Archive for September, 2008
Wednesday, September 24th, 2008
Kota Kinabalu….sekali lagi.
Khamis minggu lalu saya ada tuliskan mengenai saya menunggu di lapangan terbang KLIA untuk menanti penerbangan ke Kota Kinabalu Sabah. Hari ini, lebih kurang seminggu kemudian saya sekali akan berada di Kota Kinabalu Sabah bagi menjayakan satu program untuk pelajar tingkatan 1 hingga 5. Program ini akan dijalankan di Kawasan Kudat Sabah. Jadi dengarnya [...]
2 Comments » - Posted in Cerita by Osman Affan
Monday, September 22nd, 2008
Majlis berbuka puasa EKSKLUSIF Pertubuhan Perunding Latihan & Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN)
Assalamualaikum. Saya dengan sukacitanya memaklumkan bahawa TAMRIN akan menganjurkan majlis berbuka puasa Eksklusif untuk 50 orang sahaja. Berikut adalah maklumat mengenai majlis ini. Tarikh: 24 September 2008 (Rabu) Tempat: Hotel De Palma, Ampang, Yuran penyertaan: RM75 seorang. Antara yang bakal hadir ke majlis ini ialah YM Dr Tengku Asmadi, Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, Tuan [...]
4 Comments » - Posted in Khas by Osman Affan
Sunday, September 21st, 2008
Sehari bersama mahasiswa mahasiswi UITM Sabah
Pada hari Jumaat (19 September) lalu saya berpeluang buat pertama kalinya menjejakkan kaki ke UITM Sabah. Program yang saya jalankan kali ini ialah program SmartStudy Learning Skills khusus untuk pelajar diperingkat universiti. Alhamdulillah saya rasa semuanya berjalan dengan lancar. Lebih seratus pelajar yang menghadiri program ini. Masalah yang saya hadapi cumalah kesuntukan masa memandangkan [...]
3 Comments » - Posted in Motivasi by Osman Affan
Saturday, September 20th, 2008
Selamat tiba di Kuala Lumpur
Lebih kurang pukul 3.30 petang tadi saya selamat tiba ke KLIA Sepang. Alhamdulillah perjalanan dan aktiviti saya sepanjang berada di UITM Sabah dipermudahkan. Saya akan ceritakan sedikit mengenai program tersebut esok. Kini saya sedang menunggu penerbangan ke Kuala Terengganu bagi menghadiri mesyuarat untuk menjalankan program SmartStudy bersama guru-guru di Terengganu. Insyaallah program ini akan [...]
No Comments » - Posted in Cerita,Khas by Osman Affan
Thursday, September 18th, 2008
Menanti pesawat ke Kota Kinabalu Sabah
Ketika menulis ini (jam menunjukkan pukul 10.45 pagi, 18 September), saya sedang ‘melepak’ di KLIA, Sepang sementara menanti penerbangan Kota Kinabalu Sabah tengahari nanti. Esok saya dijadualkan untuk menjalankan program SmartStudy Learning Skills di UITM Sabah. Agak awal juga saya sampai ke KLIA ni sebenarnya. Bimbang juga bosan. Selalunya boleh duduk minum-minum dan makan-makan tapi tak [...]
4 Comments » - Posted in Cerita by Osman Affan
Wednesday, September 17th, 2008
Program SmartStudy di Politeknik Port Dickson
Siang tadi saya buat pertama kalinya menjejakkan kaki ke Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan Darul Khusus. Kali ini, saya kendalikan program SmartStudy selama 4 jam. Rasanya, inilah kali pertama saya jalankan program SmartStudy selama 4 jam tanpa henti. Disebabkan masa yang agak singkat, saya sedikit bimbang jika tidak banyak yang dapat saya kongsikan bersama [...]
1 Comment » - Posted in Cerita,Program Motivasi by Osman Affan
Tuesday, September 16th, 2008
7 tanda anda akan GAGAL di universiti – Tanda 5
Tanda kelima yang perlu anda perhatikan ialah apabila anda rasa ‘Bawah tempurung lebih selesa daripada padang yang luas’. Begini. Dua perkara yang membimbangkan mengenai pelajar di universiti ialah Selesa dengan cara lama dan tidak mahu berubah. Tidak berminat atau takut untuk mencuba sesuatu yang baru. Jika anda perhatikan betul-betul, sebilangan besar pelajar di universiti masih belajar [...]
1 Comment » - Posted in Fikir,Universiti by Osman Affan
Monday, September 15th, 2008
7 tanda anda akan GAGAL di universiti – Tanda 4.1
Sudahkah anda perhatikan gelagat dan tabiat rakan-rakan yang rapat dengan anda? Adakah mereka mempunyai ciri-ciri yang anda mahu miliki satu hari nanti? Adakah anda sedar yang selama ini perangai dan gelagat anda juga sudah hampir sama atau memang sudah sama seperti mereka. Di dalam program yang saya jalankan bersama pelajar di peringkat universiti, saya mendengar [...]
1 Comment » - Posted in Fikir,Universiti by Osman Affan
Saturday, September 13th, 2008
Program 5 hari Train The Trainer di Pembangunan Sumber Manusia Berhad
Semalam tamatlah program Train The Trainer yang saya dan beberapa rakan trainer ikuti bersama Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB). Setelah 5 hari bertungkus lumus mempelajari teknik dan tips menjadi trainer yang lebih beretika dan professional, ia diakhiri dengan ujian membuat ‘presentation’ yang diselia oleh 2 master trainer PSMB. Semasa saya menyertai kursus ini pada awalnya, [...]
3 Comments » - Posted in Cerita,Program Motivasi by Osman Affan
Thursday, September 11th, 2008
Program 5 hari Train The Trainer di Pembangunan Sumber Manusia Berhad
Bermula Isnin lalu (8 September) hingga esok (Jumaat, 12 September), saya dan beberapa rakan trainer mengikuti program anjuran Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) yang bertajuk ‘Train The Trainer’. Tujuan utama mengikuti program ini sudah tentunya adalah untuk mendapatkan pengiktirafan sebagai ‘Certified Trainer’ daripada PSMB ini. Dengan pengiktirafan ini, saya dan rakan trainer boleh menjalankan program-program [...]
6 Comments » - Posted in Cerita,Soft Skills by Osman Affan
Tuesday, September 9th, 2008
Sehari bersama pelajar UITM Seri Iskandar, Perak
Sabtu lalu saya berada di Universiti Teknologi Mara, cawangan Seri Iskandar Perak. Program yang saya kendalikan ini bertajuk ‘Bengkel Kecemerlangan Akademik’ untuk fakulti senibina perancangan dan ukur. Ini merupakan kali ketiga saya menjejakkan kaki dan menjalankan program di UITM Perak ini. Seperti biasa, layanan yang saya terima adalah sangat baik dan para penceramah di [...]
No Comments » - Posted in Cerita,Keyakinan Diri,Program Motivasi by Osman Affan
Monday, September 8th, 2008
7 tanda anda akan GAGAL di universiti – Tanda 4
Tanda yang keempat ialah ‘Berkawan dengan orang yang malas mandi pagi’. Hmm… siapalah pula yang malas mandi pagi dan siapalah yang suka berkawan dengan orang begini? Tanda keempat ini bermaksud, pelajar ini suka berkawan dengan orang-orang yang jelas boleh menjatuhkan prestasi dan menjatuhkan semangat untuk berjaya. Contohnya begini, pernahkah anda melihat sekumpulan pelajar yang malas pergi ke kuliah, [...]
2 Comments » - Posted in Fikir,Universiti by Osman Affan
Friday, September 5th, 2008
Tonton Motivasi Pagi TV3 Ahad, 7 September 2008
Assalamualaikum. Dengan sukacita dan rendah dirinya saya menjemput pembaca dan pengunjung blog ini untuk menonton rancangan Motivasi Pagi TV3 Ahad ini, 7 September 2008 pukul 7 pagi. Slot ini dikendalikan oleh saya sendiri mengenai ‘Puasa dan Peperiksaan’. Selamat menonton. Di sini saya berikan tarikh yang diberikan kepada saya untuk tayangan 5 rakaman tadi. Tayangan bermula pada [...]
2 Comments » - Posted in Khas by Osman Affan
Wednesday, September 3rd, 2008
Video tutorial percuma daripada Institut Kemahiran Showme
Sahabat baik saya Rezuan dan Che Nur daripada Institusi Kemahiran Showme (www.Showme.com.my) , Kuala Terengganu sedang mengusahakan satu kelab video tutorial yang dinamakan kelab Showme. Kelab ini akan memberikan video-video tutorial percuma tentang komputer. Apa yang menarik ialah banyak tutorial percuma yang akan diberikan untuk pengetahuan asas komputer. Menurut pengalaman saya mengendalikan program keusahawanan internet, [...]
No Comments » - Posted in Khas by Osman Affan
Tuesday, September 2nd, 2008
Maklumbalas peserta program Fasilitator Cemerlang Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
Alhamdulillah, maklumbalas yang saya terima daripada peserta program Fasilitator Cemerlang di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang tempohari sangat-sangat memberangsangkan. Bayangkan ada lebih 200 kertas maklumbalas di tangan saya dan saya tidak tahu yang mana satu saya mahu paparkan di blog ini. Walaubagaimanapun, saya telah memilih beberapa maklumbalas untuk dikongsikan di sini. Selebihnya akan menjadi rujukan peribadi [...]






















