Sun 28 Feb 2010
Program Mind Power Bersama 400 Atlet Negara MSN Bukit Jalil
Posted by Osman Affan under Program Motivasi
No Comments
Alhamdulillah, pada 25 Februari lalu, saya telah diberi peluang dan kepercayaan untuk mengendalikan satu program buat 400 atlet negara di MSN Bukit Jalil. Program yang bertajuk Mind Power ini adalah mengenai bagaimana caranya atlet-atlet negara kita boleh menggunakan kuasa dan keupayaan minda mereka dalam menangani cabaran seharian. Fokus utama program ini juga adalah untuk memberi satu perspektif baru dalam cara berfikir untuk mencapai matlamat dan kejayaan.

Program ini adalah satu program yang sangat bermakna buat saya. Selain daripada dapat berhadapan atlet-atlet yang mewakili negara dalam pelbagai kejohanan kebangsaan dan dunia, saya juga akhirnya dapat berkongsi pelbagai teknik minda khusus yang boleh digunakan oleh ahli sukan. Sebenarnya, banyak hasil pembacaan saya dalam bidang psikologi yang telah saya aplikasikan kepada teknik pembelajaran ada kaitan dengan teknik yang digunakan oleh ahli sukan.
Sebagai contoh, teknik visualisasi untuk menghafal dan menimbulkan semangat belajar, banyak digunakan oleh ahli sukan bertaraf dunia seperti pemenang-pemenang pingat emas olimpik dan juga nama-nama besar seperti Ronaldinho dan Tiger Woods. Jadi dalam program kali ini dapatlah saya kongsikan dengan 400 atlet ini tentang teknik-teknik minda tersebut.

Selain daripada Mind Power, program ini juga menyelitkan beberapa topik SmartStudy. Ini berikutan majoriti daripada atlet-atlet kita ini adalah pelajar di peringkat sekolah, kolej dan juga universiti. Jadi beberapa teknik belajar berkesan boleh membantu mereka untuk berlatih dengan bersungguh-sungguh tanpa menjejaskan prestasi belajar mereka.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pengurusan MSN terutamanya Puan Zaiton Othman yang telah bertungkus-lumus berusaha untuk menjadikan program ini satu kenyataan. Ucapan terima kasih khas buat Puan Huda yang banyak bekerjasama dengan pihak saya bagi merancang perjalanan program ini.

Kepada semua peserta, saya ucapkan selamat berjaya. Moga apa sahaja yang diidamkan akan menjadi satu kenyataan. Selamat mengharumkan nama negara.

Berikut adalah beberapa maklumbalas daripada atlet-atlet negara kita ini.
“En Osman Affan is the BEST! Penyampaiannya sungguh jelas dan padat. Para peserta tidak berasa bosan dan tidak kering gusi bergelak ketawa. Peserta pulang dengan membawa ilmu.” ~Nur Fidrah Noh~
“Satu idea baru yang dipelajari terutama dalam aspek peningkatan sukan.” ~Azlan Johari~
Dalam program ini, sangat banyak tip-tip yang saya pelajari tentang memori. Kalau boleh buat lagi.” Azlida Arshad, Team Lawn Bowls~
“En Osman orang yang sangat bijak dalam mengubah pemikiran manusia. Good job En Osman! Tabiklah.” ~NorJannah Hafiszah Jamaludin~
“Program ini sangat-sangat best dan En Osman sangat bagus dalam menarik minat kami untuk mendengar ceramah beliau. Terima kasih banyak-banyak.” ~Mohd Faris Haziq Shuhaimi~

“Rasa tidak bosan dengan ceramah kali ini, best dan dapat banyak manfaat dan ilmu dalam program kali ini.” ~Yee Siew Foong~
“Taklimat yang memberi kesan terhadap atlet-atlet.” ~Norliana Mohd Rusni~
“Program ini telah membuka kotak fikiran saya untuk lebih maju dan berjaya. Memang mengejutkan saya.” ~Mohamad Faiz Farhan Abd Wahab~
“Sangat-sangat menarik minat untuk didengar.” ~Sarita~
“Program yang En Osman jalankan amat menarik minat saya malah saya berasa sangat seronok dan tiada rasa mengantuk. Saya rasa En Osman salah satu penceramah yang tidak mengantukkan seperti segelintir penceramah yang lain.”~Nur Amirah Mohamed~
“En Osman seorang yang faham situasi para peserta. Peserta tertunggu-tunggu untuk mengetahui aktiviti-aktiviti yang seterusnya.” ~Elyune~
“Terima kasih, dengan ilmu yang diberikan oleh En Osman amat berguna dan tak rugi menghadiri seminar ini.” ~Fairul Izwan Abd Muiz~

Saya dapat mengenali diri dengan lebih baik. Dapat cara untuk mempertingkatkan hidup saya.” ~V.Jaya Seelan~
“Kursus yang BEST! Cara En Osman sangat professional. Kalau diberi peluang untuk sertai kursus ini lagi saya akan sertai. BEST!” ~Mohd Zul Fadzli Alias~
“Program ini sangat bermakna untuk diri saya.” ~Mohd Azlan Yusof~
“Cara yang berkesan untuk belajar dan mengukuhkan memori saya terutama sekali bagi saya yang juga adalah pelajar kejuruteraan (banyak melibatkan nombor).” ~Siti Shazwani, Team Tenpin Bowling~
“Saya berharap program seperti ini diadakan sekerap mungkin.” ~Sharmila Thiagarajan~
“Thanks En Osman, I learn a lot in this programme. I will fight for myself, never give up, I will list down the things that I want in 5 years time and i will achieve them. Thanks.” ~Yap Jeng Tzan~
“Thank you very much, and I learn a lot from this bengkel especially tulis matlamat and the ‘Gaya Belajar’. Please come again. Thank you.” ~Lim Yoke Wan~

“Boleh perbaiki diri sendiri dan segala kelemahan yang ada pada diri ini kerana apa yang En Osman katakan amat bagus dan boleh diguna pakai.” ~Fatin~
“Belajar sesuatu yang baru, rasa mengantuk hilang sama sekali.” ~Farah Ayuni Yahya~
“The way you talk was exciting and at the same time meaningful. I enjoyed to the max. Thank you Sir!” ~Nisha~
“Mind Power mengajar saya menetapkan matlamat pada masa sekarang dan masa hadapan. Seperti saya, sudah sedar apa yang perlu dilakukan untuk mencapainya.” ~Looi Lai Yan~
“Tajuk yang disampaikan oleh En Osman memang berkesan dan ia membuka minda kami.” ~Anis Nadia Jefri~
“Program ini seronok, enjoy dan happy sebab pengajarannya berunsur lawak dan seterusnya membakar semangat saya untuk lebih berjaya.” ~Arisha Farra Erwin~
“Dalam program ini saya dapat belajar pelbagai teknik untuk memperbaiki diri saya.” ~Lo Choon Sieng~

Assalamualaikum. B.A., terima kasih kerana menghantar mesej dan soalan ini kepada saya. Seringkali juga saya terima soalan ini apabila saya kendalikan program SmartStudy dan Presentation Skills untuk pelajar di peringkat kolej dan universiti.
saya menuntut di Mansoura University, Egypt dan mengambil bidang pergigian.
Apa yang F.N. tuliskan mengenai baca berulang-ulang kali dan tulis berulang-ulang kali itu sebenarnya masih lagi cara pembelajaran input. Kita tulis dan baca berulang kali supaya ia masuk dan lekat di dalam minda kita bukan? Jadi ia masih lagi tidak melatih diri F.N. untuk ingat dengan baik atau masih lagi tidak menguatkan kebolehan F.N. bagi menjawab soalan dengan baik di dalam peperiksaan.









Begini. Banyak ketikanya, kita cuba lakukan sesuatu yang di luar kemahiran dan pengetahuan kita. Sebagai contoh, jika kita bercita-cita hendak berniaga burger, kita dengan semangat waja dan kental cuba membina gerai burger kita sendiri. Disebabkan kita tidak ada kemahiran dan kepakaran membina gerai tersebut, kerja itu memakan masa yang lebih lama. Malah hasilnya juga amat menyedihkan kerana gerai itu mungkin asyik bergoyang ke kanan dan ke kiri.
Apabila kita lakukan sesuatu yang kita mahir, hasilnya lebih baik dan jangka masa yang diambil lebih pendek. Usahawan yang mahu memulakan khidmat program motivasi ini mungkin terpaksa luangkan lebih 3 bulan untuk siapkan laman web. Jadi perniagaannya juga mungkin tertangguh. Padahal laman web itu adalah sebahagian kecil sahaja perniagaan tersebut. Adalah lebih baik dia fokuskan masa dan tenaganya kepada proses promosi, penghasilan modul, pengurusan penceramah dan sebagainya.
Untuk pelajar contohnya, tidak semua pelajar pandai melukis. Jadi apabila mahu menghasilkan nota bergambar, pelajar yang tidak pandai melukis hadapi kesukaran dan mungkin jadi lemah semangat. Ini kerana dia cuba lakukan sesuatu yang dia tidak mahir. Kemahiran utamanya ialah membaca dengan pantas dan mencari isi penting. Apa kata kalau dia mencari seorang kawan yang pandai melukis dan bekerjasama dalam menghasilkan nota bergambar. Pelajar yang pandai melukis ini pula mungkin tidak berapa pandai membaca pantas dan mencari isi penting. Jadi apabila 2 kemahiran ini digabungkan, hasilnya akan jadi lebih baik dan proses pembelajaran jadi lebih menyeronokkan.
sekarang ni saya sedang melakukan praktikal di kolej profesional mara bandar melaka(KPMBM).Saya selalu membaca tulisan en osman.tips-tips yang diberikan banyak membantu saya menaikkan motivasi diri. saya menghadapi masalah kurang keyakinan diri..sebagai seorang yang bakal menjadi kaunselor perasaan seperti itu tidak sepatutnya ada pada saya..saya telah melakukan pelbagai usaha untuk mengatasinya terutama apabila hendak bercakap dikhalayak ramai..saya betul2 takut sehingga kan tidak dapat memberikan ucapan..
Jadi, hari ini, apa kata cuba berlatih kuatkan suara. Keluarkan suara dengan kuat dan tegas. Hanya dengan bercakap lebih kuat sahaja akan membuat SHN kelihatan dan kedengaran seperti seorang yang sangat yakin. Namun ingat, kuat bukan bermaksud menjerit. Bayangkan kita hendak meninggikan suara untuk memanggil seseorang. Kita mahu panggil sekua hati tetapi kita tidak mahu menjerit. Bagaimanakah bunyinya? (tip, tarik nafas sebelum keluarkan suara).
Contohnya begini. Katakan tahun ini kita bercita-cita untuk menulis sebuah buku (yang sudah 9 tahun tertangguh). Matlamat utama kita pula ialah menyiapkan buku ini dalam masa 3 bulan. Jadi, untuk mengaplikasikan teknik ini, cuba soal diri kita, apakah aktiviti-aktiviti penting (Aktiviti yang bernilai tinggi) yang menyumbang kepada usaha kita untuk menyiapkan buku ini?
Pada pendapat anda, adakah apa yang saya senaraikan di atas boleh menyumbang kepada usaha menyiapkan buku tersebut? Saya percaya ia benar-benar boleh menyumbang kepada proses penyiapan buku tadi. Namun antara semua aktiviti di atas, yang manakah lebih menyumbang kepada usaha kita menyiapkan buku tadi?

Pertama, tentukan masa yang mahu diambil. Setiap kali melakukan sesuatu aktiviti, sebelum mulakan aktiviti tersebut, tetapkan masa yang mahu diambil. Sebagai contoh, jika mahu baca buku sebanyak 20 muka surat, tetapkan, berapa minit masa yang akan diambil. Jangan letakkan masa yang terlalu panjang. Letakkan masa yang dirasakan agak pendek tetapi boleh dilakukan jika diusahakan sepenuh hati. Kemudian, berlumba untuk capai masa tersebut.
Hari ini, tanamkan azam untuk menyiapkan sesuatu dengan lebih pantas tanpa mengurangkan kualitinya. Jika boleh, berjalan lebih laju daripada biasa. Kita akan rasa terkejut dan kagum melihat berapa banyak perkara kita boleh lakukan apabila kita mengamalkan tip ‘Work faster’ ini. Selamat mencuba.

































