Archive for October, 2006

Tuesday, October 31st, 2006

Cuti Raya….

Dah seminggu cuti raya rasanya…. sepanjang cuti raya ni, saya agak sibuk memperbaharui design laman web utama saya  iaitu osmanaffan.com. Jadi kurang berkesempatan untuk mengisi ruangan di blog ini. Insyaallah tips-tips dan petua kemahiran belajar akan bermula semula di awal bulan November ini.

No Comments » - Posted in Khas by Osman Affan

Tuesday, October 24th, 2006

Selamat Hari Raya AidilFitri

Salam AidilFitri daripada saya sekeluarga. Moga Syawal kali ini membawa lebih berkat dan kerahmatan daripada tahun-tahun sebelum ini.

No Comments » - Posted in Khas by Osman Affan

Monday, October 23rd, 2006

Syawal telah tiba

Alhamdulillah, Ramadhan telah kita lalui dengan penuh sabar Insyaallah. Hari ini, pasti semua sedang sibuk untuk menanti 1 Syawal esok. Begitu juga saya dan keluarga saya yang akan beraya di Kuala Terengganu. Raya tahun ini adalah raya yang bermakna buat saya kerana saya akan beraya sebagai seorang ayah. Selamat bersiap sedia untuk menyambut hari lebaran.

No Comments » - Posted in Khas by Osman Affan

Sunday, October 22nd, 2006

Mutiara Kata

Tanpa halangan, matlamat bukanlah suatu impian. ~Osman Affan Saya secara peribadi suka falsafah hidup saya ini. Apabila anda mahukan sesuatu, anda boleh tahu sama perkara itu benar-benar atau tidak berdasarkan halangan yang perlu anda tempuhi. Semakin besar halangan yang perlu anda tempuhi, semakin besar nilainya matlamat anda itu. Di dalam program-program yang pernah saya jalankan, [...]

No Comments » - Posted in Motivasi,Mutiara Kata by Osman Affan

Saturday, October 21st, 2006

Motivasi – 7 teknik menjelang peperiksaan

Motivasi – Minggu lepas saya baru siapkan satu kompilasi teknik-teknik motivasi diri menjelang peperiksaan. Kompilasi ini saya jadikan satu mini ebook. Di dalamnya, saya senaraikan 7 teknik motivasi menjelang peperiksaan yang pernah saya tuliskan di dalam blog saya ini. Ini akan memudahkan anda jika anda hendak membuat rujukan. Buat masa ini, saya belum siapkan beberapa [...]

3 Comments » - Posted in Khas,Motivasi by Osman Affan

Friday, October 20th, 2006

Adakah anda suka apa yang anda lihat?

Apabila anda bangun pagi, semasa anda hendak gosok gigi, pernahkah anda lihat wajah anda di dalam cermin ketika itu? Sudah tentu pernah bukan? Anda suka tak lihat rupa anda begitu? Pasti ramai yang tidak suka. Satu teknik motivasi berkenaan cara meningkatkan keyakinan diri yang pernah saya pelajari ialah, anda perlu suka diri anda sendiri sebelum [...]

No Comments » - Posted in Motivasi by Osman Affan

Thursday, October 19th, 2006

Mutiara Kata

“Lihat dunia dari mata burung, atau lihat dari bawah tempurung…..”~Lagu M. Nasir. Saya terdengar lagu ini dimainkan sebentar tadi. Saya memang suka lagu ini, penuh makna walaupun saya mungkin tidak tahu kesemuanya. Persoalannya, adakah anda melihat dunia dari mata burung atau anda lihat dari bawah tempurung? Jika anda lihat dunia dari bawah tempurung, dunia anda [...]

No Comments » - Posted in Mutiara Kata by Osman Affan

Wednesday, October 18th, 2006

Ilmu menemukan semula

Satu keindahan dalam menuntut ilmu ialah anda dapat meramaikan jumlah sahabat anda. Pada waktu anda belajar, anda mungkin tidak sedar apa kepentingan mempunyai kawan ini, tetapi setelah anda memasuki alam pekerjaan dan berumahtangga, anda akan tahu betapa indahnya jika anda mempunyai ramai kawan sewaktu anda belajar. Beberapa hari lalu saya berpeluang bertemu dengan beberapa sahabat [...]

No Comments » - Posted in Khas by Osman Affan

Tuesday, October 17th, 2006

Zon selesa – teknik praktikal

Ada 3 teknik utama yang saya ingin kongsikan bersama anda untuk keluar daripada zon selesa ini. Pertama, dengan hanya menyedari bahawa keluar daripada zon selesa akan membuat anda lebih hebat, anda akan jadi lebih berani untuk keluar daripada zon itu. Contohnya, jika anda tiba-tiba dilantik menjadi pengerusi persatuan dan anda tidak selesa dengan jawatan itu, [...]

No Comments » - Posted in Persediaan Minda by Osman Affan

Monday, October 16th, 2006

Zon Selesa – Pengalaman Saya

Beberapa hari lepas saya pulang ke Terengganu ke rumah ibu bapa saya. Ketika menunggu untuk berbuka puasa, saya tunjukkan kepada ibu dan bapa saya satu video yang di ambil semasa program saya bersama Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun Terengganu. Dalam video itu, saya sedang bercakap di hadapan lebih 200 pelajar mengenai teknik pemasaran melalui [...]

No Comments » - Posted in Persediaan Minda by Osman Affan

Sunday, October 15th, 2006

Zon Selesa

Zon Selesa saya ulangi, adalah kawasan atau situasi yang selesa bagi anda, tidak kira anda pelajar atau sesiapa sahaja. Sebelum saya kongsikan teknik untuk menguatkan diri untuk keluar dari zon selesa, biar saya terangkan lebih lanjut tentang konsep ini kepada anda. Bayangkan anda adalah petak merah itu. Warna kuning disekeliling anda adalah zon selesa anda. [...]

1 Comment » - Posted in Persediaan Minda by Osman Affan

Saturday, October 14th, 2006

Zon Selesa

Zon selesa bermaksud satu keadaan yang menyelesakan buat anda. Contohnya, jika anda biasa duduk di bahagian hadapan kelas, anda akan merasa selesa duduk di depan. Tetapi bagi pelajar lain yang biasa duduk di belakang, mereka akan rasa tidak selesa jika disuruh duduk di depan. Jika anda tidak pernah berucap di khalayak ramai, anda akan rasa [...]

No Comments » - Posted in Persediaan Minda by Osman Affan

Friday, October 13th, 2006

Mutiara Kata

Perubahan adalah sesuatu yang tidak menyelesakan. Namun, tanpa perubahan, anda hanya boleh mengharapkan hasil sebagaimana yang telah anda kecapi selama ini sahaja. ~Osman Affan~ Perubahan membuat anda tidak selesa kerana anda akan keluar daripada zon selesa anda. Insyaallah esok saya akan ceritakan dengan lebih lanjut mengenai konsep zon selesa.

No Comments » - Posted in Mutiara Kata by Osman Affan

Thursday, October 12th, 2006

Mutiara Kata

Kekuatan tidak bermakna tanpa beban dan usaha tidak bermakna tanpa kesungguhan. ~Osman Affan~ Pernahkah anda terfikir bahawa anda sering bernasib malang kerana selalu ditimpa masalah? Satu pengajaran yang ingin saya kongsikan disini, bagi setiap masalah yang melanda, pasti ada peluang yang menanti disebaliknya. Ini semua terpulang kepada cara anda melihat kepada masalah tersebut. Jika anda [...]

2 Comments » - Posted in Mutiara Kata by Osman Affan

Wednesday, October 11th, 2006

Ramadhan Pembawa Rahmat

Pagi semalam saya menghadiri satu mesyuarat di Universiti Islam Antarabangsa Gombak. Semasa saya sampai, saya pelik kerana tidak banyak kereta di sekitar kawasan universiti. Senang betul saya nak parking. Pelik juga, cuti ke fikir saya. Rupa-rupanya memang cuti Nuzul Quran. Mungkin ini kesannya kalau bekerja sendiri, memang tak sedar tentang cuti-cuti umum sebab selalunya, bila [...]

No Comments » - Posted in Khas by Osman Affan