Archive for July, 2007

Tuesday, July 31st, 2007

Tempat jatuh lagi dikenang…

Inikan pula tempat bermain…… Semalam saya ada ceritakan saya ke Kelantan bagi menjayakan program Pengurusan Pelanggan Di Kaunter. Sesi saya berakhir pada malam hari Khamis. Keesokan harinya (Jumaat), walaupun saya perlu checkout pada pukul 12 tengahari, saya bergegas untuk checkout sejurus selepas sarapan pagi, lebih kurang pukul 8.30 a.m. Saya berdua sebenarnya ke Kelantan, tetapi [...]

10 Comments » - Posted in Cerita,Khas by

Monday, July 30th, 2007

Pengurusan Pelanggan Di Kaunter

Khamis lalu, saya berada di Kota Bharu Kelantan bagi mengendalikan satu sesi bertajuk Pengurusan Pelanggan di Kaunter untuk para pegawai daripada Jabatan Tanah dan Galian, Kuala Lumpur. Ini adalah kali kedua saya mengendalikan program untuk Jabatan Tanah KL dalam masa beberapa bulan ini. Kali pertama diadakan di Penang pada bulan Mei lalu. Perbezaan untuk kali [...]

No Comments » - Posted in Khas,Soft Skills by

Friday, July 27th, 2007

Pernahkah anda terfikir…

Pernahkah anda terfikir, mengapa anda perlu pergi ke sekolah? Pernahkah anda terfikir, mengapa anda perlu belajar? Belajar itu memenatkan….belajar itu memeningkan…belajar itu membosankan… Tetapi mengapa ayah dan ibu masih mahu anda belajar?? Tidak pernahkah anda terfikir, kehebatan manusia hadir apabila mereka berfikir? Tidak pernahkah anda terfikir, belajar membuat anda berfikir?? Tidakkah anda terfikir, bahawa apa [...]

No Comments » - Posted in Motivasi,Soft Skills by

Thursday, July 26th, 2007

7 Petua Memikat Hati Guru – Kesimpulan

Alhamdulillah. Saya telah kongsikan bersama anda 7 petua untuk memikat hati guru anda. Mungkin anda ada tertanya-tanya, adakah cuma ada 7 petua sahaja untuk memikat hati guru? Hmm…. sebenarnya banyak lagi. Namun, tidak ada gunanya kalau kita pelajari semuanya jika kita tidak mampu mengamalkan 7 petua yang mudah ini. Satu perkara lagi yang anda mungkin [...]

No Comments » - Posted in Motivasi,Soft Skills by

Wednesday, July 25th, 2007

7 Petua Memikat Hati Guru – petua 7

Petua yang terakhir ini mungkin berbunyi agak pelik sedikit. Jika petua kedua menyatakan bahawa anda perlu tawarkan bantuan kepada guru anda untuk memikat hati mereka, petua ke tujuh ini mengatakan bahawa anda perlu ‘minta bantuan’ daripada guru anda untuk memikat hati mereka. Adakah anda boleh lihat mengapa perlu minta bantuan untuk memikat hati guru? Begini, secara [...]

No Comments » - Posted in Motivasi,Soft Skills by

Tuesday, July 24th, 2007

7 Petua Memikat Hati Guru – petua 6

Petua keenam dalam memikat hati guru anda ialah satu petua yang selalu anda dengar, ‘hormati guru anda’. Namun, berapa ramaikah anak murid yang benar-benar menghormati guru mereka? Kebanyakan pelajar yang saya temui agak kurang pasti apa maksudnya menghormati guru ini. Adakah ia bermaksud anda mesti dengar semua cakap guru anda walaupun ia tidak betul? Adakah [...]

2 Comments » - Posted in Motivasi,Soft Skills by

Monday, July 23rd, 2007

7 Petua Memikat Hati Guru – petua 5

Petua kelima untuk memikat hati guru anda ialah elakkan daripada melakukan sesuatu yang guru anda larang. Guru anda sudah pasti lebih banyak pengalaman berbanding anda terutamanya dalam bidang yang diajarinya. Apabila guru anda melarang anda daripada melakukan sesuatu, ikut nasihatnya. Contoh paling mudah, jika guru anda suruh anda diam semasa dia mengajar, anda perlu diam. [...]

3 Comments » - Posted in Motivasi,Soft Skills by

Saturday, July 21st, 2007

Kem Insan Cemerlang Taman Cengal Utama Negeri 9

Ahad lalu saya berpeluang mengendalikan sesi bersama pelajar di kampung Taman Cengal Utama, Negeri Sembilan. Kem Insan Cemerlang ini dijalankan anjuran pihak Rukun tetangga dan juga jawatankuasa surau Al-Muttaqin kampung ini. Sebenarnya, saya agak terharu melihat kesungguhan pihak rukun tetangga dan pihak surau ini untuk mengendalikan program yang sangat baik ini. Ini kerana di dalam [...]

No Comments » - Posted in Khas,Motivasi,Teknik Belajar by

Friday, July 20th, 2007

7 Petua Memikat Hati Guru – petua 4

Petua keempat untuk memikat hati guru ialah ‘tumpukan sepenuh perhatian’ semasa guru sedang mengajar. Hmmm… saya percaya anda tentu pernah mendengar tentang petua ini. Namun, tahukah anda bagaimana caranya untuk memberi sepenuh tumpuan? Tahukah anda tumpuan bagaimanakah yang akan membuat hati guru terpikat kepada anda? 1. Perkara yang paling penting untuk anda amalkan mulai hari [...]

2 Comments » - Posted in Motivasi,Soft Skills by

Thursday, July 19th, 2007

7 Petua Memikat Hati Guru – petua 3

Petua ketiga untuk memikat hati guru ialah ‘timbulkan minat untuk belajar’. Jika saya tanya anda, apakah fungsi dan peranan seorang guru?…….. tentulah untuk mengajar bukan? Jika anda mempunyai minat untuk belajar, anda akan membuat guru anda mampu memenuhi peranan mereka. Saya banyak mendengar rungutan pelajar mengatakan bahawa kebanyakan guru lebih suka mengajar di kelas-kelas elit [...]

2 Comments » - Posted in Motivasi,Soft Skills by

Wednesday, July 18th, 2007

7 Petua Memikat Hati Guru – petua 2

Petua kedua untuk memikat hati guru anda ialah, tawarkan bantuan anda apabila mereka memerlukannya. Sebagai contoh, disekolah selalunya anda dapat lihat guru terpaksa bawa banyak buku ke bilik mereka. Ada ketikanya, guru akan meminta pertolongan pelajar. Ada ketikanya, guru tidak meminta dan cuba membawa sendiri. Peranan anda disini ialah menawarkan bantuan tanpa disuruh. Kebanyakan pelajar [...]

No Comments » - Posted in Motivasi,Soft Skills by

Tuesday, July 17th, 2007

7 Petua Memikat Hati Guru – petua 1

Petua pertama adalah petua yang paling penting. Untuk memikat hati guru anda, anda perlu belajar dalam keadaan ‘Gelas yang kosong‘. Apakah maksud saya ini? Belajar dalam keadaan gelas yang kosong ialah anda perlu rasa rendah diri dan buka minda anda untuk menerima apa yang diajarkan oleh guru anda. Banyak ketikanya saya lihat pelajar datang ke [...]

5 Comments » - Posted in Motivasi,Soft Skills by

Monday, July 16th, 2007

7 Petua Memikat Hati Guru

Pernahkah anda dengar pelajar merungut, “Cikgu tu tah apa-apa tah….. pilih kasih…. kalau si Leman tu, apa dia buat semua ok…. kalau aku ni, ada je benda tak kena….. pilih kasih betul…….” Rungutan begini selalunya datang daripada pelajar yang iri hati melihat sesetengah pelajar lain rapat hubungan dengan guru mereka. Adakah anda juga begini? Katakan [...]

2 Comments » - Posted in Motivasi,Soft Skills by

Saturday, July 14th, 2007

Pemantapan Modal Insan….

Minggu ini saya habiskan masa saya di Langkawi kerana menjalankan kursus bertajuk ‘Pembangunan Organisasi dan Pemantapan Modal Insan’ bersama para pegawai dan pensyarah daripada Institut Kemahiran Mara Besut. Kursus ini dijalankan atas usaha Institut Latihan Mara (Ilham). Kali terakhir saya menjejakkan kaki ke Langkawi ialah ketika saya berumur 18 tahun. Ketika tu saya sedang menunggu [...]

5 Comments » - Posted in Cerita,Khas by

Friday, July 13th, 2007

Program bersama para guru SK Brickfields 2

Hari Rabu minggu lalu saya berkesempatan menjalankan program bertajuk ‘Guru Cemerlang’ di Sekolah Kebangsaan Brickfields 2. Sekolah ini agak kecil dari segi saiz kerana kalau tidak silap saya cuma ada lebih kurang 2 ratus lebih pelajar sahaja di sekolah ini. Pada 19 Jun yang lepas pula saya telah jalankan program SmartStudy bersama pelajar tahun 6 [...]

No Comments » - Posted in Cerita,Motivasi by