Archive for June, 2008
Monday, June 30th, 2008
3 Sumber keyakinan diri – Sumber 3.2
Bagaimanakah ibu bapa boleh gunakan sumber keyakinan diri yang ketiga ini untuk membantu anak-anak mereka? Begini. Jika bercakap dengan anak-anak, elakkan daripada membandingkan kebolehan anak-anak kita dengan orang lain. Contohnya, kita kata kepada anak-anak kita, ‘Belajar la betul-betul. Mak tengok anak jiran sebelah tu rajin belajar, keputusan pun cemerlang. Bukan macam kau.’ ‘Masa abang kau [...]
No Comments » - Posted in Keyakinan Diri,Motivasi,Soft Skills by Osman Affan
Saturday, June 28th, 2008
Tarikh tayangan Motivasi Pagi TV3
Alhamdulillah Isnin lalu saya telah berjaya menyiapkan rakaman 5 episod rancangan Motivasi Pagi TV3 untuk pelajar. Slot yang saya kendalikan ini adalah khas untuk pelajar. Namun, banyak penekanan diberikan kepada bagaimana ibu bapa boleh membantu anak-anak mereka untuk bersedia dan menghadapi peperiksaan. Di sini saya berikan tarikh yang diberikan kepada saya untuk tayangan 5 rakaman [...]
No Comments » - Posted in Program Motivasi by Osman Affan
Friday, June 27th, 2008
SmartStudy bersama pelajar Sekolah Seri Puteri CyberJaya
Rabu lalu saya berada di Sekolah Seri Puteri CyberJaya bagi menjayakan program SmartStudy Learning Skills bersama para pelajar tingkatan 2. Program ini berlangsung bermula lebih kurang pukul 3.30 hinggalah ke pukul 11 malam. Lebih kurang 170 pelajar yang menghadiri program kali ini. Para pelajar ini mengelarkan kumpulan mereka sebagai ‘ELDATERRA’ (harapnya saya telah eja dengan [...]
40 Comments » - Posted in Motivasi,Program Motivasi by Osman Affan
Thursday, June 26th, 2008
Jawapan
ummiadam: Saudara Osman Affan, anak saya amat lemah dlm matapelajaran matematik, bagaimana saya nak membantu anak saya dll subjek matematik ini? Osman Affan: Puan Ummi, anak Puan sekolah rendah ke menengah? ummiadam: Salam, anak saya di sekolah rendah, tahun 5 & tahun 4. Harap saudara ada tip & cara2 bagi saya membantu anak-anak saya. Dalam [...]
No Comments » - Posted in Jawapan by Osman Affan
Thursday, June 26th, 2008
3 Sumber keyakinan diri – Sumber 3.1
Jika kita asyik membandingkan diri kita dengan orang yang kurang berjaya, tentu kita kelihatan lebih hebat bukan? Bukankah perasaan begini akan menghancurkan dan merosakkan kita di masa akan datang? Ya, benar, jika kita terlalu bandingkan diri dengan orang yang kurang berjaya, kita akan gagal. Itulah sebabnya sumber ketiga keyakinan diri ini mengatakan bahawa anda perlu [...]
No Comments » - Posted in Keyakinan Diri,Motivasi,Soft Skills by Osman Affan
Wednesday, June 25th, 2008
3 Sumber keyakinan diri – Sumber 3
Sumber keyakinan diri yang ketiga ialah cara kita berfikir dan fokus apabila sesuatu menggugat keyakinan diri kita. Untuk mudah mengingati sumber ketiga ini, ingat 2 perkara Apabila kita rasa rendah diri dan tidak yakin, bandingkan diri kita kepada orang lain yang kurang berjaya dan yang selalu kalah dengan pencapaian diri kita. Apabila kita mahu meningkatkan [...]
No Comments » - Posted in Keyakinan Diri,Motivasi,Soft Skills by Osman Affan
Tuesday, June 24th, 2008
Program SmartStudy di Pasir Gudang, Johor
Sabtu lalu saya berada di Pasir Gudang bagi menjayakan program SmartStudy untuk pelajar pemegang biasiswa daripada 2 buah sekolah iaitu SMK Tanjung Puteri Resort dan SMK Kota Masai. Program ini dihadiri lebih kurang 70 pelajar dan ia dijalankan di TS Hotel, Taman Scientex. Program ini sama seperti program yang kendalikan selama ini diJohor adalah hasil [...]
No Comments » - Posted in Motivasi,Program Motivasi by Osman Affan
Monday, June 23rd, 2008
Bersama Anne Ngasri dalam rancangan Cahaya Permata Musim Kedua
Jumaat lalu saya sekali lagi menjalankan penggambaran untuk rancangan Cahaya Permata bersama Anne Ngasri. Rancangan ini sudah masuk penggambaran musim kedua. Saya diberitahu bahawa rancangan ini akan ditayangkan di RTM1 setiap hari Isnin pukul 10 pagi. Namun saya tidak pasti bila ia akan bermula. Dalam penggambaran kali ini, Anne bertanyakan tentang tajuk kemewahan terlampau untuk pelajar [...]
No Comments » - Posted in Cerita by Osman Affan
Saturday, June 21st, 2008
Wajah-wajah ceria di program SmartStudy
Saya memang suka jika pelajar merasa riang, gembira dan ceria disepanjang program saya. Bagi saya, belajar itu adalah sesuatu yang sangat menyeronokkan. Keceriaan dan keseronokan pelajar memberikan tenaga kepada saya untuk menyampaikan mesej teknik belajar dengan lebih baik. Mari kita lihat beberapa gambar saya sempat saya rakamkan. Lihatlah keceriaan, keseronokan dan kegembiraan mereka. Keceriaan Keriangan [...]
2 Comments » - Posted in Cerita,Motivasi,Program Motivasi by Osman Affan
Friday, June 20th, 2008
3 Sumber keyakinan diri – Sumber 2.1
Sedarkah anda bahawa apabila kita merasa rendah diri, kita akan terlupa sebenarnya ada ramai orang yang menyokong kita dan ada ramai orang yang sebenarnya kagum dengan kehebatan kita. Ada masanya, kita tidak pandai dalam sesuatu bidang dan kita rasa rendah diri. Contohnya kita tidak pandai dalam bidang akademik lalu rasa rendah diri terutamanya bila berada [...]
1 Comment » - Posted in Keyakinan Diri,Motivasi,Soft Skills by Osman Affan
Thursday, June 19th, 2008
Jawapan
wani: bile bwt presentasi saya asyik b’peluh..cmne nak elakkan situasi ni?? Wani, itu perkara biasa terutamanya tempat kita buat presentation tu panas atau kita pakai baju terlalu tebal. Susah nak elakkan tu. khai: salam….mcm mane ah sy nak latih diri sy spaya rjin…saya duk kat asrama…time duk asrama rjin je buka buku…tp time duk umah [...]
5 Comments » - Posted in Jawapan by Osman Affan
Wednesday, June 18th, 2008
Jawapan
Terima kasih kepada yang telah bertanya. Saya akan jawab beberapa soalan yang telah diberikan. Agak lama masa yang saya ambil untuk menjawab soalan-soalan ini memandangkan kesibukan dan kepadatan jadual program saya sejak kebelakangan ini. Terima kasih juga kerana sudi menunggu. nasiha91: assalamualaikum,en.osman..sy ingin m’minta tips @ pndgan anda m’genai mslh dgn kwn sekelas..mslh nie bkn [...]
5 Comments » - Posted in Jawapan,Motivasi by Osman Affan
Tuesday, June 17th, 2008
Motivasi Pagi TV3 bersama Osman Affan
Alhamdulillah, pagi tadi saya baru selesai menyiapkan satu episod rancangan Motivasi Pagi TV3 yang dijadualkan akan ke udara pada 17 Ogos 2008. Tarikh ini adalah berdekatan dengan cuti sekolah. Jadi tajuk yang diberikan kepada saya ialah ‘Pengisian Waktu Cuti Sekolah’. Hari ini bermula dengan kenderaan TV3 tiba di rumah saya. Entah kenapa, saya rasa seperti [...]
No Comments » - Posted in Motivasi,Program Motivasi by Osman Affan
Monday, June 16th, 2008
Sehari bersama pelajar SMK Aminuddin Baki, Johor
Semalam saya meluangkan masa sehari bersama para pelajar tingkatan 3, 5 dan 6 SMK Aminuddin Baki Johor. Program SmartStudy Learning Skills ini menekankan teknik belajar yang berkesan. Selalunya saya tekankan teknik persediaan minda, tetapi kali ini saya lebihkan bahagian teknik memori termasuk juga teknik-teknik dan modul baru yang telah saya bina. Seperti biasa, saya memang [...]
No Comments » - Posted in Program Motivasi by Osman Affan
Saturday, June 14th, 2008
Kursus Motivasi Kecemerlangan Jati Diri (Teambuilding) bersama TPPT SB
Jumaat dan Sabtu lalu saya berpeluang mengendalikan program Motivasi Kecemerlangan Jati Diri untuk kakitangan TPPT SB. Program 2 hari ini dijalankan di Selesa Resort, Bukit Tinggi, Pahang Darul Makmur. Lebih kurang 80 peserta yang mengikuti program ini. Program kecemerlangan jati diri kali ini mementingkan keakraban dan kerjasama berpasukan. Banyak aktiviti outdoor yang dijalankan sepanjang dua [...]






















