Archive for May, 2008
Saturday, May 10th, 2008
Untung RM1, rugi RM100
Hmmm… hari ni saya hendak bercerita sedikit. Alkisahnya, semalam saya berada di pejabat saya untuk menyiapkan sedikit kerja sambil menunggu kereta saya masuk bengkel. Saya diberitahu oleh staf saya yang sinki bilik air di pejabat saya bocor. Jadi saya pun telefon la satu nama tukang paip yang saya ambil di satu kertas yang terlekat di [...]
9 Comments » - Posted in Cerita by Osman Affan
Friday, May 9th, 2008
3 Sumber keyakinan diri – Sumber 1.2
Apabila kita merasa tidak yakin diri atau lemah semangat, kadangkala agak sukar untuk kita mengimbas kembali saat-saat gembira atau saat-saat di zaman kegemilangan kita di masa lepas. Ini kerana fikiran kita terlalu tertumpu kepada situasi sekarang dan kita seolah-olah tidak mampu melepaskan diri. Ini juga selalu menyebabkan kita merungut yang kita tidak ada saat-saat gembira [...]
1 Comment » - Posted in Keyakinan Diri,Motivasi,Soft Skills by Osman Affan
Thursday, May 8th, 2008
Peluang belajar teknik ‘email marketing’ daripada pakar
Saya perlu mengambil peluang ini untuk mengumumkan kepada pengunjung laman web ini mengenai peluang belajar teknik email melalui seminar pendek anjuran sahabat baik saya, Dino. Selain pelajar, saya sedar sebahagian besar pengunjung blog ini ialah usahawan dan individu yang meminati bidang keusahawanan (berdasarkan email dan mesej yang saya terima). Jadi ini adalah satu peluang keemasan. [...]
2 Comments » - Posted in Khas by Osman Affan
Monday, May 5th, 2008
3 Sumber keyakinan diri – Sumber 1.1
Sudahkah anda senaraikan sekurang-kurangnya 5 kejayaan atau kenangan manis anda di masa lalu? Jika sudah, bagus. Anda ternyata bersungguh-sungguh mahu meningkatkan tahap keyakinan diri anda. Langkah seterusnya ialah anda perlu imbas semula kenangan ini. Cari satu tempat yang tenang. Duduk dengan tenang dan imbas kembali kenangan ini semua. Jika anda seorang pelajar, boleh lakukan aktiviti ini sebelum [...]
No Comments » - Posted in Keyakinan Diri,Motivasi,Soft Skills by Osman Affan
Friday, May 2nd, 2008
3 Sumber keyakinan diri – Sumber 1
Sudahkah anda menjawab soalan saya yang lepas iaitu “Biasanya, apabila anda merasa rendah diri atau hilang keyakinan diri, apa yang anda lakukan untuk menaikkan semula semangat dan keyakinan diri anda?” Hari ini dan beberapa posting saya seterusnya, saya akan kongsikan 3 sumber utama keyakinan diri yang boleh digunakan untuk menaikkan tahap keyakinan diri kita disaat [...]






















