Archive for November, 2007
Friday, November 30th, 2007
7 Petua Skor A 2008
Setelah saya ceritakan tentang pepatah ikut resmi padi beberapa hari lepas, saya ingin kongsikan dengan anda semua tentang 7 petua skor A untuk tahun 2008. Sebagaimana yang anda sudah tahu, blog ini adalah ditujukan kepada sesiapa yang mahu belajar teknik ‘Belajar’ yang berkesan. Apabila seseorang itu memiliki kemahiran untuk belajar dengan berkesan, dia akan jadi […]
No Comments » - Posted in Motivasi, Petua, Teknik Belajar by Osman Affan
Thursday, November 29th, 2007
Ikut resmi padi…
Satu perkara yang sangat penting jika kita mahu pelajari sesuatu dengan cepat ialah kita mesti mempunyai minda yang terbuka. Mungkin anda pernah dengar ungkapan minda terbuka ini tetapi apakah maksudnya?
Maksudnya, jika kita hadiri mana-mana majlis ilmu, lupakan seketika apa yang kita pernah belajar selama ini dan cuba dengar ilmu yang disampaikan menggunakan perspektif orang baru belajar. Orang yang baru […]
2 Comments » - Posted in Fikir, Motivasi, Teknik Belajar by Osman Affan
Wednesday, November 28th, 2007
Ikut resmi padi….
Mengapa kalau kita ikut resmi padi, kita akan lebih mudah belajar sesuatu? Hmm… banyak sebabnya. Saya akan terangkan sebab-sebab yang penting menurut pandangan saya sendiri.
Pertama, kalau kita datang ke sesuatu majlis ilmu dengan perasaan bahawa kita sudah tahu banyak perkara, ia akan jelas kelihatan. Maksudnya, guru atau penceramah yang sedang berkongsi ilmu akan sedar bahawa kita rasa […]
2 Comments » - Posted in Fikir, Motivasi, Teknik Belajar by Osman Affan
Tuesday, November 27th, 2007
Ikut resmi padi, semakin tunduk apabila semakin berisi.
Sabtu lalu saya berpeluang mengendalikan satu slot yang bertajuk ‘Emotional Intelligence Management’ kepada para pensyarah dan kakitangan pentadbiran Institut Alam & Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia. Slot ini disertakan ke dalam Bengkel peningkatan produktiviti dan Hari keluarga ATMA ke-8 yang dijalankan di Port Dickson.
Kenapa saya berikan tajuk seperti di atas ya untuk posting ini?
Hmm… macam […]
3 Comments » - Posted in Motivasi, Mutiara Kata by Osman Affan
Monday, November 26th, 2007
MotivasiBelajar.com berfungsi sepenuhnya.
Hari ini merupakan hari yang sangat menggembirakan buat saya. Blog motivasibelajar.com ini sudah berfungsi sepenuhnya. Apa maksud saya? Begini.
Sebenarnya, walaupun blog ini baru lebih kurang sebulan beroperasi, ia sebenarnya adalah sambungan kepada hasil tulisan saya di blog osmanaffan.com/petua yang telah saya mulakan tahun lalu. Disebabkan beberapa rancangan yang bakal saya laksanakan pada tahun 2008, saya […]
No Comments » - Posted in Khas by Osman Affan
Saturday, November 24th, 2007
Kegagalan…. guru terbaik…
Mari kita fikirkan. Dalam usaha kita mengejar kejayaan, kita akan tempuhi kegagalan. Selalunya, kegagalan dipandang negatif kerana ia membuat kita rasa sedih, marah, kecewa, sakit hati dan sebagainya. Namun, ramai antara kita tidak sedar bahawa kegagalan adalah guru yang terbaik.
Apabila kita gagal, kita akan lebih mudah ingat berbanding kita berjaya. Contohnya, bila kita gagal dalam […]
2 Comments » - Posted in Fikir by Osman Affan
Friday, November 23rd, 2007
Indahnya Petronas Twin Tower…
Pertama sekali, saya ucapkan terima kasih kepada Cik Fasiha kerana menyumbangkan banyak info untuk teknik menghafal. Saya percaya maklumat itu semua dapat membantu kita untuk menguatkan kemampuan minda kita untuk mengingat sesuatu.
Semalam saya berada di KLCC untuk membentangkan cadangan program untuk kakitangan teknikal Petronas. Mungkin agak pelik bunyinya, semalamlah kali pertama saya menjejakkan kaki ke bangunan […]
3 Comments » - Posted in Khas by Osman Affan
Thursday, November 22nd, 2007
Ilmu Hafal - Hasil Tulisan Cik Fasiha
“Saya pernah menjadi Jurulatih program IT kepada guru-guru di sekolah. Master trainer mewajibkan para trainer mengingat semua nama guru di dalam sessi tersebut yang mana jumlahnya 20 orang bagi satu sessi. Latihan yang dilakukan ialah membuat bayangan didalam rumah kita sendiri bermula dari pintu masuk apakah yang pertamanya kita nampak, bayangkan hingga sampai ke pintu […]
3 Comments » - Posted in Hafal, Motivasi, Petua by Osman Affan
Wednesday, November 21st, 2007
Ilmu hafal - hasil tulisan Cik Fasiha
TEKNIK SARANAN DIRI YANG BERKESAN
Hajat atau matlamat yang hendak diperolehi mestilah jelas dan tepat.
Dilakukan dengan hasrat yang menyala-nyala, bersungguh-sungguh dan penuh harap.
Yakin sepenuhnya bahawa akan memperolehi apa yang kita sarankan kepada diri sendiri.
Berimanigasi bahawa kita sedang mendapat apa yang dihajati.
Konsisten, amalkan pada setiap malam sebelum tidur dan pagi selepas bangun […]
1 Comment » - Posted in Hafal, Motivasi, Petua by Osman Affan
Tuesday, November 20th, 2007
Ilmu Hafal
Hari ini saya ingin paparkan hasil tulisan salah seorang pengunjung blog ini, Cik Fasiha. Cik Fasiha ni adalah seorang trainer juga, dalam bidang IT kalau tidak silap saya.Cik Fasiha ada beri komen tentang masalah menghafal beberapa minggu lalu dan saya percaya ia boleh kita gunakan. Jadi hari ini saya paparkan sebahagian daripada apa yang Cik […]
No Comments » - Posted in Hafal, Motivasi, Petua by Osman Affan
Monday, November 19th, 2007
Kita mahu apa yang kita tidak ada….
Mari kita fikirkan sesuatu hari ini.
Beberapa bulan lalu, anak lelaki saya mula menunjukkan satu perangai baru. Anak kesayangan saya ini akan berusia 2 tahun pada pertengahan Disember nanti. Perangainya ialah, setiap kali dia bangun tidur, dia akan cari alasan untuk menangis. Bagaimana caranya? Mudah sahaja.
Apabila dia buka mata, dia akan lihat siapa yang berada di […]
7 Comments » - Posted in Fikir, Mengurus Stress, Motivasi by Osman Affan
Saturday, November 17th, 2007
Thanks to Kidino!
Jika anda biasa masuk ke blog ini pasti anda dapat lihat beberapa perubahan pada blog ini terutamanya pada ‘button’ merah pada setiap kotak di sebelah kanan blog ini. Ini adalah hasil kerja sahabat saya Kidino yang sudah seminggu bersama-sama saya mengusahakan satu projek usahasama yang bakal dilancarkan tahun hadapan. Projek apa? Hmmm…. perlu tunggu pengumumannya.
Mungkin […]
No Comments » - Posted in Khas by Osman Affan
Friday, November 16th, 2007
7 Petua Pandai Bahasa Inggeris - Kesimpulan
Alhamdulillah, saya telah berjaya menulis 7 petua untuk cepat pandai dalam Bahasa Inggeris untuk anda dan untuk diri saya sendiri. Mungkin ada diantara anda yang terfikir, pentingkah petua ini semua? Hmmm…. Di dalam dunia ini, anda boleh pelajari apa sahaja. Tetapi anda ada pilihan sama ada mahu belajar dengan cepat atau mahu belajar dengan lambat.
Belajar […]
2 Comments » - Posted in Bahasa Inggeris, Motivasi, Petua by Osman Affan
Thursday, November 15th, 2007
7 Petua Pandai Bahasa Inggeris - Petua 7
Petua pandai Bahasa Inggeris yang ketujuh dan yang terakhir ialah ‘Hafal ayat-ayat dalam Bahasa Inggeris untuk kegunaan harian’. Maksudnya begini, apa yang membuat bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris sukar ialah anda tidak tahu bagaimana cara untuk menggambarkan sesuatu dalam Bahasa Inggeris. Contohnya kalau anda mahu kata ’saya rasa tidak sihat’ dan tidak tahu apa […]
No Comments » - Posted in Bahasa Inggeris, Motivasi, Petua by Osman Affan
Wednesday, November 14th, 2007
7 Petua pandai Bahasa Inggeris - Petua 6
Petua yang keenam untuk cepat pandai Bahasa Inggeris ialah anda perlu cari kawan-kawan yang Pandai Bahasa Inggeris dan kawan-kawan yang Mahu Pandai Bahasa Inggeris. Mengapa?
Jika anda berkawan baik dengan seseorang yang Pandai Bahasa Inggeris,
anda akan terikut dengan cara pemikirannya yang percaya bahawa subjek Bahasa Inggeris adalah mudah untuk dikuasai. Apabila anda turut berfikir begini, anda […]




Untuk membacanya 


Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik 













