Archive for October, 2007
Wednesday, October 31st, 2007
Jika saya mahu makan, sanggupkah saya membayar harganya?
Pernahkah anda memasuki mana-mana restoran dan rasa terliur melihat makanan yang dihidangkan? Tentu pernah bukan? Soalan saya kepada anda, jika anda benar-benar mahu makan makanan di suatu tempat itu, apakah anda sanggup membayar harganya? Adakah anda akan masuk ke mana-mana kedai makanan segera atau restoran dan meminta agar mereka menurunkan harga supaya anda boleh makan? Adakah [...]
No Comments » - Posted in Fikir,Motivasi by Osman Affan
Tuesday, October 30th, 2007
Mutiara Kata
“…..saya berjaya kerana saya sanggup melakukan sesuatu yang saya tidak selesa lakukan, dan saya sanggup lakukan sesuatu yang tidak mudah dilakukan…” Azizi Ali. Sepanjang hari Sabtu lepas, semasa program Wealth Summit berjalan, saya berpeluang mendengar dan belajar banyak perkara daripada jutawan hartanah (abang Azizi Ali) yang agak terkenal di Malaysia ini. Seronok saya mendengar kisah-kisah [...]
2 Comments » - Posted in Mutiara Kata by Osman Affan
Monday, October 29th, 2007
Wealth Summit di Hotel Cititel MidValley Megamall
Sabtu lalu saya bersama Azizi Ali dan 3 lagi penulis buku True Wealth Sdn Bhd menjayakan satu program keusahawanan yang dinamakan Wealth Summit. Program ini mendedahkan beberapa cabang keusahawanan yang bakal disampaikan oleh 5 penceramah utama iaitu Azizi Ali, Eruwan Gerry Norsen, Irwan Dahnil, Zamri Nanyan dan saya sendiri. Hari ini merupakan satu hari yang [...]
1 Comment » - Posted in Internet by Osman Affan
Saturday, October 27th, 2007
Sehari bersama usahawan di Wealth Summit
Sekarang ini saya berada di Cititel Hotel untuk menjayakan program Wealth Summit anjuran True Wealth Sdn Bhd (Milik Azizi Ali). Program ini mendedahkan beberapa cabang keusahawanan yang bakal disampaikan oleh 5 penceramah utama iaitu Azizi Ali, Eruwan Gerry Norsen, Irwan Dahnil, Zamri Nanyan dan saya sendiri. Ini adalah satu majlis ilmu yang menarik buat saya. [...]
1 Comment » - Posted in Khas by Osman Affan
Thursday, October 25th, 2007
Mutiara Kata – Sumbangan Muliyadi
Hari ini saya paparkan satu sumbangan daripada pelawat blog ini yang merupakan satu komen kepada mutiara kata yang saya paparkan satu ketika dulu. Terima kasih Muliyadi atas pandangan dan hasil tulisan yang baik ini. (Ini adalah mutiara kata yang saya paparkan) “99% kegagalan datang dari orang-orang yang suka memberi alasan.” ~George Washington Carver~ Ada dua [...]
No Comments » - Posted in Mutiara Kata by Osman Affan
Tuesday, October 23rd, 2007
Kalau hendak seribu daya.
Beberapa hari ini saya bersengkang mata menguruskan satu laman web baru saya. Sebenarnya, laman web ini adalah untuk blog saya ini. Sudah lama saya bercadang untuk mengalihkan blog ini ke satu laman web lain agar tidak bercampur aduk dengan osmanaffan.com. Nanti saya akan umumkan masanya saya hentikan posting di sini dan berpindah ke laman web [...]
4 Comments » - Posted in Khas by Osman Affan
Sunday, October 21st, 2007
Mutiara Kata
“Create your future from your future, not your past.” ~Werner Erhard “Cipta masa depan anda daripada masa depan, bukan daripada masa silam”. Apa pendapat anda mengenai mutiara kata ini? Apabila anda mahu mencapai sesuatu dalam hidup anda, adakah anda membuatnya berdasarkan kejayaan dan kegagalan di masa lepas atau berdasarkan sesuatu yang anda ingin capai di [...]
No Comments » - Posted in Mutiara Kata by Osman Affan
Saturday, October 20th, 2007
Kembali menulis
Sudah lebih seminggu saya buka blog saya tanpa menulis apa-apa. Nak kata tak ada idea, rasanya banyak perkara yang ingin dituliskan. Nak kata tak ada mood, hari-hari saya menulis terutamanya untuk buku saya yang berikutnya. Seminggu ini saya habiskan dengan membaca dua buah buku yang sangat menarik bagi saya. Seminggu ini juga saya habiskan dengan [...]
No Comments » - Posted in Khas by Osman Affan
Thursday, October 11th, 2007
Salam Aidilfitri
Alhamdulillah, dalam kesibukan menjalankan training dan menulis untuk buku seterusnya, saya masih diberikan kemampuan untuk menulis dan mengemaskinikan blog saya ini. Untuk pembaca setia blog saya ini saya ucapkan terima kasih. Sokongan anda menambahkan semangat dan keinginan saya untuk berkongsi sesuatu yang berguna di blog ini. Kepada yang menghantar email kepada saya, saya ucapkan terima [...]
No Comments » - Posted in Khas by Osman Affan
Wednesday, October 10th, 2007
Ramadhan dan Kejayaan
Jadi bagaimanakah Ramadhan mengajar anda menghargai sesuatu yang anda sedia ada? Seperti yang pernah saya tulsi sebelum ini, apabila anda sedang berpuasa, makanan yang selama ini anda tidak suka dan tidak menyelerakan bagi anda pun kelihatan sungguh hebat dan menyelerakan. Bayangkan anda mahu makan ayam goreng pada waktu sahur dan terlewat bangun. Lalu anda tidak [...]
No Comments » - Posted in Khas by Osman Affan
Tuesday, October 9th, 2007
Ramadhan dan Kejayaan
Satu sifat yang biasa dilihat pada orang-orang yang berjaya ialah mereka pandai dan cekap mengambil peluang yang ada. Jika mereka lihat ada peluang yang melintas di depan mereka, dan jika mereka percaya bahawa peluang itu boleh membantu mencapai matlamat mereka, mereka pasti tidak lepaskan. Mengambil peluang merupakan satu sifat yang jarang dilihat pada orang-orang yang [...]
No Comments » - Posted in Khas by Osman Affan
Monday, October 8th, 2007
21 Tips Microsoft PowerPoint
Jika anda sudah biasa melawat blog saya ini, sudah pasti anda pernah membaca 21 tips menggunakan microsoft powerpoint yang saya pernah tuliskan dulu. Saya juga ada letakkan semula tips ini di dalam ruangan kompilasi, www.osmanaffan.com/kompilasi.htm . Saya dapati terdapat sambutan yang sangat menggalakkan untuk tips microsoft PowerPoint ini. Apabila saya buat program presentation skills atau [...]
No Comments » - Posted in Khas,PowerPoint,Soft Skills by Osman Affan
Friday, October 5th, 2007
Ramadhan dan Kejayaan
Apa kaitannya Ramadhan dan kesihatan dan kekuatan akal fikiran? Begini. Di dalam bulan Ramadhan, kita sepatutnya makan kurang daripada apa yang kita makan daripada hari-hari biasa. Ini kerana, kita tidak makan pagi, tengahari atau petang. Tambahan lagi kita tidak minum air. Jika anda berpuasa dibulan Ramadhan tetapi makan sama banyak seperti bulan-bulan biasa (balas dendam [...]
No Comments » - Posted in Khas by Osman Affan
Thursday, October 4th, 2007
Ramadhan dan Kejayaan
Ada satu pepatah Arab yang bermaksud, “akal yang sihat berada di dalam tubuh yang sihat”.( Ini adalah pepatah Arab pertama saya belajar semasa belajar bahasa Arab di tingkatan 1 dulu ) Sebagai seorang pelajar, pekerja mahupun seorang usahawan, akal adalah satu kelebihan yang anda ada dan tidak mungkin boleh diganti. Dalam program saya selalu saya tanya pelajar apakah [...]
No Comments » - Posted in Khas by Osman Affan
Wednesday, October 3rd, 2007
Ramadhan dan Kejayaan
Apa kaitan Ramadhan dan disiplin diri? Hmm… saya percaya anda sudah boleh menekanya. Di dalam bulan Ramadhan, anda sentiasa berperang dan berlawan dengan nafsu anda untuk makan, minum dan membuat sesuatu yang dilarang. Dalam bulan Ramadhan, bukan sahaja anda menahan diri dari makan dan minum, malah melarang diri daripada berkata atau melihat sesuatu yang tidak baik. [...]






















