Archive for August, 2007
Thursday, August 30th, 2007
Program Pecutan Akhir
Sejak Sabtu lalu hingga semalam, saya berada di Johor Baru bagi menjayakan program ‘Pecutan Akhir’ bagi Yayasan Bandaraya Johor Baru dan juga Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri Wangsa. Selama beberapa hari saya tinggal di hotel berhampiran bangunan Kotaraya Johor Baru. Itu bermakna, makan tengahari, minum petang atau makan malam, saya sentiasa ke bangunan Kotaraya ini. Bangunan […]
No Comments » - Posted in Khas, Motivasi, Teknik Belajar by Osman Affan
Tuesday, August 28th, 2007
Program di Karangkraf
Sejak bulan Mac 2007, saya menulis ruangan teknik belajar di majalah Fokus SPM terbitan Karangkraf Sdn Bhd.. Karangkraf sudah agak terkenal kerana menerbitkan banyak bahan bacaan terutamanya majalah. Buat kali pertama pada minggu lalu, saya berpeluang mengendalikan satu program SmartStudy bersama anak-anak kakitangan di Karangkraf ini.
Program ini bermula dengan taklimat awal oleh En Hashim, pengurus […]
No Comments » - Posted in Khas, Motivasi by Osman Affan
Monday, August 27th, 2007
Universiti Darul Iman
Pada 18 Ogos yang lalu, saya buat pertama kalinya menjejakkan kaki ke Universiti Darul Iman sebagai penceramah untuk program kecemerlangan pelajar. Sebenarnya, itu bukanlah kali pertama saya menjejakkan kaki ke Universiti tersebut yang lebih dikenali dengan nama Kusza (Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin). Saya dibesarkan di Terengganu dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Tok Jiring dan […]
2 Comments » - Posted in Khas, Motivasi by Osman Affan
Friday, August 24th, 2007
Selamat Bersedia Menghadapi Peperiksaan UPSR
Setiap tahun pelajar UPSR dahulu yang akan menghadapi medan penguji tahap pengetahuan mereka setelah 6 tahun berada di sekolah kebangsaan. Bagi saya sendiri, sekolah kebangsaan merupakan satu asas dan persediaan bagi menghadapi cabaran yang lebih mencabar dan menarik di sekolah menengah kebangsaan.
Untuk semua pelajar yang bakal menduduki peperiksaan UPSR tahun ini, saya ucapakan selamat bersedia […]
No Comments » - Posted in Khas, Motivasi by Osman Affan
Thursday, August 23rd, 2007
Tenaga Fikiran dan Cita-cita
Apakah cita-cita sebenar anda? Maksud saya, jika tidak ada halangan untuk anda jadi apa sahaja, apakah akan anda pilih sebagai cita-cita? tukang masak? Mekanik? Usahawan? Doktor? Kontraktor?
Apa sahaja cita-cita anda boleh tercapai jika anda menggunakan tenaga fikiran. Maksudnya, apa sahaja yang anda mahu capai akan mudah tercapai jika anda pandai berfikir. Cita-cita tidak semestinya mahu […]
No Comments » - Posted in Motivasi, Soft Skills by Osman Affan
Wednesday, August 22nd, 2007
Tenaga Fikiran
Beberapa minggu kebelakangan ini saya sangat banyak menjalankan program pelajar dari usia 8 tahun hinggalah ke pelajar di peringkat universiti. Malah, terdapat juga beberapa aktiviti yang saya jalankan untuk orang dewasa dari usia 25 tahun hinggalah yang sudah bersara.
Melalui program-program ini, ada satu mesej yang sama yang sentiasa saya cuba sampaikan. Mesej itu ialah penggunaan […]
No Comments » - Posted in Motivasi, Soft Skills by Osman Affan
Tuesday, August 21st, 2007
Salah guna perkataan ‘Semua’.
Pernahkah anda dengar mana-mana pelajar yang didenda guru disiplin dan berkata, “Semua cikgu disiplin memang macam ni, suka je nak rotan orang!” Atau
Seseorang yang tidak dilayan dengan baik semasa berurusan di jabatan kerajaan lalu merungut, “Semua kakitangan kerajaan memang macam ni, tak cekap!”. Atau
Seorang wanita yang ditinggalkan kekasih berkata, “Semua lelaki memang tak guna!”
Anda perlu […]
No Comments » - Posted in Motivasi, Persediaan Minda by Osman Affan
Monday, August 20th, 2007
Projek Mutiara Johor 2007 oleh PERDASAMA
Rabu lalu saya berada di Kota Tinggi Johor bagi menjayakan Projek Mutiara Johor yang dianjurkan oleh Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia(PERDASAMA) Nasional. Projek ini dirasmikan oleh Menteri Besar Johor YAB Dato’ Haji Abdul Ghani Othman. Projek ini dihadiri oleh Presiden Perdasama Nasional Dato’ Moehamad Izat Emir dan juga YB Tuan Haji Zainal Abidin Bin […]
No Comments » - Posted in Khas, Motivasi, Teknik Belajar by Osman Affan
Friday, August 17th, 2007
Program bersama Johor Corporation
Minggu lalu saya berada di Johor Baru bersama para pegawai daripada Johor Corporation bagi mengadakan satu sesi Program SmartStudy bersama guru-guru kaunseling di sekitar Johor Baru. Ini merupakan kali pertama saya mengadakan program bersama Johor Corporation dan juga ini kali pertama saya berada dihadapan para guru kaunseling di Johor.
Di dalam program setengah hari ini, saya […]
No Comments » - Posted in Khas by Osman Affan
Thursday, August 16th, 2007
7 Petua Mudah Ingat Apa Yang Dipelajari - Kesimpulan
Alhamdulillah, saya telah berjaya kongsikan 7 petua untuk mudah ingat apa yang dipelajari. Dengan menggunakan petua ini, anda boleh meningkatkan kebolehan anda untuk mengingat sesuatu yang anda pelajari hingga 2-3 kali ganda. Bayangkan jika anda lebih mudah ingat, apakah kesannya kepada pencapaian akademik dan keyakinan diri anda?
Satu pesan saya, anda perlu ingat, kebolehan yang ada […]
6 Comments » - Posted in Motivasi, Teknik Belajar by Osman Affan
Wednesday, August 15th, 2007
7 Petua Mudah Ingat Apa Yang Dipelajari - petua 7
Petua yang terakhir buat untuk mudah ingat apa yang dipelajari ialah ‘mengaitkan sesuatu yang dipelajari itu kepada sesuatu yang sedia ada diketahui’. Hmm…jangan risau jika anda kurang pasti apa maksudnya….. :)
Begini, bayangkan anda sedang belajar tulisan dalam bahasa Cina. Jika anda pertama kali melihat tulisan dalam bahasa Cina, anda akan rasa sangat sukar mengenal […]
No Comments » - Posted in Motivasi, Teknik Belajar by Osman Affan
Tuesday, August 14th, 2007
7 Petua Mudah Ingat Apa Yang Dipelajari - petua 6
Petua keenam untuk mudah ingat apa yang anda pelajari ialah mudah iaitu, ‘tulis‘. Saya selalu perhatikan gelagat pelajar semasa berada di dalam kelas, ceramah atau kursus. Mereka selalu leka mendengar atau mengelamun tanpa berbuat apa-apa mengenai apa yang mereka dengar. Perkara ini juga mengingatkan saya kepada seorang ustazah saya yang mengajar bahasa Arab semasa saya […]
No Comments » - Posted in Motivasi, Teknik Belajar by Osman Affan
Monday, August 13th, 2007
7 Petua Mudah Ingat Apa Yang Dipelajari - petua 5
Petua yang kelima untuk mudah ingat apa yang anda pelajari ialah anda perlu mempraktikkan apa yang anda pelajari dengan serta merta. Contohnya, jika anda baru sahaja belajar satu topik baru dalam subjek matematik, anda perlu segera cuba menyelesaikan masalah atau latihan matematik dalam subjek tersebut. Mengapa?
Kebanyakan pelajar suka menunggu masa yang sesuai untuk mencuba perkara […]
No Comments » - Posted in Motivasi, Teknik Belajar by Osman Affan
Friday, August 10th, 2007
7 Petua Mudah Ingat Apa Yang Dipelajari - petua 4
Petua keempat untuk mudah ingat sesuatu yang dipelajari ialah dengan menjaga masa tidur anda. Untuk pengetahuan anda, minda anda lebih mudah ingat sesuatu jika ia berada dalam keadaan cergas dan segar. Sebab itulah anda selalu dengar petua untuk menghafal sesuatu di waktu pagi. Di waktu pagi selalunya minda anda lebih segar kerana baru sahaja berehat […]
No Comments » - Posted in Motivasi, Teknik Belajar by Osman Affan
Thursday, August 9th, 2007
7 Petua Mudah Ingat Apa Yang Dipelajari - petua 3
Petua ketiga untuk mudah mengingati sesuatu ialah anda perlu ulang dan latih semula apa yang anda ingin ingat. Kajian mengatakan bahawa selepas 48 jam, anda akan lupa lebih daripada 90% apa yang telah anda pelajari. Perkara ini boleh dielakkan jika anda mengulang semula apa yang telah anda pelajari atau apa yang ingin anda ingat.
Tentu anda […]




Untuk membacanya 


Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik 













