Archive for April, 2008

Wednesday, April 30th, 2008

3 sumber keyakinan diri

Bagi saya, keyakinan diri adalah sesuatu yang amat-amat berharga. Tanpa keyakinan diri, seorang yang berilmu tidak akan dapat mengamalkan ilmunya. Tanpa keyakinan diri, seorang yang gagah tidak akan mampu menggunakan kekuatannya. Tanpa keyakinan diri, seorang yang hebat tidak akan mampu menyerlahkan kehebatan dirinya.
Saya juga percaya, walau sehebat mana pun diri kita, ada masanya kita merasa […]

No Comments » - Posted in Keyakinan Diri, Motivasi, Soft Skills by Osman Affan

Tuesday, April 29th, 2008

Ronda-ronda bandar Kota Bharu Kelantan

Petang tadi (lebih kurang pukul 6 petang) saya dan Ihsan selamat sampai ke bandar Kota Bharu Kelantan. Kami segera mencari tempat penginapan. Main redah je cari tempat penginapan ni sebenarnya kerana kami akan keluar awal pagi esok.  Esok kami akan bertolak awal ke Pasir Mas untuk program bersama pelajar di Kolej Kemahiran Tinggi Mara Pasir Mas.
Selepas […]

No Comments » - Posted in Cerita by Osman Affan

Tuesday, April 29th, 2008

3 Rahsia keyakinan diri

Alhamdulillah saya telah kongsikan 3 rahsia keyakinan diri untuk meningkatkan tahap keyakinan diri kita semua. 3 Rahsia ini bukanlah satu rahsia yang terlalu besar jika kita biasa menghadiri kursus-kursus, seminar atau membaca buku-buku berbentuk pembangunan diri. Namun, ada juga masanya kita terlupa rahsia-rahsia ini hingga kita mula merasa kurang yakin dan tidak bersemangat dalam apa […]

No Comments » - Posted in Keyakinan Diri, Motivasi, Soft Skills by Osman Affan

Thursday, April 24th, 2008

Majalah fokus SPM

Semalam saya dan isteri keluar untuk membeli rak buku. Sudah hampir 2 tahun rasanya saya bercadang nak membeli satu rak buku baru untuk buku-buku saya yang selalu bersepah-sepah di dalam bilik saya. Ini kerana rak buku lama saya agak kecil.
Setelah membeli dua rak buku baru, mulalah proses mengemas dan menyusun semula buku-buku saya itu. Dalam […]

1 Comment » - Posted in Cerita, Fikir, Khas, Motivasi by Osman Affan

Monday, April 21st, 2008

Sehari bersama pelajar Universiti Darul Iman

Pada 21 Mac lalu, lebih kurang sebulan lepas, saya berada di Universiti Darul Iman buat kedua kalinya bagi menjayakan program SmartStudy Learning Skills bersama para mahasiswa dan mahasiswi. Ketika itu, saya masih berada di dalam SmartStudy Adventure di mana program saya begitu rapat antara satu sama lain sedangkan jarak setiap lokasi agak jauh.
Apabila saya sampai […]

No Comments » - Posted in Cerita, Program Motivasi by Osman Affan

Wednesday, April 16th, 2008

3 Rahsia keyakinan diri - Rahsia 3.3

Bermula 19 Februari,  saya ada tulis mengenai 3 rahsia keyakinan diri. Lama sungguh tulisan saya ini tertunda. Namun yang tertunda hanyalah bahagian akhir sahaja (posting terakhir rahsia keyakinan diri ialah pada 7 Mac 2008. Jika anda rujuk semula tulisan saya, dalam rahsia ke-3 saya ada berikan 3 soalan:

Jika anda diberi pilihan untuk menjadi orang lain, […]

5 Comments » - Posted in Keyakinan Diri, Motivasi, Petua by Osman Affan

Tuesday, April 15th, 2008

Selamat tiba di Kota Kinabalu Sabah

Pagi semalam (Isnin 14 April) saya sekeluarga tiba di lapangan terbang Kota Kinabalu, Sabah. Saya berada di sini kerana ada sedikit urusan untuk program akan datang dan sambil itu mengambil peluang untuk bercuti bersama keluarga saya. Ini adalah kali kedua saya menjejakkan kaki ke Kota Kinabalu.
Kali pertama ialah pada April 2005 di mana saya dan […]

6 Comments » - Posted in Cerita by Osman Affan

Monday, April 14th, 2008

Sehari di Pesta Buku 2008

Sabtu lalu, saya luangkan sehari masa saya bersama beberapa orang penulis PTS di Pesta buku 2008 PWTC. Fuh….. ramai sungguh pengunjung pesta buku ini. Walaupun saya rasa macam susah nak bernyawa, rasa bangga memenuhi diri saya melihat begitu ramai rakyat Malaysia yang sudah mula menjadikan acara mengunjungi pesta buku sebagai acara yang menyeronokkan. Ini juga […]

6 Comments » - Posted in Cerita, Khas by Osman Affan

Friday, April 11th, 2008

Bersama Anne Ngasri dalam rancangan Cahaya Permata RTM1

Selasa lalu saya berpeluang berada bersama Anne Ngasri mengendalikan beberapa slot pendek untuk rancangan Cahaya Permata siaran RTM1 tidak lama lagi. Rancangan ini ialah rancangan panduan untuk kaum ibu tentang bagaimana cara menguruskan anak bermula peringkat mengandung, lahir hingga anak-anak menjadi dewasa. Segmen yang melibatkan saya ialah segmen di mana anak-anak sudah berusia 7 hingga […]

No Comments » - Posted in Cerita, Khas, Motivasi by Osman Affan

Wednesday, April 9th, 2008

Temui saya di Pesta Buku, 12 April 2008

Assalamualaikum w.b.t
Insyaallah saya akan berada di pesta buku pada hari Sabtu ini. Asalnya ada program lain yang hendak dilaksanakan, namun nampaknya idea berada bersama rakan-rakan penulis di pesta buku kelihatan lebih menarik. Jadi saya akan berada di booth PTS Publishing dari awal pagi (mungkin pukul 10.30) hingga pukul 2 atau 3 petang. Jika anda ke […]

No Comments » - Posted in Khas, Motivasi by Osman Affan

Monday, April 7th, 2008

Kursus SmartStudy di Kluang Johor, 10 Mei 2008

Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa satu program SmartStudy Learning Skills akan diadakan di Kluang Johor. Berikut adalah maklumat lanjut mengenai program ini.

Untuk maklumat dan pertanyaan, sila hubungi Associate Consultant kami

En. Mohd Rafek

Saidina Smart Consultancy

No. 5, Wisma Saidina, Felda Bukit Easter

81900 Kota Tinggi Johor

Tel : 012-7079596

Fax : 07-8926988

email: saidina_smart@yahoo.com

No Comments » - Posted in Program Motivasi by Osman Affan

Sunday, April 6th, 2008

SmartStudy bersama Perbadanan Pembangunan Produktiviti Negara (NPC Sarawak)

Ketika menulis ini, saya masih lagi berada di lapangan terbang Kuching bagi menunggu penerbangan balik ke Kuala Lumpur. Sudah tiga hari saya di Sarawak bagi menjayakan program SmartStudy Learning Skills anjuran NPC Sarawak (kini dikenali sebagai MPC). Program ini dihadiri lebih 100 pelajar daripada 2 sekolah menengah anak angkat NPC.
Sungguh bertenaga pelajar-pelajar di Kuching Sarawak […]

No Comments » - Posted in Cerita, Program Motivasi by Osman Affan

Friday, April 4th, 2008

Tidak berubah walaupun sudah hadir ke kursus motivasi

Saya kerap kali mendapat soalan begini, “Tuan, adakah saya akan berubah menjadi pelajar cemerlang setelah menghadiri kursus Tuan?”, “Encik Osman, adakah anak saya akan berubah menjadi rajin dan suka belajar selepas menghadiri program Encik?” dan “Apakah peserta tuan yang lepas-lepas berjaya dengan cemerlang?”.
Hmmm… Ini adalah satu perkara penting yang saya mahu kongsikan.
“Menghadiri kursus motivasi atau […]

3 Comments » - Posted in Motivasi, Program Motivasi by Osman Affan

Thursday, April 3rd, 2008

Jawapan…. bahagian 3

“pu3mimi: saya bakal menduduki peperiksaan upsr pada tahun ini…doakan saya!”
Puteri Mimi… selamat menduduki peperiksaan UPSR.
“erna: sye akn mnduduki pmr thun nie so plz doakn sye brjaya……nnt sye blanje mkn????”
Erna, selamat menduduki peperiksaan PMR. Nak belanja makan? Boleh juga, tapi fokus pada study dulu ye. Nanti asyik teringat pasal makan pulak :D
“Shueqry: Salam Osman, apa khabar? […]

No Comments » - Posted in Jawapan, Motivasi by Osman Affan

Wednesday, April 2nd, 2008

Jawapan…. bahagian 2

“najeeha: en. osman..sy nk tny..bagaimana nk tangani stress dgn baik?”
Najeeha, kalau rasa stress masa belajar, itu tandanya kita memang belajar. Jadi itu satu petanda baik. Kalau belajar tak stress langsung tu yang lebih  merisaukan saya. Apa-apa pun, baca tips dan petua menguruskan stress di ruangan kompilasi tips dan petua.
“fara: sy nk tny,sy m’rupakan […]

No Comments » - Posted in Jawapan, Motivasi by Osman Affan