Archive for February, 2007
Wednesday, February 28th, 2007
Kemahiran berkawan - Tips 4.2
Ada beberapa alasan popular yang digunakan oleh pelajar bermulut laser mengapa mereka lebih suka bermulut laser daripada tidak. Antara alasan mereka ialah, “Saya tidak suka bercakap bohong. Saya cakap perkara yang benar sahaja walaupun benda itu menyakitkan orang yang mendengarnya”, atau “Saya bukan nak sakitkan hati sesiapa, saya cakap benda yang betul. Kalau ada orang terasa, […]
No Comments » - Posted in Motivasi, Soft Skills by Osman Affan
Tuesday, February 27th, 2007
Kemahiran berkawan - tips 4.1
Adakah anda kenal mana-mana kawan anda yang dikatakan ‘mulut laser’? Hmm… saya rasa anda tentu faham apa yang dikatakan mulut laser ni. Secara ringkas, pelajar yang bermulut laser ialah pelajar yang tidak menapis apa yang dikatakannya dan kata-kata mereka selalu menyakiti hati kawan-kawan yang lain.
Contohnya, apabila ada seorang kawan gagal dalam peperiksaan, pelajar mulut laser […]
No Comments » - Posted in Motivasi, Soft Skills by Osman Affan
Monday, February 26th, 2007
Mastering Public Speaking
Beberapa bulan lalu saya ada kongsikan beberapa teknik untuk bercakap di khalayak ramai. Teknik-teknik tersebut adalah sangat penting untuk dipraktikkan terutamanya jika anda mahu bercakap dengan berkesan dan mampu menarik perhatian penuh pendengar.
Semalam, saya jalankan program satu hari berkenaan teknik bercakap dikhalayak ramai. Program itu dianjurkan oleh persatuan pelajar ‘Communication Student’s Association’ UIA Gombak. Mereka […]
No Comments » - Posted in Motivasi, Soft Skills by Osman Affan
Sunday, February 25th, 2007
Mutiara Kata
Sahabat yang baik umpama memori yang indah. Memori yang indah sentiasa menceriakan, menenangkan dan dan memberikan semangat. ~Osman Affan~
Anda boleh berjaya dengan cemerlang jika anda bekerja sendirian. Namun anda akan berjaya dengan lebih cemerlang dengan lebih mudah jika anda mendapat pertolongan sahabat-sahabat anda. Seingat-ingat saya, saya ada ramai sahabat baik yang telah membantu saya untuk […]
No Comments » - Posted in Motivasi, Mutiara Kata by Osman Affan
Saturday, February 24th, 2007
Mutiara kata
Jika anda hanya memandang pada peluang yang melintas di depan anda, ia pasti akan meninggalkan anda. ~Osman Affan~
Peluang tidak selalu datang dalam hidup anda. Lebih buruk lagi jika anda melepaskan peluang yang anda ada. Selalunya anda akan kesal kerana melepaskan sesuatu peluang selepas ia telah berlalu. Sama seperti penjelasan saya di bulan Ramadhan dulu, semasa […]
2 Comments » - Posted in Motivasi, Mutiara Kata by Osman Affan
Friday, February 23rd, 2007
Kemahiran Berkawan - Tips 3.4
Daripada tips semalam, ada satu perkara yang anda perlu pelajari. Saya ada katakan bahawa pujian yang disampaikan dibelakang tuan punya diri akan berbunyi ikhlas dan mendatangkan kesan yang baik. Jadi tips untuk hari ini, jika anda hendak memuji kawan-kawan anda, puji mereka tanpa kehadiran mereka. Maksudnya, puji mereka semasa mereka tidak ada bersama anda.
Jika anda […]
No Comments » - Posted in Motivasi, Soft Skills by Osman Affan
Thursday, February 22nd, 2007
Kemahiran berkawan - tips 3.3
Tips untuk menjadi pembawa berita gembira semalam ialah dengan mengelakkan diri anda daripada menyampaikan berita-berita buruk atau cerita tidak baik kepada kawan-kawan anda. Tips untuk hari ini ialah sampaikan berita gembira kepada kawan-kawan anda secepat mungkin.
Katakan anda mendengar berita baik seperti kawan anda mendapat markah penuh dalam peperiksaan Matematik, sampaikan kepada beliau secepat mungkin. Tetapi […]
No Comments » - Posted in Motivasi, Soft Skills by Osman Affan
Wednesday, February 21st, 2007
Kemahiran Berkawan - tips 3.2
Seingat-ingat saya, saya ada ramai kawan yang suka membawa berita gembira ini. Kawan-kawan begini, rasa seolah tidak sabar untuk menceritakan berita-berita yang menggembirakan. Contoh berita gembira yang mereka bawa ialah berita tentang kejayaan seseorang, cerita tentang kebaikan seseorang, cerita tentang kesusahan yang diakhiri dengan kemenangan dan cerita-cerita menarik yang boleh membuat anda rasa seronok, gembira […]
No Comments » - Posted in Motivasi, Soft Skills by Osman Affan
Tuesday, February 20th, 2007
Kemahiran berkawan - tips 3.1
Semasa saya menunggu keputusan sama ada mendapat biasiswa melanjutkan pelajaran ke luar negara atau tidak, saya selalu menunggu kedatangan posmen. Saya selalu berharap agar posmen datang dengan senyuman dan memberikan surat yang mengatakan bahawa saya berjaya mendapat biasiswa tersebut. Apabila hari yang dinantikan tiba, seorang posmen benar-benar datang dan memberi saya surat yang membawa berita gembira […]
No Comments » - Posted in Motivasi, Soft Skills by Osman Affan
Monday, February 19th, 2007
Kemahiran Berkawan - tips 2.2
Walaupun anda mungkin berkawan dengan seorang kaki buli atau ketua samseng di tempat anda belajar, ini tidak bermakna anda rapat dengan mereka hingga anda juga jadi seperti mereka. Anda perlu berhati-hati siapa yang anda pilih sebagai kawan baik. Ini adalah kerana, kawan baik anda adalah cermin kepada keperibadian anda. Maksudnya, keperibadian anda akan dipengaruhi oleh […]
No Comments » - Posted in Keyakinan Diri, Motivasi, Soft Skills by Osman Affan
Sunday, February 18th, 2007
Kemahiran Berkawan - Tips 2.1
Berkawan dengan semua orang tetapi pilih siapa yang patut jadi kawan baik anda. Apabila anda bergaul dengan orang-orang disekeliling anda, anda harus pandai menyesuaikan diri. Ada satu kenyataan yang pernah saya baca menyatakan, anda mempunyai personaliti yang sihat apabila anda boleh bergaul dengan pelbagai jenis orang daripada pelbagai jenis latar belakang.
Maksudnya, jika anda ada personliti […]
No Comments » - Posted in Keyakinan Diri, Motivasi, Soft Skills by Osman Affan
Saturday, February 17th, 2007
Usahawan Muslim
Hari ni kita lari dari topik soft skill sekejap. Jumaat minggu lalu seperti yang saya katakan saya ada buat satu program di Universiti Malaya untuk pelajar Akademi Pengajian Islam. Program itu bertajuk Usahawan Kreatif. Ada satu soalan daripada mahasiswa ketika itu yang agak menarik untuk saya kongsikan disini.
Soalan beliau (lebih kurang), apakah sumbangan saya ke […]
No Comments » - Posted in Khas, Motivasi, Persediaan Minda by Osman Affan
Friday, February 16th, 2007
Mengenang hari-hari yang sudah berlalu…..
Alhamdulillah… syukur kehadrat Allah….. hari ini umur saya genap mencecah 13 tahun……. hehe…. kalau la masa boleh berpusing kembali kan……. bukan 13…….. 31….. Umur saya genap 31 hari ini.
Hari ini, saya bersyukur dengan segala nikmat yang saya perolehi…. bersyukur dengan kasih sayang yang tidak pernah putus daripada kedua ibu bapa saya di Terengganu…. kasih […]
2 Comments » - Posted in Khas by Osman Affan
Thursday, February 15th, 2007
Kemahiran berkawan - tips 1.3
Tips kemahiran berkawan yang pertama ini akan membantu anda untuk mudah menyesuaikan diri di alam pekerjaan nanti. Di pejabat atau di mana-mana sahaja anda bekerja nanti, anda akan jumpa orang yang suka bercerita tentang diri mereka dan tidak mengendahkan cerita orang lain.
Orang-orang begini selalunya akan dipulaukan tanpa mereka sedari. Kawan sekerja lain akan cuba mengelak […]
No Comments » - Posted in Motivasi, Soft Skills by Osman Affan
Wednesday, February 14th, 2007
Kemahiran berkawan - tips 1.2
Tips pertama semalam menyuruh anda bertanya kepada kawan anda agar mereka bercakap lebih lanjut tentang cerita mereka. Hari ini, ada satu perkara yang perlu anda elakkan.
Seperti semalam, katakan kawan anda berkata, “Minggu lepas aku camping kat Gua Tempurung. best la camping kat sana.” Elakkan sama sekali daripada menjawab begini, “O ye ke…. ala biasa je Gua […]




Untuk membacanya 


Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik 













