Archive for September, 2007
Sunday, September 30th, 2007
Program bersama KRS, Universiti Putra Malaysia
Semalam saya berada hampir sehari di Universiti Putra Malaysia bagi menjayakan program persediaan menjelang peperiksaan akhir anjuran kelab Rakan Siswa (KRS) UPM di bawah naungan unit bimbingan dan kaunseling. Seperti program yang saya jalankan bersama MEDCY UIA awal Ramadhan lalu, saya sangat berbangga dengan usaha urusetia yang terdiri daripada para mahasiswa dan mahasiswi sendiri dalam […]
No Comments » - Posted in Khas by Osman Affan
Friday, September 28th, 2007
Ramadhan dan Kejayaan
Seperti yang saya nyatakan semalam, orang-orang berjaya mempunyai satu sifat yang mampu menangguhkan keseronokan mereka supaya kejayaan mereka jadi lebih bermakna. Apa kaitannya dengan bulan Ramadhan?
Di dalam bulan Ramadhan, rasa lapar dan dahaga adalah perkara biasa. Namun ada ketikanya anda rasa terlalu lapar atau dahaga hingga anda rasa seperti tidak mahu meneruskan puasa anda. Ketika […]
3 Comments » - Posted in Motivasi by Osman Affan
Thursday, September 27th, 2007
Tinggalkan mesej anda
Setelah saya fikirkan buat satu jangka masa yang sangat lama, akhirnya saya buat keputusan untuk meletakkan cbox (seperti yang anda lihat di sebelah) di dalam blog saya ini. Selama ini saya ada terfikir untuk meletakkan cbox ini cuma ada rasa bimbang jika saya tidak berkesempatan untuk mengemaskininya.
Namun, saya percaya saya ada masa untuk ini. Tambahan […]
1 Comment » - Posted in Khas by Osman Affan
Thursday, September 27th, 2007
Ramadhan dan Kejayaan
Apakah lagi sifat dan ciri-ciri yang anda pelajari dan amalkan di dalam bulan Ramadhan, yang membantu anda menuju ke arah kejayaan? Mari kita bincangkan.
Menurut pendapat pakar-pakar psikologi barat, antara satu sifat paling utama individu yang berjaya dan kaya-raya ialah”having the ability to delay gratification” (mempunyai kebolehan untuk menangguhkan keseronokan). Ia bermaksud, orang-orang yang berjaya selalunya […]
No Comments » - Posted in Khas, Motivasi by Osman Affan
Wednesday, September 26th, 2007
Ramadhan dan Kejayaan
Setelah anda ada niat, tahu bila ia mahu dicapai dan tahu mengapa dia perlu dicapai, semangat anda akan jadi semakin kuat untuk berusaha mencapainya. Jika anda sudah berniat untuk berpuasa dan mahu melakukannya bersungguh-sungguh, adakah iman anda akan mudah tergugat dengan burger yang dimakan oleh adik-adik anda? Saya percaya tentu tidak bukan. Jika iman anda tergugat lalu makan burger […]
No Comments » - Posted in Motivasi by Osman Affan
Tuesday, September 25th, 2007
Ramadhan dan Kejayaan
Satu perkara yang saya selalu tanya kepada para pelajar mengenai puasa ialah, jika esok puasa, apakah yang mereka lakukan malam ini. Kebanyakannya akan menjawab ‘membaca niat’ (tapi ramai juga yang jawab “makan sahur” :) ). Niat merupakan satu matlamat yang hendak dicapai. Jika anda hendak mencapai sesuatu, cara terbaiknya ialah anda berniat dahulu. Niat anda […]
No Comments » - Posted in Motivasi by Osman Affan
Monday, September 24th, 2007
Ramadhan dan Kejayaan
Sama ada anda sedar atau tidak, Ramadhan membawa pelbagai rahmat bukan sahaja dari segi pahala berbuat amalan yang digalakkan dan amalan kebajikan, tetapi dari segi membentuk sifat dan keperibadian untuk menuju kejayaan. Apakah yang saya maksudkan?
Cuba anda lihat orang-orang yang berjaya di sekeliling anda atau orang berjaya yang anda kenal. Tentu mereka mempunyai sifat-sifat unik […]
No Comments » - Posted in Khas, Motivasi by Osman Affan
Sunday, September 23rd, 2007
Seketika di Resensi, Selamat Pagi Malaysia, RTM
Rabu lalu, 19 Spetember, saya berpeluang untuk bercerita secara ringkas mengenai buku terbaru saya “Menjual Perkhidmatan di Internet” di rakaman rancangan Selamat Pagi Malaysia, Slot Resensi. Slot ini dikendalikan oleh Syed Munawar yang sudah tidak asing lagi kepada saya kerana sendiri telah bertemu beliau beberapa kali.
Di dalam sesi rakaman ini, saya diberi peluang untuk menceritakan […]
No Comments » - Posted in Khas by Osman Affan
Thursday, September 20th, 2007
PMR di Bulan Ramadhan
Pernahkah anda terfikir, mengapa, di bulan ramadhan, semua makanan yang selama ini nampak tidak menarik, tidak sedap, membosankan dan tidak menyelerakan kelihatan sebaliknya? Maksud saya, di bulan ramadhan, air mineral dan roti kosong pun nampak sangat menyelerakan. Bahkan, goreng pisang dan keropok goreng yang dijual di tepi jalan yang selama ini kita tak pandang pun […]
1 Comment » - Posted in Motivasi, Teknik Belajar by Osman Affan
Wednesday, September 19th, 2007
PMR di Bulan Ramadhan
Seperti yang saya telah katakan sebelum ini, cabaran menghadapi peperiksaan dalam bulan Ramadhan ialah anda mungkin tidak biasa menjawab soalan peperiksaan dalam keadaan lapar dan dahaga. Bagi pelajar yang biasa mengamalkan puasa sunat, Insyaallah tidak ada masalah untuk menghadapi situasi ini.
Ada beberapa nasihat yang pernah saya pelajari mengenai menjawab soalan peperiksaan di dalam bulan Ramadhan […]
No Comments » - Posted in Motivasi, Teknik Belajar by Osman Affan
Tuesday, September 18th, 2007
PMR di Bulan Ramadhan
Jika anda merasa bimbang kerana peperiksaan PMR akan dijalankan pada bulan Ramadhan, ada berita baik untuk anda. Minggu ini saya akan kongsikan beberapa tips untuk anda membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan tersebut. Hari ini, kita akan bincangkan mengenai persediaan yang anda perlu buat di saat akhir ini.
Merasa penat, mengantuk dan tidak bermaya dalam bulan Ramadhan […]
No Comments » - Posted in Motivasi, Teknik Belajar by Osman Affan
Monday, September 17th, 2007
PMR di bulan Ramadhan
Tahun ini, pelajar PMR akan menghadapi peperiksaan utama mereka dalam bulan Ramadhan. Saya percaya, bagi kebanyakan pelajar, ini adalah perkara biasa sahaja. Namun bagi sesetengah pelajar, ini boleh jadi satu perkara yang sangat mencabar. Mengapa?
Apabila saya mengendalikan program untuk pelajar di waktu pagi, ada pelajar yang merungut kerana mereka belum bersarapan. Ini membuat mereka rasa […]
No Comments » - Posted in Motivasi, Teknik Belajar by Osman Affan
Sunday, September 16th, 2007
SmartStudy bersama MEDCY
Sabtu 15 September bersamaan 3 Ramadhan, saya telah diundang oleh ahlijawatankuasa MEDCY, sebuah persatuan jurusan perubatan Matrkulasi Universiti Islam Antarabangsa, untuk menjalankan program Bengkel Kemahiran Belajar SmartStudy. Ini kali pertama saya menjalankan program untuk persatuan ini. Pendapat pertama saya ialah, persatuan ini sangat hebat kerana dapat menjalankan dan menganjurkan program walaupun dalam bulan Ramadhan. lebih […]
4 Comments » - Posted in Khas, Motivasi, Soft Skills by Osman Affan
Thursday, September 13th, 2007
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak
Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan kepada seluruh umat Islam umunya dan pembaca blog saya khususnya, Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Semoga Ramadhan tahun ini membawa lebih keberkatan, kedamaian, dan kesejahteraan ke dalam hati kita semua.
Selamat Berpuasa.
2 Comments » - Posted in Khas by Osman Affan
Monday, September 3rd, 2007
Selamat Menduduki Peperiksaan UPSR
Kepada semua pelajar tahun 6, hari ini merupakan hari yang sangat penting buat mereka. Hari peperiksaan UPSR bermula. Ini bermakna, segala persiapan yang telah dibuat selama ini akan teruji hari ini. Segala penat dan lelah semasa belajar akan dapat dilihat hasilnya tidak lama lagi.
Saya percaya, jika anda berusaha, kejayaan pasti akan menjadi milik anda. Dalam […]




Untuk membacanya 


Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik 













