Archive for January, 2007

Wednesday, January 31st, 2007

Di Realiti TV, Kolej Tun Sri Lanang, RTM 1

27/1/2007 (sabtu lalu), selepas saya membantu Dr Irfan Khairi dalam worksyop Jutawan Internet beliau, dan juga setelah selesai sesi bersama pelajar UKM (kenali potensi diri), saya bergegas ke Melaka untuk satu penggambaran rancangan realiti tv yang bertajuk, Tun Sri Lanang.
Rancangan ini adalah berkenaan membentuk bakal pemimpin di masa depan di kalangan remaja. Peserta untuk rancangan ini adalah […]

4 Comments » - Posted in Khas, Motivasi, Soft Skills by Osman Affan

Tuesday, January 30th, 2007

Tenaga Fizikal atau Tenaga Fikiran

Saya sambung cerita semalam. Jika dulu saya bekerja satu malam dengan penat lelah dan dibayar RM15, berapa agaknya saya dibayar kalau saya bekerja sekarang? Untuk pengetahuan anda, jika anda ada kelayakan akademik dan boleh mengajar, anda boleh dibayar RM30 sejam untuk mengajar pelajar sekolah (mengajar di pusat tuisyen contohnya). Bayangkan, seseorang yang boleh mengajar dibayar […]

No Comments » - Posted in Cerita, Khas, Motivasi by Osman Affan

Monday, January 29th, 2007

Tenaga Fizikal atau Tenaga Fikiran (1)

2 minggu lepas, saya kendalikan sesi kemahiran belajar di Pusat Tuisyen saya di Keramat Permai. Dah beberapa bulan saya tidak kendalikan program begini kerana agak sibuk dengan program diluar. Hanya cikgu yang saya latih mengendalikan program ini sejak beberapa bulan lalu.
Kerana dah lama tak buat sendiri, saya agak mati akal bila memikirkan apa yang hendak […]

1 Comment » - Posted in Cerita, Keyakinan Diri, Khas, Motivasi by Osman Affan

Sunday, January 28th, 2007

Kenali Potensi Diri Anda - UKM Bangi

Pertama sekali, saya ucapkan terima kasih kepada urusetia simposium kerjaya UKM kerana menjemput saya ke UKm semalam (27/1/2007). Pelajar je semua ni, tapi mereka telah jalankan tugas yang hebat kerana menganjurkan program yang sangat berguna kepada para pelajar ini. Saya telah dijemput untuk berbicara dengan pelajar dalam satu sesi yang dinamakan ‘kenali potensi diri anda’.
Semalam […]

11 Comments » - Posted in Khas, Motivasi, Persediaan Minda, Soft Skills by Osman Affan

Saturday, January 27th, 2007

Beberapa perkara yang perlu difikirkan……

Anda adalah orang yang sangat malang jika……

   1. Anda terjatuh kerana terlanggar tunggul lalu anda memaki hamun tunggul tersebut kerana  berada di tengah jalan anda…..
   2. Anda terlewat bangun pagi dan terlepas bas ke sekolah lalu anda salahkan pihak televisyen kerana menayangkan perlawanan bola sepak pada lewat malam…..
   3. Anda dirotan kerana merokok di sekolah lalu anda […]

No Comments » - Posted in Motivasi, Mutiara Kata by Osman Affan

Friday, January 26th, 2007

Rakaman akhir Get Set Go, RTM

Hari Rabu yang lepas, rakaman Get Set Go mengenai teknik Belajar SmartStudy dijalankan semula. Ia masih dirakamkan di Taman Tasik Titiwangsa. Hari tersebut bermula dengan baik. Saya keluar rumah lebih awal untuk mengelakkan kesesakan jalan raya. Nak awal punya pasal, bila saya sampai di Titiwangsa, jam baru menunjukkan pukul 7.30 pagi…. krew akan hanya sampai […]

No Comments » - Posted in Cerita, Khas, Motivasi by Osman Affan

Thursday, January 25th, 2007

Soft Skills - Kemahiran Dunia Sebenar

Ketika saya bekerja di PriceWaterHouseCoopers, saya selalu habiskan waktu lapang saya di MPH bookstore di Midvalley megamall. Kadang-kadang saya berada disana dari pagi hingga ke petang. Seronok baca buku kegemaran saya terutama tentang psikologi dan potensi manusia. Semakin banyak saya membaca, saya sedar satu perkara. Saya mula sedar kenapa saya selalu rasa ada konflik dalam […]

No Comments » - Posted in Cerita, Keyakinan Diri, Motivasi, Soft Skills by Osman Affan

Wednesday, January 24th, 2007

Soft Skills- Kemahiran Dunia Sebenar

Jika anda sekarang sedang belajar di sekolah menengah, kolej atau universiti, pernahkah anda terfikir bagaimana agaknya keadaan selepas anda tamat belajar dan memasuki dunia pekerjaan? Dulu, saya sendiri selalu terfikir tentang perkara sebegini. Namun, sayangnya saya tidak ada jawapan untuk soalan tersebut. Jadi saya terus hanyut dalam kesibukan sebagai seorang pelajar tanpa mengetahui apa sebenarnya […]

1 Comment » - Posted in Cerita, Keyakinan Diri, Motivasi, Soft Skills by Osman Affan

Tuesday, January 23rd, 2007

Menarik dan Mencabar di Rakaman Get Set Go

Semalam (22/1/07), saya terlibat dalam rakaman satu rancangan Motivasi TV RTM “Get Set Go” yang biasa ditayangkan pada pagi hari Ahad. Rakaman dijalankan di Taman Tasik Titiwangsa. Saya dijadualkan menyiapkan 3 episod. Tajuk-tajuk saya adalah berkenaan konsep SmartStudy hasil tulisan saya sendiri iaitu persediaan minda, teknik belajar dan psikologi peperiksaan.
Semalam adalah antara hari yang paling menarik dalam hidup […]

No Comments » - Posted in Cerita, Khas, Persediaan Minda, Psikologi Peperiksaan, Teknik Belajar by Osman Affan

Monday, January 22nd, 2007

Mutiara Kata

Anda adalah apa yang anda fikirkan. Fikirkan kejayaan, kejayaan akan jadi milik anda. Fikirkan kegagalan, kegagalan juga akan jadi milik anda. Jadi, apa yang ingin anda fikirkan? ~Osman Affan 
 
Apa yang anda sering fikirkan akan mempengaruhi apa yang anda lakukan. Jika anda asyik fikirkan tentang kegagalan, anda akan rasa takut untuk mencuba. Akibatnya, anda tidak akan […]

No Comments » - Posted in Keyakinan Diri, Motivasi, Mutiara Kata by Osman Affan

Sunday, January 21st, 2007

Akhbar Sinar Harian, Terengganu

Alhamdulillah, seperti yang pernah saya sebutkan tidak lama dahulu, saya ada dijemput untuk menulis ruangan satu muka surat di akhbar Sinar Harian, Terengganu. Akhbar ini adalah milik krangkraf Sdn Bhd dan diterbitkan khas di Pantai timur.
Tulisan saya disiarkan 3 hari seminggu sejak 3 Januari lalu. Ia disiarkan pada hari Selasa, Rabu dan Khamis. Ruangan ini […]

No Comments » - Posted in Khas by Osman Affan

Saturday, January 20th, 2007

Mutiara kata

Jadikan masa silam sebagai panduan untuk merancang kejayaan di masa hadapan, bukan sebagai alat untuk mendabik dada yang akhirnya membawa kegagalan yang tidak berkesudahan. ~Osman Affan
Saya sering lakukan kesilapan ini. Saya sendiri sering cuba berbangga dengan kejayaan saya di masa lepas. Namun, semakin meningkat usia saya, saya sedar bahawa, kejayaan di masa lepas bukanlah satu […]

No Comments » - Posted in Motivasi, Mutiara Kata by Osman Affan

Friday, January 19th, 2007

Kemahiran berkomunikasi

Alhamdulillah, hampir 2 minggu masa yang diambil untuk bercerita tentang teknik berkomunikasi. Masih ada lagi teknik-teknik lain sebenarnya, tetapi, buat masa ini, cukup sebanyak itu sahaja. Kalau banyak sangat nanti susah pula dipraktikkan.
Setelah saya tuliskan senarai tips-tips yang saya ingin kongsikan lebih kurang 3 minggu lalu, kebetulan pula saya diminta oleh Dr Irfan Khairi […]

No Comments » - Posted in Keyakinan Diri, Motivasi by Osman Affan

Thursday, January 18th, 2007

Tips bercakap dikhalayak ramai (15)

Ini adalah tips terakhir yang akan saya kongsikan berkenaan bercakap dikhalayak ramai. Tips hari ini ialah, berlakon seolah-olah anda sudah berpengalaman bercakap di depan khalayak ramai dan berlakon seolah-olah anda sangat yakin untuk berucap.
Tips ini adalah sama seperti jika anda malas belajar atau malas membaca buku. Walaupun anda berlakon sahaja, minda anda tidak dapat membezakan […]

4 Comments » - Posted in Keyakinan Diri, Motivasi by Osman Affan

Wednesday, January 17th, 2007

Tip bercakap dikhalayak ramai (14)

Tips untuk hari ini ialah, bayangkan kesudahan yang menggembirakan. Walau sebelum anda mula berucap, di minda anda sudah bermain bermaca-macam fikiran mengenai ucapan anda itu. Adakah pendengar akan sukan ucapan anda? Adakah anda akan kelihatan bodoh di hadapan orang ramai?
Persoalan ini semua membuat anda semakin berdebar dan gambaran di dalam minda anda akan menunjukkan bahawa […]

No Comments » - Posted in Keyakinan Diri, Motivasi by Osman Affan