Archive for September, 2006

Saturday, September 30th, 2006

Al-Quran di Bulan Ramadhan

Mengenai pembersihan rohani, di dalam bulan Ramadhan terutamanya, kita digalakkan membaca Al-Quran hingga jika boleh, khatam satu Al-Quran. Malah saya tahu banyak pelajar yang boleh mengkhatamkan Al-Quran hingga 2 kali dalam bulan Ramadhan. Alhamdulillah.
Di dalam program-program yang saya jalankan bersama pelajar atau orang dewasa, saya selalu tekankan penggunaan Al-Quran dalam membersihkan dan menenangkan hati […]

No Comments » - Posted in Khas by Osman Affan

Friday, September 29th, 2006

Bila Ramadhan Menjelma

 
Menurut apa yang telah saya pelajari selama ini, bulan Ramadhan adalah masa untuk pembersihan. Pembersihan rohani dan jasmani. Hari ini saya sentuh tentang pembersihan jasmani. Saya percaya ramai yang tahu puasa ini adalah proses pembersihan jasmani, tetapi apa maksudnya? Adakah dengan berpuasa kita akan menjadi bersih? Mandi sahaja tidak cukup bersihkah?
Sebenarnya, pembersihan jasmani itu […]

No Comments » - Posted in Persediaan Minda by Osman Affan

Thursday, September 28th, 2006

Bila Ramadhan menjelma

Hari Ahad lalu, 24 hb September, hari pertama puasa, saya, isteri dan anak lelaki saya bersiar-siar di IKEA Damansara. Dah lama rasanya tak dapat bersiar-siar macam tu disebabkan program saya yang padat 2-3 minggu kebelakangan ini. Semasa dalam perjalanan ke sana, saya terpandang satu papan iklan McDonald. Ia menunjukkan gambar sebiji burger yang sangat besar […]

No Comments » - Posted in Persediaan Minda by Osman Affan

Wednesday, September 27th, 2006

Bila Ramadhan Menjelma

Pernahkah anda terfikir, mengapa, di bulan ramadhan, semua makanan yang selama ini nampak tidak menarik, tidak sedap, membosankan dan tidak menyelerakan kelihatan sebaliknya? Maksud saya, di bulan ramadhan, air mineral dan roti kosong pun nampak sangat menyelerakan. Bahkan, goreng pisang dan keropok goreng yang dijual di tepi jalan yang selama ini kita tak pandang pun […]

No Comments » - Posted in Persediaan Minda by Osman Affan

Tuesday, September 26th, 2006

Bila Ramadhan Menjelma

Satu peristiwa yang tidak dapat saya lupakan mengenai berpuasa di zaman persekolahan ialah kisah dua sahabat baik saya. Ketika itu sudah hampir bulan ramadhan dan kebanyakan pelajar yang tinggal di asrama mula membiasakan diri dengan mengamalkan puasa sunat. (Saya disekolah menengah di Trg ketika itu).
Dua sahabat saya ini sudah niat untuk puasa sunat, dan selepas sembahyang […]

No Comments » - Posted in Cerita by Osman Affan

Monday, September 25th, 2006

Bila Ramadhan menjelma

Apabila ramadhan menjelma, saya selalu terkenangkan zaman persekolahan saya. Banyak kenangan manis di bulan Ramadhan yang berlaku.
Satu contoh yang saya ingat semasa di sekolah rendah ialah, bulan ramadhan dikaitkan dengan ‘bulan meludah’. Pelik juga, apabila mula bulan ramadhan, pelajar menjadi kuat meludah. Alasannya, tidak mahu batal puasa kerana menelan air liur. Kelakar pula bila diingatkan […]

No Comments » - Posted in Khas by Osman Affan

Sunday, September 24th, 2006

Selamat Menyambut Ramadhan Almubarak

Saya mengambil peluang untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam Di Malaysia dan juga diserata dunia. Bulan kerahmatan telah kembali lagi. Semoga Ramadhan kali ini membawa lebih rahmat kepada kita semua secara peribadi berbanding tahun-tahun yang lalu.

No Comments » - Posted in Khas by Osman Affan

Saturday, September 23rd, 2006

Kursus Kepimpinan

Semasa saya di alam persekolahan terutamanya semasa berada di sekolah menengah, saya banyak mengikuti kursus-kursus kepimpinan dan pembangunan diri. Jadi pengawas, pergi kursus. Jadi presiden kelab dan persatuan, pergi kursus. Jadi ahli sukan, pergi kursus. Jadi Naqib usrah, pergi kursus. Jadi AJK blok pun kena pergi kursus. Sampai satu masa, saya rasa muak dengan kursus-kursus […]

No Comments » - Posted in Cerita by Osman Affan

Friday, September 22nd, 2006

Mutiara Kata

Satu rahsia untuk hidup aman, tenang dan sejahtera sepanjang hayat ialah dengan memaafkan semua orang setiap malam sebelum anda tidur. ~Bernard Baruch~
Mungkin anda ada disakiti oleh kawan-kawan anda. Mungkin anda ada tersinggung atau kecil hati akibat kata-kata kawan anda. Sedar atau tidak, anda boleh pilih sama ada mahu terus rasa sakit atau mahu lupa kesakitan […]

No Comments » - Posted in Mutiara Kata by Osman Affan

Thursday, September 21st, 2006

Mutiara kata

Fungsi membaca kepada minda adalah umpama fungsi senaman kepada tubuh badan kita. ~Joseph Addison 
Saya kagum melihat sahabat-sahabat dan kenalan saya yang berjaya menimba ilmu melalui pembacaan. Saya juga kagum melihat orang-orang yang berjaya yang benar-benar suka membaca. Benar pepatah melayu mengatakan bahawa membaca jambatan ilmu. Jika anda tidak dapat mencapai ilmu, membaca umpama membina jambatan […]

No Comments » - Posted in Mutiara Kata by Osman Affan

Wednesday, September 20th, 2006

Adab menuntut ilmu

Menuntut ilmu perlu ada adab yang betul. Ini kerana, ilmu itu hanya akan diperolehi dengan kerelaan dan kesediaan daripada seseorang yang mempunyai ilmu itu. Tidak kira anda mahu belajar atau menuntut ilmu dari sesiapa pun, anda perlu menjaga adab anda. Walaupun anda mahu belajar daripada seseorang yang lebih muda, seseorang yang lebih miskin, seseorang yang […]

No Comments » - Posted in Persediaan Minda by Osman Affan

Tuesday, September 19th, 2006

Adab menuntut ilmu

 
Pernahkah anda menghantar surat atau email kepada seseorang untuk mengetahui sesuatu? Bagaimana cara anda memulakan surat atau email anda? Adakah anda akan tulis dengan bahasa yang sopan dan tidak mendesak atau sebaliknya?

Hari ini saya ingin kongsikan pengalaman saya dalam menangani email daripada orang-orang yang tidak saya kenali.  Saya berikan beberapa contoh email yang pernah saya […]

No Comments » - Posted in Persediaan Minda by Osman Affan

Monday, September 18th, 2006

Gaya Belajar

Di dalam buku saya “Persediaan Minda untuk Menjadi Pelajar Cemerlang”, saya ada ceritakan tentang gaya belajar bagi setiap pelajar. Secara ringkas, gaya belajar bermaksud cara utama seseorang pelajar memproses maklumat di dalam minda mereka.
Ada 3 jenis gaya belajar utama iaitu: Visual, Auditori dan Kinesthetik.
Jika anda pelajar Visual, anda suka memproses maklumat berdasarkan apa yang anda […]

No Comments » - Posted in Teknik Belajar by Osman Affan

Sunday, September 17th, 2006

Penampilan diri sebagai seorang pelajar

Sebagai seorang pelajar, imej apa yang ingin anda tonjolkan? Adakah anda mahu imej ulat buku? Imej seorang pemimpin? Imej pelajar bijak? Imej pelajar popular? Satu peringatan daripada saya, guru dan pelajar lain tidak tahu apa yang ada dalam hati anda. Mereka tidak tahu sama ada anda seorang yang jujur, bijak, berkarisma atau mempunyai bakat kepimpinan.
Namun, […]

No Comments » - Posted in Persediaan Minda by Osman Affan

Saturday, September 16th, 2006

Masa aktif

Ada pelajar yang suka belajar di waktu pagi, ada yang suka belajar di waktu malam dan ada pelajar yang suka belajar di waktu petang. Walau apa pun pilihan anda, pastikan masa itu adalah masa yang paling sesuai untuk minda anda mempelajari sesuatu.
Selalunya pelajar suka mendengar nasihat yang terlalu umum seperti masa yang terbaik untuk belajar […]

No Comments » - Posted in Teknik Belajar by Osman Affan