Archive for February, 2008
Thursday, February 28th, 2008
3 Rahsia keyakinan diri - Rahsia 2.2
Rahsia 2.2 ini ialah satu rahsia dalam rahsia. Hmmm… seronok pula dengar bunyinya. Apakah yang saya maksudkan dengan rahsia dalam rahsia?
Begini. Semasa kita berlatih untuk memupuk semangat dan keyakinan diri, kita akan mula-mula sekali hadapi banyak kegagalan. Kita akan hadapi pelbagai rintangan yang boleh menjatuhkan semangat dan keyakinan diri kita. Contohnya, dalam usaha menjadi seorang […]
4 Comments » - Posted in Keyakinan Diri, Motivasi, Soft Skills by Osman Affan
Wednesday, February 27th, 2008
3 Rahsia keyakinan diri - Rahsia 2.1
Setelah kita tahu rahsia bahawa keyakinan diri boleh dilatih dan dipupuk, apakah yang patut kita lakukan? Banyak perkara.
Pertama, teruskan mencuba dan mencuba. Kalau kita tidak yakin hendak bersuara, cuba bersuara. Dalam masa yang sama, walaupun ada rasa takut, biarkan sahaja dan kawal rasa takut itu dengan fokus kepada apa yang kita mahukan. Contohnya jika kita […]
3 Comments » - Posted in Keyakinan Diri, Motivasi, Soft Skills by Osman Affan
Tuesday, February 26th, 2008
Affiliate Kursus Motivasi & Teknik Belajar Bersama Osman Affan
Assalamualaikum. Saya dengan sukacitanya menjemput anda semua menjadi affiliate Kursus Motivasi & Teknik SmartStudy. Dalam masa yang terdekat ini, kursus ini akan diadakan pada 11 dan 12 Mac 2008 iaitu dalam masa cuti persekolahan.
Saya percaya jika anda biasa dengan laman web, blog dan forum, anda pasti sudah tahu konsep Affiliate ini. Jadi, tidak perlulah saya […]
No Comments » - Posted in Motivasi, Program Motivasi by Osman Affan
Tuesday, February 26th, 2008
3 Rahsia keyakinan diri - Rahsia 2
Rahsia keyakinan diri yang kedua ialah ‘keyakinan diri boleh dilatih dan dipupuk’. Hmm…. apa maksudnya?
Biasanya apabila seseorang mengeluh tentang keyakinan diri mereka yang rendah, mereka seolah-olah rasa bahawa sifat itu diwarisi daripada ibu bapa. Jika kita datang daripada keluarga yang bahagia, berjaya dan hebat, kita akan mempunyai semangat dan keyakinan diri yang tinggi. Begitu juga […]
3 Comments » - Posted in Keyakinan Diri, Motivasi, Soft Skills by Osman Affan
Monday, February 25th, 2008
Bersama Coach Ridz & Coach Sha
Semalam seharian saya berada di SLEU, UIA Gombak bagi menghadiri kursus yang dikendalikan oleh Coach Ridz & Sha. Kursus ini bertajuk “English SureBoleh!”. Daripada tajuk berkenaan tentu anda boleh teka apa isi kandungan kursusnya.
Semasa tiba di UIA lebih kurang pukul 9.10 pagi, badan saya agak letih sebenarnya kerana saya keluar rumah seawal 5 pagi dan […]
2 Comments » - Posted in Bahasa Inggeris, Cerita, Khas by Osman Affan
Monday, February 25th, 2008
3 Rahsia keyakinan diri - Rahsia 1.3
Dalam posting yang lepas, saya telah berikan dua soalan mengenai keyakinan diri. Soalan-soalan itu ialah
Soalan pertama, adakah benar orang lain boleh melihat dalaman diri anda yang tidak yakin?
Soalan kedua, bagaimanakah rahsia pertama ini dapat membantu anda?
Saya telah bincangkan mengenai soalan pertama. Mari kita bincangkan mengenai soalan kedua. Mengapa dengan mengetahui bahawa orang lain tidak dapat […]
2 Comments » - Posted in Keyakinan Diri, Motivasi, Soft Skills by Osman Affan
Thursday, February 21st, 2008
3 Rahsia keyakinan diri - Rahsia 1.2
Bagaimana dengan soalan saya semalam? Sudahkah anda fikirkan?
Saya tidak nafikan bila kita rasa terlalu tidak yakin dan takut, ia boleh kelihatan melalui gerak-geri tubuh kita. Tangan kita mungkin menggeletar, suara tersekat-sekat dan fikiran rasa bercelaru. Namun, ini semua selalunya disebabkan rasa tidak yakin itu terlalu menguasai diri kita.
Jika kita rasa takut dan tidak yakin, kemudian […]
2 Comments » - Posted in Keyakinan Diri, Motivasi, Soft Skills by Osman Affan
Wednesday, February 20th, 2008
3 Rahsia keyakinan diri - Rahsia 1.1
Sudahkah anda fikirkan mengenai soalan saya semalam? Adakah ada pasti dengan jawapan itu atau masih ada rasa-rasa ragu? Hmmm… mari saya kongsikan jawapan saya sendiri.
Soalan pertama: Adakah benar orang lain boleh melihat dalaman diri anda yang tidak yakin? Saya percaya bahawa orang lain tidak nampak jika anda sedang tidak yakin. Rasa tidak yakin tidak mudah […]
10 Comments » - Posted in Keyakinan Diri, Motivasi, Soft Skills by Osman Affan
Tuesday, February 19th, 2008
3 Rahsia keyakinan diri - Rahsia 1
Mungkin ada berpuluh-puluh atau beratus-ratus rahsia keyakinan diri. Namun saya mahu berkongsi 3 rahsia keyakinan diri yang saya amalkan selama ini. Bagi saya, dengan keyakinan diri, kita akan mampu menghadapi apa jua cabaran, berani meluahkan pendapat atau pandangan di hadapan sesiapa sahaja dan mampu mencabar kebolehan dan keupayaan diri kita sendiri ke tahap yang lebih […]
1 Comment » - Posted in Keyakinan Diri, Motivasi, Soft Skills by Osman Affan
Monday, February 18th, 2008
Hujung minggu bersama pelajar cemerlang UTHM
Pada hari Jumaat hingga Ahad lalu (15-17 Feb) saya bersama beberapa associate trainer (Ihsan, Coach Ridz & Coach Sha) berada di Savannah Hill, Johor. Program yang saya kendalikan kali ini bertajuk ‘Towards First Class’ untuk pelajar cemerlang daripada Universiti Tun Hussein Onn.
Program ini diadakan dengan tujuan untuk mengekal dan mendorong para peserta untuk mendapat kecemerlangan […]
7 Comments » - Posted in Cerita, Motivasi, Program Motivasi, Teknik Belajar by Osman Affan
Saturday, February 16th, 2008
Hari lahir yang ke 32…
Alhamdulillah. Hari ini genaplah umur saya 23 tahun…… hehe… macam ada yang tak kena….. alangkah indahnya kalau usia kita kekal muda kan? Hari genap umur saya 32 tahun. Ketika menulis ini, saya sedang menjalankan program dengan para pelajar daripada Universiti Tun Hussein Onn di Savannah Hill, Johor. Seronok dapat sambut hari lahir sambil buat sesuatu yang […]
12 Comments » - Posted in Khas by Osman Affan
Friday, February 15th, 2008
Meningkatkan keyakinan diri
Beberapa minggu lalu saya ada ceritakan tentang hasrat saya untuk berkongsi beberapa tips mengenai keyakinan diri. Keyakinan diri yang saya maksudkan bukan sahaja keyakinan untuk berdiri di depan khalayak ramai, malah keyakinan diri untuk buat sesuatu yang baru, menghadapi cabaran dan mencipta kejayaan.
Bagi saya, keyakinan diri adalah sesuatu yang asas perlu dimiliki oleh semua orang. […]
5 Comments » - Posted in Keyakinan Diri, Motivasi, Petua by Osman Affan
Wednesday, February 13th, 2008
Korban ombak pantai Kelulut
Hari ini saya sudah sampai ke Kuala Lumpur semula. Saya cuma sempat berada di Terengganu selama lebih kurang 2 hari penuh bagi menghadiri majlis tahlil anak saudara saya (sebelah isteri) yang meninggal minggu lepas. Pada kejadian Khamis lepas di mana 3 mangsa lemas di Pantai Kelulut, mangsa pertama (Allahyarham En Khalid) dijumpai pada hari yang sama.
Mangsa […]
2 Comments » - Posted in Cerita, Khas by Osman Affan
Tuesday, February 12th, 2008
Kembali ke SMK Menerong
Hari ini (seperti tarikh di atas) saya kembali ke Sekolah Menengah Kebangsaan Menerong, Kuala Berang, Terengganu. Jika anda pernah membaca kisah bagaimana saya bermula dalam bidang pendidikan (seperti yang tertulis disini) pasti anda ada terbaca kisah bagaimana saya mendidik sekumpulan pelajar untuk memasuki pertandingan drama Bahasa Inggeris.
Ulang kembali, pada Mac 2003, setelah gagal beberapa perniagaan […]
No Comments » - Posted in Cerita, Program Motivasi, Teknik Belajar by Osman Affan
Monday, February 11th, 2008
Bertemu Dr Danial Zainal Abidin
Sabtu lalu saya bersama Fadzli Yusof, Dr. Asmadi dan beberapa lagi tokoh hebat yang saya kagumi duduk bermesyuarat bagi menubuhkan satu pertubuhan untuk Trainer Islam Malaysia. Mesyuarat ini adalah sesuatu yang agak luar biasa bagi saya kerana saya berpeluang duduk semeja dan berbincang dengan orang-orang yang saya kagumi selama ini. Antara tokoh yang saya sangat […]




Untuk membacanya 


Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik 













