Archive for October, 2008
Friday, October 31st, 2008
Tajuk ‘PengKid’ di Rancangan Selamat Pagi Malaysia
Pagi tadi saya dijemput menjadi tetamu undangan Selamat Pagi Malaysia bagi membicarakan isu gejala PengKid di Malaysia. Ketika saya mula-mula mendengar tajuk slot ini, saya terimbas kembali perkataan PengKid yang saya sudah dengar sejak dulu lagi. Apa yang menarik perhatian saya ialah ada kekeliruan tentang apa yang dimaksudkan dengan PengKid. Adakah PengKid ini budak-budak perempuan [...]
18 Comments » - Posted in Cerita,Fikir by Osman Affan
Thursday, October 30th, 2008
7 tanda anda akan GAGAL di universiti – Tanda 7
Tanda ketujuh dan terakhir dalam siri posting mengenai 7 tanda anda akan gagal di universiti ialah ‘memanah di dalam gelap dengan mata yang tertutup‘. Apa yang saya maksudkan ialah sebahagian besar pelajar di universiti tidak pernah berfikir dengan jelas apa yang mereka mahu capai selepas mereka habis belajar. Jika anda tidak percaya, tanya diri anda [...]
1 Comment » - Posted in Fikir,Universiti by Osman Affan
Wednesday, October 29th, 2008
7 tanda anda akan GAGAL di universiti – Tanda 6.1
Soalan saya kepada anda, beranikah anda jadi berbeza? Beranikah anda jika ada kemungkinan anda dipulaukan, diketawakan, dipersendakan dan sebagainya kerana mempertahankan apa yang anda percaya? Apabila saya katakan berani jadi berbeza, ia bukan bermaksud kita sengaja mahu jadi berbeza berbanding orang lain. Contohnya jika semua orang lelaki pakai Baju Melayu dan kita mahu jadi berbeza [...]
5 Comments » - Posted in Fikir,Universiti by Osman Affan
Monday, October 27th, 2008
Program Kepimpinan Siswa bersama Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS)
Pada 23-24 Oktober (Khamis & Jumaat) lalu, saya bersama beberapa rakan trainer menjayakan satu program kepimpinan siswa bersama barisan pemimpin pelajar di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS). Program ini disertai lebih kurang 120 pelajar yang terdiri daripada pemegang-pemegang jawatan dalam persatuan atau pertubuhan universiti. Apa yang sangat menarik dalam program ini ialah ini adalah [...]
7 Comments » - Posted in Cerita,Program Motivasi by Osman Affan
Tuesday, October 21st, 2008
7 tanda anda akan GAGAL di universiti – Tanda 6
Tanda keenam seseorang pelajar akan gagal di universiti ialah ‘Tidak berani jadi berbeza’. Untuk pengetahuan anda, setiap pelajar berbeza. Kekuatan dan kelemahan setiap pelajar juga berbeza. Jika anda mahu berjaya, anda perlu kenal pasti apakah kekuatan diri anda dan cuba sebaik mungkin untuk menggilap dan menonjolkannya. Ini juga bermakna, jika kekuatan anda membuat anda jadi [...]
No Comments » - Posted in Fikir,Universiti by Osman Affan
Friday, October 17th, 2008
7 tanda anda akan GAGAL di universiti – Tanda 5.1
Seperti yang saya terangkan dalam posting sebelum ini, tanda kelima yang perlu anda perhatikan ialah apabila anda rasa ‘Bawah tempurung lebih selesa daripada padang yang luas’. Pelajar yang selesa berada di bawah tempurung ini selalunya tidak suka mencuba sesuatu yang baru. Mereka begitu cepat menilai kebolehan diri mereka berdasarkan apa yang pernah berlaku pada masa [...]
No Comments » - Posted in Fikir,Universiti by Osman Affan
Thursday, October 16th, 2008
SmartStudy Learning Skills di UITM Dungun
Sabtu lalu, 11 Oktober 2008, saya buat pertama kalinya menjalankan program di UITM Dungun. Sebenarnya, ini adalah kali kedua saya menjejakkan kaki ke UITM Dungun. Kali pertama dulu ialah ketika saya mewakili PPP ITM Shah Alam ke pertandingan Bola Keranjang dan Catur antara semua cawangan UITM negeri. Tidak silap saya ia berlangsung pada tahun 1995. [...]
No Comments » - Posted in Cerita,Program Motivasi by Osman Affan
Monday, October 13th, 2008
Selamat menduduki peperiksaan PMR
Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat menduduki peperiksaan PMR kepada semua pelajar tingkatan 3 di seluruh Malaysia. Semoga anda semua dikurniakan ketenangan fikiran semasa menjawab soalan, kegembiraan di dalam hati selepas peperiksaan dan kejayaan yang gemilang semasa mendapat keputusan peperiksaan. Selamat berjaya.
1 Comment » - Posted in Khas by Osman Affan
Monday, October 6th, 2008
‘Adventure’ ke Kudat Sabah
Pada 23 September (Selasa) yang lalu, saya menerima satu panggilan daripada Kudat Sabah. Panggilan tersebut datangnya daripada Cikgu Aishah. Beliau bertanyakan kepada saya jika ada kemungkinan saya menjalankan program SmartStudy bersama pelajar sekolah beliau iaitu SMK Kudat Sabah. Seperti biasa, saya kata boleh saja. Namun cabarannya ialah ia mahu dijalankan pada hari Khamis, minggu itu juga. [...]
6 Comments » - Posted in Cerita,Program Motivasi by Osman Affan
Wednesday, October 1st, 2008
Salam Aidil Fitri
Di kesempatan ini saya sekeluarga ingin mengucapkan Selamat hari Raya Aidil Fitri kepada semua pengunjung blog MotivasiBelajar.com. Saya memohon maaf jika ada salah dan silap sepanjang anda mengunngi blog ini. Saya doakan agar Syawal kali ini memberi lebih rahmat dan berkat untuk kita hinggalah ke Syawal yang akan datang. Saya ucapkan ribuan terima kasih [...]






















