friday, August 18th, 2006

Mutiara Kata

Imaginasi adalah lebih penting daripada kebijaksanaan. ~Albert Einstein
Imaginasi adalah sesuatu yang amat berguna kepada pelajar. Ia boleh membuat pelajar merasa bahawa belajar itu susah, atau belajar itu senang. Maksudnya, jika di dalam imaginasi pelajar itu menunjukkan bahawa belajar itu adalah perkara susah, maka pelajar itu pasti merasa susah semasa hendak belajar.
Begitu juga sebaliknya jika imaginasi […]

1 Comment » - Posted in Mutiara Kata by Osman Affan

Thursday, August 17th, 2006

Bayangkan kesudahan yang menggembirakan

Peperiksaan adalah sesuatu yang menakutkan dan menggerunkan bagi sesetengah pelajar. Perasaan sebegini akan menjadi lebih teruk lagi jika minda pelajar itu dipenuhi dengan imej-imej yang menunjukkan kegagalan, kesusahan, pening kepala dan kekecewaan. Imej-imej begini dalam fikiran pelajar akan menambahkan lagi debaran untuk menghadapi peperiksaan. Jadi, apa yang pelajar harus lakukan untuk mengurangkan rasa debaran dan […]

No Comments » - Posted in Psikologi Peperiksaan by Osman Affan